TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, June 25, 2015

Kebun Kubis Bunga di Cameron Highlands

Catatan kali ini berkongsikan mengenai Kebun Kubis Bunga yang saya kunjungi di tepi Jalan BOH Habu.


Terdapat beberapa pekebun sedang menanam kubis bunga di plot tanaman mereka. 

Ketika kunjungan saya terdapat dua buah kebun kubis bunga yang sangat terjaga dan cantik untuk dilihat dari bahagian atas manakala terdapat dua buah kebun pula sedang menghadapi penyakit tanaman yang pada pandangan saya sakit reput pangkal atau phytium.


Kesemua kebun kubis bunga menggunakan khidmat pekerja asing untuk menanam dan menjaga kawasan tanaman samda dari Indonesia, Bangladesh dan juga Nepal. 

Manakala hanya terdapat satu kebun kubis bunga yang saya lihat kerja-kerja kebun dilakukan oleh warga tempatan berbangsa India.


Semuanya ditanam secara terbuka dan tidak memerlukan rumah plastik.


Jangka hayat tanaman saya rasa sekitar 75 hari hinga 90 hari untuk mulai boleh dituai sebaik sahaja ianya dipindahkan ke plot atau batas tanaman.


Sudah semestinya baja organik tahi ayam digunakan sepenuhnya sebagai sumber pembajaan di kawasan tanaman ini . 


Uniknya kebun yang saya temui di Jalan BOH Habu ini bersempadanan dengan kebun water crest dan juga ada sebuah kebun yang betul-betul bersempadan dengan ladang teh milik BOH Plantation.

Selebihnya saya kongsikan gambar sekitar kebun kubis bunga yang saya kunjungi minggu ini.  









2 comments:

Unknown said...

boleh saya tahu cara memetik kobis tersebut?

Mrkumai @ Jack said...

Kubis bunga dipotong di bahagian pangkal pokok iaitu di batas tanaman,

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock