Saya sekadar nak mengemaskinikan keadaan dua lokasi di Laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
Dalam catatan terdahulu saya pernah memuatkan status bahawa tiga lokasi yang terlibat dalam proses pembaikan dan sedang dinaiktarafkan.
Pemerhatian saya pada hari Jumaat yang lalu dari Cameron Highlands mendapati di lokasi pertama iaitu mendapan di dalam daerah Cameron Highlands telah dibaiki sepenuhnya dan dibuka kepada lalulintas seperti sediakala.
Melepasi pula Sempadan Negeri Pahang dan Perak lokasi utama pembaikan cerun masih dalam proses naik taraf.
Kini struktur binaan telah kelihatan. Saya dimaklumkan secara sembang-sembang laluan ini akan dibina terowong darat iaitu terowong di atas jalan sedia ada bagi menghalang runtuhan dari bahagian tepi cerun yang dikatakan tidak dapat dipastikan akan stabil di masa hadapan.
Mereka kata sama seperti terowong darat di Gerik dan Belum. Saya tak pernah pergi.
Laluan hanya dibuka selorong pada setiap masa dan terdapat pengawal lalulintas di kedua-dua arah.
Sila patuhi arahan dan kawalan mereka terutama di waktu malam yang mana pengalaman saya minggu lalu di waktu malam sekitar 11.30 malam didapati kalau tidak perasan, boleh terlajak.
Untuk lokasi kedua, suasana laluan adalah lebih lancar kerana kerja-kerja pembaikan melibatkan cerun luar dan kita tidak akan perasan kerana jauh ke bawah.
Hanya kotak pembahagi jalan sahaja yang kelihatan di laluan ini namun masih perlu berhati-hati juga.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment