TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, June 25, 2015

Pasar Ramadhan di Tanah Rata Cameron Highlands 2015

Masih berkongsikan suasana Ramadhan di Cameron Highlands dan kali ini saya kongsikan suasana sekitar Pasar Ramadhan di Tanah Rata.


Saya mempunyai sedikit sahaja pengalaman berpuasa di Cameron Highlands iaitu memasuki tahun ke 8 berpuasa di sini. 

Mungkin orang-orang lama Cameron Highlands boleh berkongsikan pengalaman mereka mengenai Pasar Ramadhan di sini. 


Sejak tahun pertama saya mendapati ada perubahan ketara kepada Pasar Ramadhan di Tanah Rata kerana pada tahun pertama saya sekitar 2007, hanya terdapat 3 buah gerai kalau tak silap saya dengan hanya bermeja tanpa berbumbung di hadapan Bangunan Arked Makanan yang baharu.

Selebihnya di hadapan Arked Makanan lama yang mana pengusaha gerai makanan tersebut membuat jualan juadah berbuka puasa. 


Jumlah pengunjung ketika itu sangat sedikit dan rata-ratanya saling mengenali.

Berganjak tahun, saya menyaksikan sendiri bagaimana Pasar Ramadhan di Tanah Rata ini mulai berkembang dengan pertambahan gerai jualan.

Kalau tak silap saya pada tahun 2010-2011 suasananya kian meriah dengan pihak MDCH menyediakan khemah tetap di hadapan Bangunan Arked Makanan. 


Manakala pada tahun 2012 kalau tak silap tahun, tapak pasar ini dipindahkan ke kawasan meletak kereta baharu dibahagian belakang Arked Makan Baharu atau bersebelahan Pejabat MDCH. 

Ianya mendapat rungutan kerana lokasinya tidak mudah dilihat orang ramai sebelum dipindahkan semula ke lokasi asal  pada tahun berikutnya dan kali ini tiada khemah disediakan di atas permintaan peniaga sendiri.


Bermula pada tahun 2013 hinggalah yang terkini, 2015,  bilangan peniaga mulai bertambah dengan lokasi gerai turut dibuka di kawasan meletak kereta di hadapan gerai makan MDCH atau Agrobank.

Jumlah menu jualan juga semakin bertambah variasi pilihan dan secara mendadak ramai pula pengunjungnya.


Tahun ini senarionya sama. Kalau melihat nombor petak gerai terdapat 47 buah petak disediakan dan dikatakan telah habis dimiliki. 


Namun melihat kepada realiti yang masuk hari keenam berpuasa semalam, masih ada banyak petak yang kosong dan gurauan sesama sendiri mengatakan, mungkin peniaga yang memiliki tapak sekadar berniat nak berniaga tapak di bulan puasa bukannya berniaga makanan. 

Saya anggap itu sekadar gurauan sahaja. 

Jadi semalam semasa ke sana saya gatal-gatal tangan curi-curi mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan di dalam catatan blog ini. 


Mungkin ada pelancong yang nak merasai pengalaman berpuasa di Cameron Highlands dan pilihan yang ada untuk membeli juadah berbuka puasa adalah di Pasar Ramadhan Tanah Rata dan untuk Pasar Ramadhan di Brinchang saya masih belum sempat pergi lagi.


Insyallah di lain masa kalau berkesempatan saya akan ke sana dan berkongsi pula suasana di sana yang kebiasaanya lebih kecil jumlah gerai jualan berbanding di Tanah Rata.    

Apa menu istimewa di Pasar Ramadhan tahun 2015 ini? 


Rasanya tiada yangterlaluistimewa dan unik dan bagi pelancong muslim yang mencari makanan identiti Cameron Highlands seperti scone, strawberry coklat dan sebagainya, memang tidak akan ditemui di sini kerana rata-rata orang tempatan tidak tertarik dengan menu sedemikian setelah sekian lama di sini dan mudah didapati sepanjang tahun. 

Untuk membandingkan dengan pasar Ramadhan di kawasan lain di bawah agak jauh ketinggalan dari segi keunikan dan juga variasi pilihan tetapi hakikat yang saya akui, variasi pilihan tahun lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 


Namun harganya juga semakin mahal rasanya dan ada yang tidak berbaloi untuk dibeli jika dilihat dari segi saiz menu dan juga rasanya. Terpulang kepada anda.


Kebiasaan di hari Jumaat hingga Ahad akan banyak gerai yang akan ditutup kerana bilangan pengunjung sedikit berkurangan ekoran balik kampung dan menyediakan juadah berbuka puasa sendiri di rumah . 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock