TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, July 6, 2011

Fotografi dan aku ....

Click to take a QuickTime VR tour of the Nikon Coolpix 3200
Model kamera pertama aku
Aku meminati fotografi .. Sekadar sebagai hobi sejak zaman sekolah lagi. Tapi masa tu tak mampu sebab harga kamera dan kosnya cukup  mahal. Di asrama, kami amalkan berkongsi untuk membeli filem dan mencuci filem. Contohnya kalau nak beli filem, biasanya berkongsi dua atau tiga orang dengan 36 siri filem dengan harga sekitar RM 12 segulung dan kos cuci sekitar RM 24 segulung. Kalau berkongsi 3 orang dapatlah 12 keping seorang atau sekitar RM 12 seorang. Maka bergilir-gilirlah untuk mengambil gambar sehingga mencukupi jumlah yang dimiliki. Malah ketika di tingkatan 3 pernah, kami berkongsi dengan 12 orang dan setiap seorang hanya mendapat 3 keping sahaja. Maka setiap keping gambar amat berharga.

Menjelang zaman di Universiti aku mula berminat dengan video kamera tapi sekadar menjadi jurukamera sukarela dengan mana-mana acara majlis. Minat dan keseronokan menjadi kru amat terasa dan sanggup menjadi sukarela bilamana dijemput walaupun secara percuma ataupun sibuk dengan assigment atau test.  Ketika zaman ini, kamera digital masih belum ada di Malaysia tapi sudah mula memasuki pasaran di luar negara. Itupun sekitar 1.2 atau 2.4 megapixel dan harganya amat mahal.

Masuk zaman bekerja sekitar 2003, aku mula gila membeli kamera digital. Dengan jenama Nikon Cool Pix 3.2 megapixel pada harga RM 1,400 di Terminal One Seremban sekitar tahun 2003. Masuk tahun 2007, orang rumah aku ingin membeli kamera dan aku memilih Coolpix 6.2 megapixel juga dari Nikon dengan harga RM 800 di Plaza LowYat. Masa ini, kamera DSLR baru  memasuki pasaran Malaysia dengan Nikon membawa masuk D40  dan D40x tetapi harganya agak mahal berbanding kamera kompak dan memandangkan baharu kerja, maka ianya bukanlah keutamaan.

D60 adalah DSLR pertama
Pada tahun 2008, mulalah aku membeli Kamera DSLR iaitu Nikon D60 dengan harga RM 2288 di Fotokem Ipoh Parade dan mulai dari hari itu aku mula menggali ilmu DSLR sebab masa aku membeli DSLR ini , aku tiada ilmu langsung . Rupanya pelbagai teknik dan perkara teknikal yang perlu anda tahu dan mahir untuk membolehkan anda mendapatkan hasil yang lebih baik.

Dengan semangat berkobar aku membeli lense Tamron 28-300 mm tanpa memeriksa rupanya D60 tidak ada built it Motor. Begitu juga terbeli pula lensa 50 mm yang juga tanpa built motor. Maklumlah semuanya kerana ghairah tetapi ilmu kosong. Mulalah terfkir untuk mencari kamera DSLR yang mempunyai built motor untuk lensa jenis ini. 

D200 mencabar skill dan teknik
Akhirnya aku memutuskan untuk membeli  Nikon D200 secondhand unit dari rakan online dan aku dapati ianya agak mencabar kerana fully manual dan untuk pro profesional rupanya. Susah rupanya bilamana anda perlu pantas dan cekap untuk mengendalikan  kamera D200  dengan mudah dan mendapatkan gambar yang cantik.

Mulalah sekali lagi laman-laman web berkaitan dengan teknik fotografi dicari untuk kefahaman diri aku sendiri. Kemudian seronok pula dengan lensa 70-300mm Nikon untuk gambar zoom yang jauh seperti burung dan mendapatkan teknik 'bokeh' dan mulai mencari 10-20mm lensa Sigma untuk pemandangan kerana maklumlah duduk di Cameron Highlands la katakan. Gambar dari genre permandangan adalah menjadi keutamaan aku ketika itu.  Ladang sayur, ladang-ladang teh, pemandangan kebun bunga dan bangunan mula menjadi sasaran aku. 

pic_001_ljpg
D90 cukup  mesra pengguna 
Tahun lepas, aku tergatal tangan membeli Nikon D90 pulak juga di Terminal One Seremban. Kemudian ditambah pula dengan lensa 18-200mm nikon secondhand unit dari rakan online. Itu tak masuk dengan peralatan lain seperti bag, tripod dan lain-lain peralatan yang juga dibeli secara online. 

Bercerita pula dengan teknik fotografi dan hasilnya, untuk sekadar hobi, maka bagi aku masih banyak yang boleh dipelajari dan perlu dipelajari kalau mahukan hasil yang lebih baik . Untuk menjadi seseorang yang profesional, aku bukanlah orangnya. 

Malah kalau anda benar-benar memasuki era pro ini, anda boleh menjadikkanya sebagai punca pendapatan yang agak lumayan. Selain dari pengetahuan teknikal, anda memerlukan sesuatu nilai 'umppphhh' atau dikenali sebagai 'art of seeing' terutamanya dalam penghasilan gambar yang menarik untuk pelanggan. Bukan sekadar 'pre-fotografi' tetapi 'post fotografi' jugak amat penting dan aku bukanlah orangnya untuk bercerita tentang ini. 

Kepuasan terasa bila gambar yng aku ambik kadangkala digunakan oleh pihak ketiga dan ada juga satu dua pujian dari rakan-rakan. Tapi kalau bab kejian tu jarang aku terima sebab aku tak berani nak letakan di laman-laman web yang berkaitan dengan fotografi seperti photomalaysia . Ramai kalangan mereka yang bergelar sifu dalam arena hobi dan profesional ini. Kalau anda mahu mendapat kritikan membina, mereka antara yang terbaik dari pelbagai bangsa di Malaysia. 

Selain dari laman online, anda boleh membeli majalah berkaitan hobi ini versi Malaysia seperti Digital Camera Megazine dengan harga RM 9 keluaran bulanan selain Majalah Click pada harga RM 8, dan pada tahun lepas Digital Photography versi Malaysia telah keluar di pasaran dengan harga RM 10. Baru-baru ini aku membeli majalah versi bahasa Melayu yang bertajuk Aperature.

Bagi anda yang mahukan asas fotografi aku ingin cadangkan anda ke laman web adhadimohd.com untuk mendapatkan nota lengkap tapi ringkas. Bagus abang photographer ini berkongsi ilmu. Selain itu layarilah laman youtube contohnya di laman ini dengan mencari info mengenai fotografi ini kerana ianya terlalu banyak di sana dan mudah diperolehi.

Cuma sedikit nasihat, pelajari dahulu asas teknik dan mahir dengan istilah fotografi supaya anda mudah memahami setiap perkara teknikal yang diterangkan kemudian.
Contohnya tutorial di bawah ini : 
Selamat mencuba hobi ini dan satu nasihat awal ingin aku berikan hobi ini cukup 'merbahaya' malah amat 'beracun'.... anda akan tahu maksudnya jika anda merasainya sendiri ....

3 comments:

pokcik boh said...

aku ingat, kene ader minima 10k baru best main bende alah nih...

Mrkumai @ Jack said...

mula pelan-pelan.. proton dulu pastu ambik waja pastu ambik inspira... tapi kalau ada modal ..ko ngap terus yang besor.. sebab kalau kira2 balik ... rugi jugak ..

Anonymous said...

zaman DLSR ni... membuatkan saya berundur balik ke zaman 35mm film. dekat Jepun sini, jujur kata, kamera filem tak luput lagi. saya belum lagi memiliki dSLR tapi buat masa ni, saya guna Canon EOS5QD je. tu pun beli second-hand. di Jepun, kos utk cuci filem tu around 1200yen, kira2 RM48. sekarang kat Malaysia on average berapa kos cuci 24 keping gambar filem ye?

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock