Sempena cuti sekolah bulan Jun mulai 28 Mei 2015 ini, saya mendapati aktiviti di Tanah Rata akan dimeriahkan dengan Karnival Taman Permainan Belon Raksasa yang dinamakan 'Zoo Belon Tanah Rata".
Lokasinya di penjuru Padang Bolasepak MDCH di Tanah Rata.
Akan dibuka mulai 10 pagi sehingga 11 malam selama 18 hari sehingga 14 Jun 2015.
Semalam ketika saya menjengah ke tapak tersebut, saya mendapati hampir 10 belon permainan pelbagai bentuk disediakan.
Malah terdapat satu belon yang berbentuk kolam air bagi mereka yang ingin dan sanggup untuk basah.
Mungkin boleh mencuba ketahanan diri masing-masing menambah sejuk dan dingin namun saya tidak pasti adakah ada yang sanggup nanti.
Juga terdapat beberapa belon yang menawarkan cabaran kepada pengunjung seperti mendaki tembok angin.
Juga terdapat sebuah belon raksasa yang membolehkan anda meluncur dari puncaknya ke bawah.
Pagi kaki futsal, terdapat padang futsal di tengah taman permainan ini yang boleh menduga kemahiran bermain bola di sini namun pengalaman yang lalu menyaksikan agak padat dengan kanak-kanak yang bermain bola.
Namun semua permainan ini hanya dibuka untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 12 tahun sahaja.
Bagi orang dewasa boleh tengok sahaja terutama bagi ibu bapa yang boleh menemai anak-anak mereka namun mengikut papan notis perlu membayar RM 1 seorang untuk mengiringi mereka.
Caj masuk adalah RM 15 tahun seorang kanak-kanak tanpa had keluar masuk untuk sehari.
Namun jika anda menemui ada pekerja mereka yang menghulurkan pamplet seperti di atas, anda bolehmengunakan keratan kupon tersebut untuk potongan harga istimewa iaitu hanya perlu membayar RM 10 sahaja atau 50% diskaun!!!
Persoalannya, adakah berbaloi dengan harga tiket masuk RM 10 untuk ke sini?
Saya secara peribadi rasanya berpatutan kerana kalau anda ke zon permainan kanak-kanak di sekitar kompleks membeli belah sahaja harga masuknya sudah sekitar RM 8 bagi kadar jam tertentu dan ada yang perlu membayat sehingga RM 18 seorang kanak-kanak seperti di AeON Mall dihujung minggu dan hanya terdapat beberapa belon raksasa dan bersaiz kecil.
Di sini, cuacanya mungkin terasa panas di tengah hari namun kenyamanan persekitaran di sini menghilangkan rasa panas tersebut.
Cuma di waktu hujan, mungkin permainan anak anda akan terhenti seketika. Namun tiketnya boleh masuk untuk tempoh seharian boleh digunakan semula. .
Selamat mencuba ...
Opsss .. saya tidak ada kena mengena dengan pengusaha taman permainan ini.
Bukan juga berkempen untuk mereka cuma sekadar berkongsikan maklumat aktiviti tambahan yang boleh dilakukan semasa anda ke sini di musim cuti sekolah bulan Jun ini...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.