TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 30, 2012

Peristiwa : Bersih yang Kotor

Ini adalah pandangan aku sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keselamatan semua rakyat malah mungkin istilah 'bersyukur' berhak aku gunakan bagi mengambarkan berapa beruntungnya aku dilahirkan dan menjadi rakyat Malaysia.

Untuk penyokong BERSIH sama 1.0 hingga 3.0, aku tidak bersetuju dengan keganasan dalam apa jua cara sekalipun untuk menyatakan pendirian dan harapan ataupun menzahirkan impian. 

Jadi aku tidak malu dan takut untuk menyatakan secara jelas tanpa selindung ataupun berpura-pura:
TIDAK MENYOKONG BERSIH!!!... 
dan tidak menyokong sama sekali apa juga kekerasan dan keganasan yang dilakukan atau telah dilakukan demi tujuan ini. 

Kepada Pihak Polis, aku mengimpikan sesuatu yang lebih dari ini. Ketegasan, pengorbanan anda amat bernilai bagi kami yang tidak menyokong BERSIH ini. Anda bukan anjing-anjing seperti yang disalakan oleh penyokong Bersih kerana anda adalah amat mulia berbanding mereka yang menyalak ini malah sebenarnya merekalah bersifat Anjing sebenarnya. Tidak salah mereka menyalak diri sendiri. Salute to All Policeman and Woman.. 















Kepada Penyokong BERSIH, tidak sama sekali aku menafikan hak untuk berhimpun dan apa juga hak tetapi Pihak Polis juga mempunyai hak untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan jika tindakan diambil, maka penguatkuasaan undang-undang  lebih penting dari salakan hak anda.
Dan sebagai penutup, walaupun aku bukan ahli mana-mana pertubuhan POLITIK baik kanan ataupun kiri samada di negara ini ataupun mana-mana negara lain, aku  ingin menyatakan pendirian aku bahawa aku menyokong kenyataan ini malah aku akan amalkan sepanjang masa yang relevan bahawa aku ;

Wednesday, April 25, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Masjid Abu Bakar

Lanjutan mengenai catatan saya berkenaan Masjid-Masjid yang terdapat di Cameron Highlands (Catatan di SINI, saya ingin mengecilkan kisahnya mengenai Masjid Abu Bakar yang merupakan Masjid Daerah Cameron Highlands.

Melihat pada saiznya mungkin akan ada yang mengatakan ianya begitu kecil untuk sebuah masjid daerah tetapi percayalah, kapasitinya masih lagi mampu untuk menampung jemaah sekitar Tanah Rata. 

Komuniti Islam ataupun Melayu di daerah yang mempunyai sekitar 32 ribu penduduk ini hanya pada kedudukan yang ketiga selepas Cina dan India.  Manakala rata-rata penduduk melayu adalah kakitangan kerajaan dan golongan peniaga serta keluarga mereka. 
Saya membayangkan jika tiada pejabat kerajaan dibuka maka saya pasti bilangan pekerja asing seperti Bangladeshi, Mynmar, Nepal dan Indonesia boleh menjadikan masyarakat Melayu sekadar minoriti di sini. 

Berbalik kepada masjid ini, ianya dibuka kalau tak silap saya seawal 1960 an dengan hanya sebuah masjid yang kecil yang boleh anda lihat gambar asalnya tergantung di suatu sudut masjid ini.  


Kemudian Masjid Abu Bakar  dinaiktaraf dengan menambah ruang di sebelah anjungnya dan juga kebahagian depan serta kemudahan yang lain seperti ruang musafir dibahagian belakang. 


Masjid ini ditadbir sepenuhnya oleh Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands dengan badan pengurusan seperti iman dan bilal serta aktiviti-aktiviti keagamaan yang berterusan. 

Cuma kelengkapan yang masih jauh tertinggal adalah tiada kipas disediakan apatah lagi aircond..... 

Tips ketika berkunjung di sini: 
  1. Masjid terletak di sebelah Padang Bola Tanah Rata. 
  2. Masjid berada di atas bukit dan jika ada warga emas, sila pandu kereta anda ke pintu masuk atau letakkan di tempat letak kereta di bukit bersebelahan. 
  3. Terdapat ruang musafir yang berasingan di bahagian belakang dewan utama. 
  4. Terdapat sudut gambar-gambar lama untuk anda ketahui sejarah pembinaan masjid ini. 
Baiklah selainnya sekadar berkongsi gambar di sekitar masjid ini.






Selamat singgah dan menunaikan solat dan ibadah di sini. 

Monday, April 23, 2012

Catatan Perjalanan: Khazanah Gunung Brinchang.

Jika dalam catatan terdahulu mengenai xpdc pendakian  Gunung Brinchang, saya berkongsi sedikit pengalaman ketika mendaki gunung ini di SINI, catatan ini pula lebih kepada berkongsikan mengenai pemandangan sekitar trek pendakian. 

Jika anda pernah membaca catatan saya mengenai Mossy Forest samada di catatan ini ataupun catatan ini, saya pasti anda akan teruja dengan keindahan mossy forest di puncak rabung Gunung Brinchang dan Gunung Irau. 

Trek pendakian Gunung Brinchang juga mempunyai senario pemandangan yang sama yakni pokok yang berlumut malah lebih menariknya saiznya lebih besar besar berbanding pokok-pokok di Mossy Forest yang sedikit renik kerana berada di altitud yang lebih tinggi. 

Untuk berkongsikan nama saintifik secara lebih terperinci bukanlah kemampuan pengetahuan saya tetapi saya sekadar ingin berkongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebelum hujan dan sampai ke puncaknya.

Mungkin gambar ini mampu menarik minat anda untuk mendaki gunung ini kelak bagi mengalami dan melihatnya sendiri. 









Ini adalah gambar mossy forest yang menjadi 'rahsia' kepada travel
tour sepanjang penutupan Mossy Forest untuk kerja naik taraf. Saya
teruja dengan gambar di travel tour yang lebih cantik dari mossy forest..
Insyallah saya akan kongsikan nanti dalam ' The hidden of Mossy Forest'
Cuma tak tahu bila nak naik sana semula.. 
Jika anda akan sampai ke sini suatu hari nanti lakukan seperti saya.. saya sekadar memetik kamera sahaja bukannya tumbuhan di sana... untuk anda dan pendaki yang lain mengalami pengalaman seperti saya ini.

Catatan Perjalanan: XPDC Gunung Brinchang

Sekitar 3 bulan yang lalu saya ada menulis tiga catatan mengenai Gunung Brinchang, pertama mengenai Gunung Brinchang yang boleh anda ikuti catatan tersebut di SINI


Catatan kedua pula  mengenai Cabaran Gunung-Ganang di Cameron yang boleh anda ikuti di SINI dan yang ketiga mengenai cabaran denai kembara yang boleh anda baca catatannya di SINI . 
Pada 21 April yang lalu setelah bermaustatin hampir  5 tahun lebih di sini tanpa menduga sebarang cabaran mendaki gunung, akhirnya saya berkesempatan untuk mendaki Gunung Brinchang dengan kumpulan rakan lama dan baru dari Sime Darby.

Tanpa sebarang latihan dan senaman samada biasa ataupun khusuS menjelang pendakian, saya menyertai kumpulan mereka untuk mendaki gunung ini seawal 9 pagi dengan penuh bersemangat. 


Menariknya laluan sejauh 1.92 km ini sememangnya bukan sekadar pendakian ke puncak semata tetapi juga berpeluang meninjau khazanah alamnya yang sedikit berbeza dengan gunung gunung di bahagian bawah sana.Tetapi catatannya akan saya kongsikan di catatan yang lain di SINI

Treknya amat jelas tanpa perlukan pemandu pelancong kerana menjadi tumpuan pendakian yang kerap di sini. Malah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menyediakan beberapa panduan arah sepanjang trek ini termasuklah petunjuk arah  'reflector' yang berfungsi di waktu malam.


Nasihat saya seperti mana mereka yang lain, lakukan senaman memanaskan badan terlebih dahulu terutama di bahagian kaki dan paha anda secukupnya. 


Pastikan urat dan otat semuanya sudah bersedia sebelum anda mengerahkan dua bahagian yang amat penting ini. 


Dan pastinya lebih lengkap dengan bacaan doa untuk keselamatan diri dan pasukan  serta dipermudahkan sepnajang pendakian anda ke puncak kelak. 



Seawal pendakian anda akan melalui kawasan tadahan hujan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang dan memulakan pendakian di sisinya. 


Jika anda mendaki dari Bandar Brinchang jaraknya akan menjadi 2.97 km tetapi dari kaki Gunung ini anda hanya akan mendaki sejauh 1.92 km. 


Dengan laluan Denai atau Trail No 1, perjalanan anda akan bermula dengan awal pendakian securam sekitar 25 darjah dan saya ingin berkongsi tips di awal pendakian ini usah terlalu ghairah untuk cepat dan berlari naik kerana ia bagaikan perangkap awal bagi mereka yang kurang berstamina. 


Akhirnya anda akan kepenatan dan mungkin lebih teruk lagi mungkin akan pitam. Ketika ini anda akan memikirkan untuk turun semula dan berpatah balik tanpa meneruskan apatah lagi untuk menamatkan pendakian anda. 


Sebaiknya mulakan dengan pelahan dan mendaki tanpa perlu memaksa diri untuk cepat sampai ke atas sementelahan lagi anda belum 'panas' sepenuhnya untuk memecut. 


Terdapat beberapa peringkat pendakian dan kalaulah tak silap saya sekitar 600 meter yang pertama terdapat 2 peringkat pendakian yang curam. 


Ketika ini kawasan sekitar adakalanya berkabus dan sedikit beruntung jika hari pendakian anda tidak hujan kerana trek pastinya akan bertambah licin. 


Peringkat 1 km pertama akan anda sudahi dengan sedikit mudah dan bakinya akan lebih mencabar tetapi amat menarik. Kenapa saya mengatakan sedemikian kerana trek yang seterusnya adalah pendakian curam dan kadangkala melebihi 30 darjah dan tinggi. 


Namun untungnya laluan trek pendaki terdahulu mudah diikuti dengan akar-akar pokok yang timbul memudahkan setiap tapak anda. 


Selain itu jika anda perhatikan persekitaran anda keadaan pokok mula merenik dan berlumut kerana perubahan altitud pendakian anda. 


Sekitar 300 meter terakhir anda akan berada di kawasan rata untuk anda berehat selepas mendaki curam tetapi berhati-hati dengan runtuhan tebing yang jelas kelihatan. Jangan terlalu ramai dan lama di sini. 


Meneruskan baki pendakian anda akan menempuh satu lagi pendakian yang agak curam sebelum terpaksa melalui kawasan belukar. 


Akhirnya anda akan menemui pagar Stesen Mikro milik Telekom Malaysia dan melalui sempadan pagarnya akan menemui kawasan pondok dan laluan bertar menandakan anda telah menamatkan pendakian ini. 




Untuk melengkapkan pendakian anda boleh menuruni semula laluan tadi atau menuruni laluan jalan raya menuju ke kawasan ladang teh. Sebelum itu anda akan melalui pintu masuk ke Mossy Forest dan juga trek pendakian ke Gunung Irau. 


Pendakian kami mengambil masa sekitar 2 jam 50 minit dan ianya amat berbaloi dan sesuai bagi mereka yang ingin menduga stamina yang nipis seperti saya. Lebih kepada pencapaian peribadi, saya berjaya menahan diri dari meminum air sepanjang pendakian ini..


Alhamdulillah semuanya selamat. Pasukan kami tiba dengan pencapaian yang membanggakan kerana usia ahlinya ada yang mencecah 50 an dan mempunyai masalah kesihatan tetapi berkat sokongan dan kerjasama sepasukan, kami berjaya menawan puncak Gunung Brinchang... 








Tips jika anda ingin mendaki Gunung Brinchang:
  1. Lebih baik berkumpulan sekitar 4 orang ke atas.
  2. Maklumkan kepada pihak Polis di IPD Brinchang sebelum memulakan pendakian dan dapatkan nombor telepon mereka samada untuk memaklumkan kecemasan ataupun sudah menamatkan pendakian.
  3. Pilih pakaian yang bersesuaian seperti kasut. 
  4. Tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak kerana tempoh pendakian sekitar 4 jam sahaja melainkan anda berniat untuk berehat dan berkhemah di puncaknya sehingga hari berikutnya.
  5. Boleh menguruskan lojistik seperti kumpulan sokongan anda menunggu anda di Puncak gunung melalui kenderaan yang boleh sampai ke puncaknya. 
  6. Tidak membuang sampah seperti plastik air mineral yang sukar dinyahkan oleh alam. 
  7. Tidak mengubah tanda arah yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan untuk kemudahan pendaki yang lain. 
  8. Jangan mengusik dan memetik tanaman. Cukup sekadar menangkap gambar mereka. 
  9. Sediakan baju hujan kerana cuaca boleh berubah sekelip mata. 
Selamat mendaki. Saya dan rakan-rakan sudah dan kami sangat berpuashati ... anda pula ? Kongsikan pengalamanan anda di ruang ulasan...


Pertengahan Bulan 5, 2012 saya bercadang untuk mendaki  Gunung Irau. Jika anda juga bercadang sebegitu, dan tidak kisah untuk menumpangkan saya dalam pasukan anda, saya menanti jemputan emas anda ini..
Cabaran seterusnya ...  Gunung Irau 
Email saya di mrkumai@gmail.com ataupun tinggalkan komen anda di ruangan ulasan catatan ini.  

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock