TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, June 8, 2015

Kebun Daun Bawang di Cameron Highlands

Antara tanaman sayuran yang mudah untuk anda lihat sepanjang jalan di Cameron Highlands adalah daun bawang. 



Ianya hanya memerlukan batas tanaman yang kecil dan ditanam dalam skala yang kecil bersama daun ketumbar atau sup secara bersebelahan kerana selalunya pembeli akan membeli daun bawang dan sup secara pakej.




Teknik tanaman adalah ringkas dengan hanya batas tanaman dan berbajakan tahi ayam yang digemburkan semasa tanaman tanpa perlu sistem lindungan hujan seperti rumah plastik. 

Baja tahi ayam ini akan memberikan nutrien  tambahan kepada tanah sepanjang tempoh tanaman sekitar 3 minggu hingga 4 minggu ini.  



Bezanya daun bawang dari Cameron Highlands sedikit lembut berbanding dengan yang ditanam di bawah mungkin kerana kandungan air yang sedikit tinggi kerana suasana persekitaran yang hujan dan sedikit lembab berbanding di bawah yang lebih panas. 



Saya kongsikan sekitar kebun daun bawang ini yang saya rakamkan minggu lepas di sekitar Lembah Bertam. 



Ingat.. saya kongsikan gambar dan saya tidak terlibat menjual daun bawang dan sayur-sayuran yang lain. 

Saya berkongsikan cerita dan gambar yang saya rakamkan sahaja.



Jangan tanya saya samada boleh membekalkan daun bawang ataupun tidak kepada anda.

Jika anda melalui jalan ke Cameron Highlands, singgahlah untuk mengambil gambar sekitar plot tanaman tersebut. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock