TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, June 24, 2015

Kebun Pak Choi di Cameron Highlands

Catatan dari kebun seterusnya adalah mengenai sayur yang menjadi kegemaran ramai iaitu Pak Choi.
Ada yang memanggil Bok Choi dan tak kisahlah sebab bendanya adalah sama. 


Sejenis sayur dari famili Kubis Cina rupanya jika dirujuk ke wikipedia dengan nama saintifiknya B. chinensis yang berasal dari China sebelum kurun ke 15.

Di Cameron Highlands memang banyak ditanam kerana mendapat permintaan yang tinggi namun skala penamanan tidaklah dibuat secara besar-besaran sebaliknya hanya sebahagian sahaja kerana perlu mengawal ulat pemakan daun yang juga sangat mengemari daun Pok Choi ini. 


Kebun pok choi ini saya temui di jalan menuju ke Stesen Hidro  Robinson di Jalan Boh Habu dimilik oleh pekebun berbangsa Cina dengan dibantu dua pekerja asing dari Indonesia.



Sekitar 45 hari diperlukan dari mula memindahkan anak benih ke batas tanaman sebelum ianya boleh dituai. 

Menggunakan baja organik tahi ayam dengan siraman air menggunakan sprinkler setiap hari .







No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock