TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, December 29, 2016

Kejadian Tanah Runtuh di Tanah Rata


Saya ada ditanya mengenai status tanah runtuh yang telah berlaku di Cameron Highlands pada 25 Disember 2016 yang lalu.

Ada yang tanya apakah selamat untuk mengunjungi dan bercuti di Cameron Highlands?

Saya selalunya menerima soalan begini setiap kali ada kejadian tanah runtuh atau apa sahaja runtuh di sini.

Tak apa. Bakal pelancong bertanya utnuk lebih yakin akan keselamatan mereka ketika bercuti.

Cuma saya nak katakan begini:

1. Luas Cameron Highlands adalah 72 ribu ha atau 72 km persegi. Yang terjadi tanah runtuh adalah satu dua tempat sahaja. Sama yang terjadi di tempat anda contoh tanah runtuh di Taman Puchong Perdana, tapi Puchong tu besar lagi.

2. Kawasan tanah runtuh yang lalu kalau yang ditularkan adalah melibatkan kawasan rumah penginapan persendirian milik Tenaga Nasional Berhad berhampiran Sungai Ruil. 4 Buah kereta yang terlibat adalah penginap di sana bukanya kereta pelancong lain yang melancong. Kesian mereka termasuklah rakan saya kakitangan TNB Cameron Highlands yang mana keretanya juga menjadi mangsa. 

3. Tiada kawasan tumpuan pelancong yang mengalami tanah runtuh setakat pemgetahuan saya.

4. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kes tanah runtuh di banglo penginapan. Alhamdulillah. 

Jadi yang masih was-was mungkin tips cadangan ini boleh dijadikan panduan;

1. Dapatkan khidmat nasihat agensi tempatan iaitu Majlis Daerah Cameron Highlands berkenaan dengan status keselamatan melancong ke sini. Jika masih kurang yakin hubungi pula Polis Cameron Highlands. 

2. Pilih kawasan penginapan yang tidak berisiko iaitu bukan di cerun bukit. Lokasinya boleh anda buat kajian sikit sebelum menempah. Saya tidak boleh berat sebelah tanpa melihat apakah keadaan kawasan tersebut.

3. Rancang percutian anda dengan meneliti lebih awal ramalan cuaca kawasan perlancongan di Tanah Tinggi dari laman web MET MALAYSIA. Ada ramalan kaji cuaca selama seminggu dipaparkan di sana.

4. Tanya penduduk tempatan samada melalui kenalan sendiri atau dapatkan info dari laman facebook tempatan Cameron Highlands. Insyallah mereka ada maklumat yang lebih tepat dengan apa yang anda ingin tahu memandangkan setiap masa ada di sini. 

Jangan tanya kawan dan sanak saudara anda di London, Paris, Abu Dhabi, Bostwana, Mali, Korea Utara dan juga Kokdiang. 

5. Ikuti perkembangan semasa dari sumber yang sahih. Bukan whatsapp group jiran sekampung atau sekolah tadika 40 tahun dahulu.

Ucapan saya... Selamat Melancong...

Untuk rekod taburan hujan yang diterima pada 25 Disember 2016 dari pukul1.30 petang hingga 3 petang adalah melebihi 100 mm. Taburan hujan yang normal adalah 20 mm sahaja. 

Tuesday, December 27, 2016

Cerun Jalan Runtuh di Cameron Highlands

Catatan ini nak beri kemaskini mengenai jalan atau cerun runtuh di sepanjang laluan utama Cameron Highlands.

Kesan cerun runtuh di depan Taman Menara Jam Tanah Rata

Saya hanya tumpukan jalan utama di Cameron Highlands iaitu Jalan Persekutuan 59 dibawah kawalselia Jabatan Kerja Raya.

Ada yang bimbang mengenai air terjun besar ditularkan dalam whatsapp group tapi itu berlaku di km 43 Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands - Lojing atau kurang dikenali dengan Lebuhraya Timur Barat 185.

Jauhnnya adalah 25 km dari Kampung Raja, pekan yang terdekat dengan Brinchang dan Tanah Rata. Untuk rekod, kami tiada Pekan bernama Cameron Highlands.

Berbalik dengan laluan utama 59 ini dari Ringlet ke Tanah Rata terdapat 2 cerun kawasan yang runtuh melebihi 10 meter panjanb iaitu yang pertama di hadapan Taman Menara Jam dan kedua di hadapan Bharat Tea Plantation. 

Hanya kawasan Bharat Tea Plantation yang ditutup selama sejam lebih pada hari kejadian iaitu 25 Disember 2016 untuk kerja membersihkan runtuhan dan pokok tumbang manakala di lokasi cerun runtuh di Taman Menara Jam tiada laluan ditutup.

kesan tanah runtuh di Bharat Tea Plantation 

Manakala di kawasan lain di Jalan utama 59 iaitu sepanjang 47 km dari Ringlet ke Blue Valley tiada tanah runtuh atau cerun terbaru. 

Untuk maklumat lanjut boleh anda perolehi dengan menghubungi Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands sendiri.

Alhamdulillah. Tiada mangsa yang terjejas teruk kecuali jem semasa kerja pembersihan dilakukan.

Yang masih nak tanya mengenai air terjun di km 43 Jalan 185 tu, hubungi JKR Kinta untuk maklumat lanjut. Saya sendiri tak pasti nak percaya yang mana sebab Exco Perak dan Menteri JPM kata peristiwa tahun lepas tetapi TV3 pula kata di hari kejadian yang dimaksudkan.

Kalau tak tahu saya mengaku tak tahu dari pandai-pandai buat macam tahu serba serbi dan sebarkan di laman blog dan juga facebook . Ramai yang percaya dan sebarkan pula kisah dogeng saya itu dan makin ramai lagi yang percaya... Kan dah jadi Dosa tu sebarkan maklumat salah. 

Tetapi saya sendiri melalui kawasan tersebut pada hari ianya diviralkan sekitar pukul 8.20 malam dan airnya macam biasa sahaja. Tak ada pula warna keruh dan membuak-buak macam video yang ditonton ramai pihak. 

Semoga catatan ini membantu anda. 
Masih was-was saya tak dapat bantu....

Monday, December 26, 2016

Banjir di Cameron Highlands 25 Disember 2016

Jambatan masuk ke MARDI Tanah Rata
Semalam, 25 Disember 2016 hujan lebat dari pukul 1 hingga 3 petang melanda Cameron Highlands khasnya di Pekan Brinchang dan Tanah Rata. Manakala di Ringlet tiada hujan kecuali gerimis ketika itu. 

Bagaimana lebatnya hujan itu saya tak pasti sebab saya tiada di daerah ini kerana turun ke bawah bercuti untuk lari dari kesesakan di Cameron Highlands. 

Namun dari beberapa group whatsapp saya menerima mesej tak henti-henti mengenai kejadian tanah runtuh dan banjir kilat sekitar Pekan Brinchang dan Tanah Rata.

Memang menjadi kebiasaan kalau taburan hujan yang lebat dalam tempoh pendek akan menyebabkan kesan banjir dan tanah runtuh berlaku.

Antara punca adalah jumlah kelodak hakisan permukaan atau 'run off' yang terhasil akibat hujan yang lebat. 

Kesan hakisan permukaan  yang menghasilkan kelodak tanah dan lumpur ini memasuki salur sungai dengan jumlah yang banyak. Mengikut unjuran kalau tak silap saya setiap 1 ha tanah terbuka akan menghasilkan 100 mt hakisan kelodak setahun dan bayangkan berapa banyak pula tanah yang telah dibuka.

Juga sedikit tambahan jika rumah plastik dibina untuk tanaman kadar hujan yang sepenuhnya akan terus mengalir ke kawasan longkang dan sungai tanpa melalui resapan di kawasan tadahan semulajadi. 

Tapi tak perlu untuk terlalu terperinci mengenainya kerana kesan yang jelas diterima  adalah Sungai Bertam yang melalui Pekan Brinchang telah menerima semua air permukaan dari kawasan sekitarnya seperti Pekan Brinchang, Padang Golf, Golden Hills serta aliran air dari Sungai Ruil.

Kuarter Kerajaan sebelah Kuarter Polis

Semua air ini kemudian melalui pinggir Kampung Taman Sedia dan Parit Fall sebelum melalui Tanah Rata dan sungai yang berubah saiz dan ketinggian tebing sungai yang semakin mengecil dan mulai rendah sehingga airnya melimpah lalu menyebabkan banjir kilat selama dua jam di Padang Tanah Rata, Kuarter Kerajaan dan juga Kuarter Polis. 

Padang Bola MDCH

Manakala gabungan air longkang besar dari Perumahan Prima serta Jalan Tengkolok, Jalan Lagak Mercu  dan juga Longkang Besar Carnation serta Lembah Jasar dan sekitar Pekan Tanah Rata bercantum di muara sungai sebelah Taman Pertabalan menjadikan jumlah air bertambah sekali ganda untuk melalui Sungai Bertam yang berkonkrit selebar 10 meter dan 3 meter dalam sepanjang Persiaran Dayang Endah sebelum menuju ke Robinson Water Fall ke Habu.

Kesan utama adalah Stesen Mardi dan Sekolah Kebangsaan Tanah Rata yang sememangnya berada diparas yang lebih rendah dari kawasan kuarter kerajaan dan Polis tadi dittambah dengan tambahan aliran air dari Puncak Arabela dan kawasan sekitarnya. 

Maka airnya melimpah dikawasan perkarangan premis mereka. Stesen Mardi di Tanah Rata lebih menerima kesan kerana aliran longkang besarnya seperti 'back flow' ke kawasan sendiri kerana air dari Sungai Bertam  iaitu saluran keluarnya sendiri telah melimpah.

Stesen Mardi dari pandangan Arabella

Semuanya terjadi dalam tempoh dua jam hasil hujan yang lebat. Saya masih belum mendapat jumlah taburan hujan dalam tempoh dua jam tersebut namun jika melihat dari suasana  ini pada 2 tahun yang lalu ianya seakan-akan sekitar 63 mm dalam tempoh dua jam.

Sebagai perbandingan purata taburan hujan sebulan di Tanah Rata sekitar 120-180 sebulan dan hujan dalam tempoh 2 jam pada 25 Disember 2015 munkin sudah 1/3 dari hujan yang diterima dalam sebulan. Lebat kan. 

Air surut dalam tempoh 2 jam dan surut sepenuhnya pada pukul 5 petang  hingga 7 malam hari yang sama. Malah saya dikhabarkan oleh pengusaha tandas awam di Taman Pertabalan, ianya hanya mengambil masa 30 minit untuk surut sepenuhnya di premisnya. 

Tiada kawasan yang kekal banjir. Semua kembali pulih dengan pantas tetapi mengalami kesan banjir kilat seperti tebing sungai yang terhakis dan juga lumpur nipis. 

Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan.

Tiada mangsa dipindahkan. 

Kawasan perlancongan yang terjejas adalah Stesen Mardi tetapi dibuka seperti biasa pada hari ini. Begitu juga dengan Taman Pertabalan di Tanah Rata juga dibuka seperti biasa esoknya. 

Manakala kawasan perlancongan yang lain tetap penuh malah pasar malam di Brinchang tak surut dengan pelancong dan saya sendiri terperangkap dalam kesesakan hampir 1 jam 15 minit dari Cafe Lorong Kea Farm ke Brinchang bukan akibat pasar malam tetapi kerana trafik perlahan dalam kawasan Pekan Brinchang.

Harapan saya, anda boleh hadam situasi semalam dan keadaan semasa hari ini.

Untuk Tanah Runtuh di jalan-jalan utama dan juga tanah runtuh melibatkan 4 buah kereta saya ulas kemudian.  Klik

Harap membantu. 

Adakah Cameron Highlands masih selamat? 

Sebagai orang awam yang menetap di sini saya tak ada masalah.

Untuk lebih terjamin, ajukan pertanyaan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands atau Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands atau Polis Cameron Highlands. 

Sapa lagi boleh anda tanya? Tentulah JKR Cameron Highlands yang mana laluan utama adalah Jalan Persekutuan 59. 

Untuk keselamatan parit dan saliran pastinya Jabatan Parit dan  Saliran Cameron Highlands yang arif dengan semua saluran parit dan sungai di sini.

Anda tak percaya juga? Tanyalah sahaja netizen yang tak pernah ke sini tapi dah update pelbagai 'status terkini' di laman facebook, tweeter, instagram dan blog mereka.

Hujan tak minggu depan? Cuba periksa laman MET Malaysia ramalan Kawasan Perlancongan atau belek Accuweather dalam telepon anda.

Semoga membantu... 

Kawan-kawan Cameron Highlands... ada apa-apa nak tambah?

Sunday, December 25, 2016

Ditunda atau ...


Yang Hormat Dato Yang Dipertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands.

Semalam kecoh seketika bilamana satu notis penutupan kawasan letak kereta Dataran Tanah Rata mulai 24-28 Disember 2016 dikeluarkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands melalui facebook MD Cameron.

Mungkin setelah ada maklumbalas yang tidak bersetuju daripada beberapa pihak akan notis penutupan tersebut kerana melibatkan waktu puncak cuti Krismas yang akan menyaksikan kehadiran jumlah pelancong yang ramai, selang sejam pihak MDCH mengeluarkan Notis kedua iaitu ralat/makluman dan menyatakan secara jelas penutupan ini dibatalkan dan kerja-kerja berkaitan akan ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Semua pihak lega. Saya pun lega. Netizen pun lega.

Saya sendiri telah menghantar satu email kepada Yang Hormat Dato dengan 'aduan bersifat akademik' bagi berkongsi keperluan merancang berdasarkan suasana dan jangkaan untuk dimasa hadapan kerana beranggapan notis kedua telah menyelesaikan kekecohan dari notis pertama. 

Namun pada petang 23 Disember 2016 pada pukul 5 petang saya menyaksikan sendiri dari jauh terdapat kerja-kerja pembaikan telah mula dilakukan malah lebih awal dari notis pertama iaitu 24 Disember 2016.

Pihak kontraktor menutup beberapa lot parkir dan melakukan kerja yang berkaitan.

Saya sendiri mencari kembali dalam facebook MD Cameron untuk melihat adakah ada notis ketiga memaklumkan kerja-kerja akan ditetap dijalankan dengan perubahan modus operandi iaitu penutupan secara berperingkat dan juga diawalkan sehari namun tiada.

Saya bingung. 

Pada 24 Disember 2016 saya dikongsikan beberapa keping gambar dalam laman facebook yang menyatakan kerja-kerja berkaitan dengan notis pertama tetap dijalankan oleh pihak kontraktor.

Saya tiada jawapan kepads pertanyaan rakan-rakan saya kerana saya bukan pihak yang berwajib.

Yang boleh saya nyatakan saya keliru dan agak kesal kerana terasa ditipu dengan notis kedua oleh pihak MDCH.

Yang Hormat Dato,

Maaf bukan berniat untuk mencampuri urusan pihak MDCH tetapi rata-rata dikalangan kami mahu menyumbang idea dan juga pandangan dari perpektif masyarakat umum kepada pihak MDCH untuk yang terbaik kembali kepads komuniti.

Saya secara peribadi berharap ada 'walk the talk' atau secara mudah 'cakap serupa bikin' bagi pihak MDCH yang menjadi tunjang dan contoh terbaik kepada agensi dan pelanggan anda semua.

Bagi saya dalam kes ini, saya menemui kehampaan untuk melihatnya.

Mungkin ada halangan dan juga keperluan mendesak yang tidak dapat dielakan dihadapi oleh pihak MDCH.

Moga akan diberikan kemudahan bagi pihak yang berkaitan untuk melaksanakan apa yang dikata.

Selamat maju jaya.

*ini adalah email aduan kepada MDCH melalu majlis@mdcameron.gov.my

Friday, December 23, 2016

Penutupan kawasan Meletak Dataran Tanah Rata sepanjang cuti krismas

*Aduan ini bersifat akademik

Dato Yang Dipertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands

Pagi tadi seawal pukul 9 pagi, laman Facebook MD Cameron telah berkongsikan poster makluman penutupan tempat letak kereta di Dataran Tanah Rata bermula 24-28 Disember 2016 bagi kerja penyelengaraan dan pembaikan.

Notis makluman ini amat mengejutkan ramai pihak termasuklah diri saya.

Persoalan pertama yang saya fikirkan apakah ada keperluan mendesak untuk penutupan ini dilakukan pada tarikh ini yang juga jatuh pada cuti panjang perayaan Krismas.

Umum mengetahui bahawa cuti ini amat bersifat cuti puncak di mana dijangkakan ramai malah amat ramai pelancong akan mengunjungi Cameron Highlands dengan tambahan faktor penyumbang iaitu selepas gaji dan juga hanya tinggal 2 hujunh minggu sebelum persekolahan dibuka.

Malangnya saya merasai pihak MDCH seakan-akan tidak menyedari dua faktor jangkaan ini sehingga membuat keputusan untuk menutup kawasan parkir ini.

Mungkin gambaran dari tahun sebelumnua belum mampu menyakinkan pihak MDCH akan jumlah pelancong yang hadir.

Melalui data ringkas dua tahun lepas sekitar 728,121 pelancong hadir ke Cameron Highlands. Ini bermakna secara ringkas purata mingguan sekitar 14 ribu pelancong dan mengambil kira kadar peratusan penginapan hotel dihari biasa adalah 45% pada hari biasa dan naik ke 90% dihujung minggu, maka kemungkinan dihujung minggu yang berganda sehingga lebih  15 ribu akan berada di sini menyamai 50% jumlah penduduk tempatan.

Keputusan menutup tapak letak kereta di Dataran Tanah Rata bakal menyumbang kesesakan kepada laluan lalintas kerana kemungkinan pelancong akan meletak kereta di sepanjang Jalan Besar  di Tanah Rata.

Sedangkan pada minggu biasa pun sudah ramai yang meletak kereta di tepi Jalan besar ini.

Pilihan yang ada:
Dilakukan kerja-kerja penyelengaraan di luar waktu puncak iaitu hari bekerja biasa. 

Pengalaman tempatan menunjukan selepas cuti panjang biasanya jumlah pelancong akan sangat berkurangan dan kebanyakan premis lawatan dan makan akan ditutup.

Semoga di masa hadapan pihak MDCH dapat membuat keputusan yang rasional dan tepat. 

Notis pada pagi tadi telah mewujudkan suasana tertanya-tanya, gelisah, marah dan ragu-ragu kepada bagaimana ia diputuskan.

Tahniah kerana tindakan pantas telah diambil untuk menunda kerja-kerja yang dimaksudkan.

Syabas saya ucapkan.

Terima kasih.

*Aduan ini bersifat akademik semata-mata.

Wednesday, December 21, 2016

Sewa scoter dan motorsikal di Tanah Rata


Saya melihat sticker perkhidmatan sewaan harian untuk scooter elektrik dan motorsikal di Tanah Rata.

Hubungi pemilik kedai ini untuk maklumat lanjut dan urusan sewaan berkenaan.

Saya kongsi maklumat sahaja perkhidmatan ini.

Cuti panjang Krismas 2016 di Cameron Highlands

Minggu ni berpontensi sebagai minggu yang sesak teruk dan padat dengan pelancong ke Cameron Highlands.

Yang datang melancong... pesanan ikhlas:


1. Cari penginapan dahulu sebelum naik. Jangan berharap ada penginapan dengan mudah di sini. Jangan berharap harga bawah 100 semalam untuk 3 bilik apartment samada tempahan online apatah lagi walk in. Dan paling penting jangan minta saya carikan.



2. Rancang perjalanan anda sebaik mungkin. Jangan buang masa nak ulang ke tempat lawatan padahal sudah melaluinya sebelum itu. Rancang kawasan lawatan anda ikut jalan yang dilalui bukan nak ke situ sini. Anda akan buang masa yang banyak jika tiada merancang dengan baik.



3. Pastikan kereta anda tip top.. jangan pandang rendah jalan berliku di sini dan sesak di laluan mendaki. Dan jangan terperanjat harga baiki kereta di cameron highlands.



4. Rancang belanjawan anda. Nak sekolah dah lepas tu... jangan kerana nak enjoy, minggu depan upload kat facebook kata kerajaan zalim yuran itu ini seratus lebih..... tapi masa melancong ke Cameron Highlands seminggu sebelum tu sampai belanja dekat sepuluh ribu lebih... small matters...



5. Jaga keharmonian setempat. Jangan buat bising lewat malam. Jangan buang sampah bawah kereta. Jangan ambik parking kereta orang. Jangan potong barisan. Jangan buat peranagai ala ketua samseng kampung dusun.


Selamat melancong di cuti panjang Krismas.

Orang Cameron ... jom turun... sakit hati wooo ..

Tuesday, December 20, 2016

Ladang Teh BOH di Habu

Lama jugak saya tidak ke sini iaitu Ladang Teh di Habu. Semalam saya sempat singgah ke sana dan untuk anda yang nak masuk ke Ladang Teh ini perlu ke Habu iaitu diantara Ringlet dan Tanah Rata. 


Terdapat simpang masuk ke ladang ini dengan papan tanda yang besar di tepi jalan dan laluanya menempuhi pemandangan yang unik iaitu kebun sayur dan juga kebun water cress sejauh 6 km sebelum memasuki ladang teh ini. 


Jaraknya dari Tanah Rata untuk sampai ke simpang ini adalah 8 km dan 5 km dari Pekan Ringlet. 

Dan terbaru, pihak pengurusan telah menyediakan perkhidmatan bas perantaraan secara percuma dari kawasan yang ditetapkan untuk mengurangkan kesesakan dan masalah tempat meletak kereta dan semuanya adalah percuma. 

Catatan saya mengenai perkhidmatan bas perantara ini ada saya kongsikan semalam. 


Berbalik kepada ladang teh ini terdapat 2 buah ladang yang saling bercantum iaitu Ladang BOH dan Ladang Fairle. 


Keduanya adalah yang terawal dibuka oleh BOH PLANTATION iaitu sekitar 1924 yang lalu. Nama Fairle diambil sebagai penghormatan kepada salah seorang Pengurus terawalnya dan kishanya ada dipaparkan di salah satu pameran di Sungei Palas Tea Centre.


Jadi kerana dah terhalang untuk masuk ke Tea Centre dengan membawa kereta sendiri, saya sekadar menangkap gambar di bahagian depan sahaja ladang teh BOH ini. 


Monday, December 19, 2016

Motorsikal sewa harian di Cameron Highlands

Saya nak berkongsikan malunat khidmat sewa motorsikal secara harian oleh saudara Mohd Isham yang beliau kongsikan dalam facebook Cameron Highlands Group.


Selalunya yang saya kongsikan adalah diusahakan oleh syarikat agensi perlancongan tetapi kali ini dari individu.

Hubungi mereka untuk maklumat lebih lanjut perkhidmatan sewa motor harian mereka. 

Water Cress Farm @ Jalan Ulu Ringlet

Saya buat kunjungan terbaru ke Jalan Ulu Ringlet semasa rehat tengahari saya tadi.


Dan pastinya di sini tumpuan saya adalah kebun-kebun sayur tradisional yang diusahakan oleh pekebun-pekebun di sepanjang laluan ini. 

Dan antara yang suka saya lihat adalah water cress farm atau kebun selada air.


Satu lagi jalan kegemaran saya yang juga mempunyai water cress farm adalah di Jalan BOH.


Catatan mengenai keunikan kebun selada air banyak kali sudah saya kongsikan dalam catatan terdahulu. Hanya perlu buat carian dengan kata kunci 'selada air atau water cress  mrkumai' sahaja di google.

Perkhidmatan Shuttle Bas ke Tea Centre Habu Estate


Tadi saya berhajat nak ke Ladang Boh Habu semasa rehat tengahari saya.

Perjalanan masuk ke ladang teh ini lancar dari simpang utama habu sejauh 5 km.

Sampai di pos pengawalnya, semua kereta pelawat diarahkan ke kawasan letak kereta yang baharu. 

Rupa-rupanya pihak pengurusan BOH telah memperkenalkan perkhidmatan shuttle bas untuk ke tea centre mereka.


Khidmat bas disediakan secara percuma dengan kekerapan sekitar 15-30 minit pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Hari biasa saya difahamkan pelawat dibenarkan terus ke pusat tea mereka.

Saya percaya langkah ini perlu diambil kerana ruang letak kereta yang terhad di kawasan pusat teh mereka dan menjadi sangat sesak bagi laluan sempit mereka.

Saya rasa ini sesuatu yang bagus. Adakah khidmat seumpamanya akan dilakukan di Sungei Palas Tea Centre.

Saturday, December 17, 2016

Kedai Serbaneka Bumiputera


Saya sering ditanya di manakah kedai serbaneka yang dimiliki oleh orang melayu.

Saya tak kisah nak kongsikan dan kalau ada yang kata isskhhh saya macam rasis pulak. Saya tak peduli sebab saya nal promosikan perusahan bangsa saya. 

Tak salah kan...

Di Tanah Rata kalau nak kira kedai serbaneka yang dimiliki oleh orang Melayu hanya ada 2 iaitu di Taman Sedia dan juga di Marigold Square.

Di Marigold Square adalah  Al Raudah Mart di mana pemiliknya sama dengan kedai nasi arab disebelahnya.

Jadi ada pilihan kan? 

Untuk di Brinchang ada satu di hadapan Masjid Kayangan dan bertentangan dengan stesen  Petronas namun diusahakan secara usahama koperasi.

Nasi Arab Al Raudah di Tanah Rata


Ada dua sekarang iaitu yang pertama di Marigold Square Tanah Rata, Al Raudah. 

Ini adalah kedai nasi arab yang pertama di Cameron Highlands dan dibuka mulai 2015 kalau tak silap saya.

Pemiliknya bukan orang arab tetapi orang melayu. 

Memang menjadi pilihan kami untuk menikmati menu ala Arab cuma tak la pelbagai menunya terutamanya yang selalu makan masakan mandy. 

Memang tak ada tetapi menu lain sudah memadai.

Kedai kedua semalam saya ada kongsikan iaitu di Kampung Taman Sedia.

Kedai ketiga ala Arab adalah di Brinchang iaitu sebelah Iris Hotel dan diusahakan oleh pemilik berbangsa Arab. Saya tak pasti asal mana cuma pengalaman saya ke sana ianya agak mahal malah terlalu mahal untuk kami sekeluarga.

Selamat menjamu selera... 

Friday, December 16, 2016

Ekspo Cuti Sekolah di Brinchang

Saya nak kongsikan catatan ekspo di Brinchang ini iaitu bersebelahan Pasar Malam Brinchang. Kedudukan kedua-dua ekspo dan pasar malam ini hanya bersebelahan tetapi tidak bersambung antara satu sama lain. 

Jadi jangan ada yang tersalah sangka pula. Kenapa?

Sebab adik ipar saya sendiri minggu lepas pergi ke sana dan menyangkakan pasar malam Brinchang.

Dia kata kenapa pasar malam tak jual makanan dan strawberry dah ke?

Rupanya beliau menjangkakan telah ke Pasar Malam Brinchang padahal hanya ke Ekspo cuti sekolah sahaja.

Jadi kalau anda nak ke sana, pastikan kedua dua pasar dan ekspo anda singgah.


Penutupan sementara Hutan Lipur Sungai Pauh

Hajat dihati cuti sekolah ini nak berkhemah dengan anak-anak di tapak perkhemahan Sungai Pauh milik Pejabat Hutan Cameron Highlands.

Namun ianya ditutup sementara sama seperti semua hutan lipur di musim tengkujuh ini.


Tapi bagus juga sebab ada masa untuk mereka menambahbaik kemudahan di sana dan saga mendapati surau baharu sedang dibina dan dijangka siap menjelang pembukaan semula penutupan sementara ini.

Bagus... kudos dan tahniah pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


Errr esok nak berkhemah di mana pulak ni... aduuiii...


Kosong tanpa lanskap menarik?

Saya ada beberapa kali mendapat komen yang mengatakan Cameron Highlands kekurangan lanskap tanaman hiasan yang menarik dan mengambarkan keindahan daerah tanah tinggi yang unik ini.

Saya kena akui. Memang sangat kurang dan hanya ada di lokasi tertentu sahaja jika ditanya mana taman awan atau lanskap istimewa. 

Selebihnya kepada hentian agritourism milik pengusaha swasta tempatan.

Untuk usaha majlis tempatan yakni MDCH sangat kurang hatta dalam bandar utana sekalipun selain Taman Pertabalan, Terminal Fressia, Replika Sayur sayuran serta Menara Jam di Tanah Rata manakala di Brinchang hanya di tengah bandarnya sahaja bertentangan stesen teksi.

Kalau ada pun tak nampak keistimemewaan dari sudut ciri-ciri 'landmark' atau 'trademark'kepada Cameron Highlands.

Dahulu orang lama CameronHighlands mengatakan pokok ros ditanam sebagai hiasan dan Tanah Rata dijolokan sebagai Taman atau Pekan Bunga Ros namun kini kami sendiri tak tahu nak kaitkan dengan apa. 

Apakah pokok teh? Kekwa? Kobis atau juga jagung?

Nak mencari satu perkataan lanskap seperti Cameron Highlands seperti di Menara Jam sukar ditemui.


Mungkin MDCH boleh fikirkan sesuatu dan sewajarnya berbuat demikian sebagai majlis tempatan.


Namun sebagai pujian ikhlas saya, Selasa yang lalu saya melihat kumpulan pekerja MDCH dah memulakan projek lanskap baru mereka di selekoh jalan menuju Ringlet sebelum persimpangan Kampung Sungai Ubi.


Tahniah. Insyallah akan saya kongsikan hasilnya dari masa ke semasa.

Harapan saya juga, ada pelan penyelenggaraan yang bersesuaian akan dilaksanakan kelak untuk lanskap baru ini semoga tidak menjadi projek lanskap di selekoh sebelah rumah pam di Habu yang menjadi 'hutan sekunder' selepas dimulakan. 


Alhamdulilah, kini telah ada kerja pemuliharaan dilakukan setelah aduan disampaikan melalui email dahulu.

Harap kerja-kerja berkenaan diteruskan sebaik mungkin.  Kudos kepada unit berkenaan.

Penduduk dan pelancong mengharapkan sesuatu yang indah di bumi Cameron Highlands kerana ianya amat digemari ramai dan dalam facebook semua sudut dikongsikan oleh semua pelancong.

Semoga tidak mengecewakan kami ya MDCH.

Ramai menantikan projek lanskap baharu ini.   

Nak beli toto tambahan?


Sejuknya Cameron Highlands...  tak tahan... apartment percutian pula bagi 6 set toto sahaja tetapi anda termasukan satu bas rombongan Cik Kiah.

Jadi nak kena beli toto tambahan tapi di mana ? 

Jika tanya saya, saya pastik suruh anda ke Pasaraya Borong Sakan di Bandar Baru Brinchang. 

Banyak pilihan dan murah. Saya suka jenama Narita yang tebal dan berkualiti dan harganya RM 49 satu. 

Selain itu ada juga dijual di Pasaraya Jimat di Brinchang dan Cameron Supermarket di Tanah Rata.

Terpulang... cuma saya perasan ramai juga yang beli di Sakan sebab bila hantar dobi nampak sama coraknya..

Nasi Kukus Pok Di @ Royal Lily


Bagi yang nak mencari makanan simple seperti Nasi Kukus sebegini, antara yang paling popular adalah di Nasi Kukus Pok Di di Royal Lily , Tanah Rata.

Saya secara peribadi mengemari nasi kukus ini sejak dari zaman gerai di simpang masuk Puncak Arabella iaitu sekitar 2007 lagi.

Kedai makannya ringkas. Hanya nasi kukus dan air yang biasa sahaja. 

Dibuka setiap hari untuk makan tengahari sehingga pukul 5 sahaja.

Makanan Arab @ Taman Sedia

Saya nak berkongsikan kedai makanan baru bertemakan makanan arab di Kampung Taman Sedia yang baru dibuka..


Menu yang saya gemari adalah roti arab selain juga menu tempatan yang biasa seperti yang digoreng. 

Terletak di sebelah De Bambo Steamboat and Grill.

Pictures resized by Photo & Picture Resizer App

Ros Chalet 2016

Antara catatan pertama blog saya 8 tahun lepas mengenai Cameron bermula dengan Ros Chalet.

Saya kongsikan kembali kisahnya dengan gambar yang baharu ssya rakamkan minggu lepas.

Catatan berkenaan dengan kiosk strawberry mereka telah saya muatnaikan semalam.

Hubungi ROS CHALET untuk makluman lebih lanjut.



KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock