TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, July 4, 2011

Felda... 55 tahun melangkau zaman... Siri 2



Sedikit maklumat yang aku dapat dari beberapa laman web untuk dikongsi bersama. Antara yang menarik slot video dari Felda New Zealand, Maran Pahang yang menarik dan juga sedikit fakta mengenai FELDA untuk dikongsi bersama. Melihat kepada pertumbuhan yang berlaku sedari 1956 ini, kejayaan perancangan dalam membangunkan tanah rancangan amat menakjubkan di mana tiada seumpamanya di dunia dapat melakukannya. Cuma kini tanggungjawab kepada generasi terdahulu perlu diteruskan ooleh generasi baru felda dalam memastikan FELDA terus unggul. Pergh macam ayat ahli politik pula. Tak ada apa sebenarnya cuma aku berbangga dan amat bersyukur dengan FELDA dan menjadi sebahagian dari kisahnya.

Saksikan slot video ini: 
  1. Terdapat sejumlah 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di 317 tanah rancangan itu di seluruh negara setakat ini.
  2. seramai 108,322 peneroka terdiri dari kaum Melayu, 1,097 kaum Cina, 1,522 kaum India dan dan selebihnya kaum-kaum lain.
  3. Pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Felda pada tahun 1960 hingga akhir 1989 dan selepas itu kerajaan mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Jan 1990.


Luas Kawasan Berpeneroka / Kawasan FELDA (Hektar)
Keterangan
Luas kawasan berpeneroka
Luas kawasan FELDA
Jumlah Kawasan
Luas tanaman
479,765
331,375
811,140
Penempatan
42,173
-
42,173
Jumlah
521,938
331,375
853,313


Fakta Felda DI Negeri Pahang:
  1. Sejak FELDA Lurah Bilut, Bentong dibuka pada 1950-an, kerajaan negeri menyumbang tanah seluas 185,380.23 hektar bagi menjayakan rancangan tanah untuk membasmi kemiskinan rakyat.
  2. Daripada jumlah itu, seluas 175,120.68 hektar dimajukan dengan tanaman kelapa sawit manakala selebihnya iaitu 10,259.55 hektar diusahakan untuk tanaman getah.
  3. Jika hendak dibuat perbandingan, tanah yang diserahkan oleh Kerajaan Pahang kepada FELDA menyamai keluasan Pulau Pinang (104,630 hektar) dan Perlis (80,302 hektar) jika digabungkan. Jumlah peneroka yang terlibat di tanah-tanah rancangan FELDA di Pahang seramai 43,124 orang terdiri daripada penduduk tempatan dan luar negeri itu.
  4. Menurut pecahan, rakyat Pahang yang menjadi peneroka di negeri itu ialah seramai 14,111 orang, manakala selebihnya iaitu 29,013 orang datang dari luar Pahang.
  5. Rakyat Pahang yang menjadi peneroka mewakili 32.7 peratus berbanding rakyat negeri lain seperti Kedah seramai 6,509 orang (15.1 peratus), Perak seramai 5,892 orang (13.7 peratus) dan Selangor seramai 4,809 orang (11.2 peratus).
  6. Penduduk Kelantan yang menjadi peneroka di Pahang ialah seramai 4,202 orang (9.7 peratus), Johor (2,141 orang atau 5 peratus), Terengganu (1,572 orang atau 3.7 peratus), Pulau Pinang (1,433 orang atau 3.3 peratus), Melaka (1,052 orang atau 2.4 peratus), Perlis (793 orang atau 1.8 peratus) dan Negeri Sembilan seramai 610 orang (1.4 peratus).
  7. Daripada keseluruhan 43,124 peneroka itu, seramai 30,155 orang atau kira-kira 70 peratus telah menerima surat hak milik tanah atau geran ke atas tanah-tanah yang mereka kerjakan selama antara 20 dan 25 tahun.
  8. Sebagai rancangan tanah yang paling awal dibuka, tidak hairanlah seramai 71 peneroka FELDA Lurah Bilut di Bentong menjadi kumpulan pertama menerima surat hak milik tanah masing-masing. 
Cukuplah untuk siri kedua. Jumpa lagi....

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock