Daun ketumbar memang antara bahan yang menjadi kemestian dalam masakan khasnya sup dan juga menu lain.
Rupanya seakan-akan sama dengan daun sup cuma ianya lebih besar.
Jadi yang belum pernah melihat bagaimana daun ketumbar ditanam, di Cameron Highlands ianya mudah ditemui kerana gemar ditanam oleh petani.
Mereka menjadikan daun ketumbar sebagai tanaman sambungan selepas tanaman lain.
Maksudnya jika mereka menanam daun bawang, 2 minggu sebelum daun bawang dituai, mereka akan menanm anak benih di antara pokok daun bawang dan selepas daun bawang dituai, pokok daun ketumbar akan menyambung batas tanaman untuk tempoh dua atau tiga minggu lagi sebelum boleh dituai.
Ini boleh dilakukan kerana daun ketumbar tidak memerlukan ruang yang besar pada peringkat awal tanaman dan kebanyakan petani menggunakan baja tahi ayam yang lambat untuk diuraikan sepenuhnya.
Daun ketumbar biasanya juga akan ditanam secara serentak dengan daun bawang kerana keduanya ibarat kembar dalam menu atau resepi masakan.
Oh ya sebelum terlupa, ini bukan kebun saya dan saya tidak pernah menanam daun ketumbar dan mohon kepada pembaca jangan meminta saya untuk membekalkan daun ketumbar untuk anda.
Saya sekadar menulis mengenai kebun daun ketumbar yang saya temui sahaja.
1 comment:
apa beza tentang daun ketumbar dengan cilantro?
Post a Comment