TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, June 7, 2015

Jualan anak pokok teh

Sebelum saya nak sambung menulis catatan ini, saya nak tegaskan dan terangkan, 'bukan saya yang menjual atau nak menjual anak pokok teh', tapi sekadar nak kongsikan di mana anda boleh membeli 'anak pokok teh".

Ingat bukan saya yang menjual. Jangan nanti ada yang bertanya nak beli atau suruh pos anak pokok teh tersebut.

Saya kongsikan maklumat ini sahaja. 


Pihak yang menjual anak pokok teh adalah Bharat Tea Plantation iaitu yang ada ladang teh di Cameron Highlands. 

Lokasinya adalah di Tea Centre mereka dan saya hanya boleh kongsikan Tea Centre di Jalan Tanah Rata - Ringlet ada menjual anak pokok teh.

Dua lagi teh centre mereka saya tak pasti sebab saya tak pergi tengok.


Harganya RM 10 sepokok.

Tak pasti variety apa.

Tak pasti boleh ke ditanam dibawah.

Tak pasti teknik tanaman yang diperlukan. 


Anda mahu kepastian, tanya si penjual sendiri.

Saya sekadar nk berkongsikan ada nampak mereka menjualnya.


Jadi hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Maklumat perhubungan ada di laman web mereka.

Penat tau, dah terang panjang lebar, ada jugak yang bertanya dan buat tempahan.


Saya rasa TV3 pasti penat nak menjawab kat mana beli helicopters bila Rancangan Majalah 3 mereka buat  cerita pasal helicopter atau si penjual petai sebab ada yang tak berapa nak paham, atau susah nak paham, TV3 ni berkongsikan kisah helicopters dan petai dan bukan wakil jualan petai dan heli. 

Saya begitu juga....

Jangan marah ya....

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock