"Ini propaganda Kerajaan!!! Ini satu lagi agenda bodoh kerajaan, mengambil kesempatan dikalangan peneroka yang tidak belajar tinggi. FELDA telah menganiayai peneroka. Mereka menindas sebenarnya. Mereka zalim !!! Ayuh kita saman kerajaan kerana membawa nenek moyang kita keluar dari kampung dan masuk Felda... Ayuh kita tuntut kerugian!!! Ayuh kita bubarkan sahaja Felda... Ayuh kita hancurkan FELDA... "
Itu mungkin kata-kata sebahagian daripada kita yang mungkin tidak kenal siapa FELDA. Tiada hubungan dengan Felda malah mungkin cemburu dengan FELDA.
Aku bangga menjadi generasi Felda.. malah aku pasti ayah dan mak aku juga bersyukur menjadi warganya, keluarganya dan sebahagian dari kisah penderitaan, kisah ketabahan, kisah kejayaannya.
ku syukur kerana dilahirkan , dibesarkan dan masih di FELDA. Aku pasti kakak aku, abang aku dan adik-adik aku pasti sama merasainya betapa bersyukurnya lahir sebagai generasi FELDA. Aku pasti mereka juga berbangga sebagaimana aku rasa bangga dengan Felda.
ku syukur kerana dilahirkan , dibesarkan dan masih di FELDA. Aku pasti kakak aku, abang aku dan adik-adik aku pasti sama merasainya betapa bersyukurnya lahir sebagai generasi FELDA. Aku pasti mereka juga berbangga sebagaimana aku rasa bangga dengan Felda.
AKU TIDAK PEDULI dengan si tolol dan si Bodoh di luar sana samada generasi Felda sendiri atau pun mereka dari luar. Mereka bukan sekadar berlagak bodoh, tapi mereka sememangnya benar BODOH dan TOLOL... TULI...
Anda terasa? Anda Marah? Mau berlawan hujah? Mau tegak benang yang nyata basah?
Tak apalah.. kerana aku juga AMAT MARAH bilamana anda mengata malah mengeji mengenai FELDA kerana jasa anda tiada apa berbanding FELDA.
Jasanya bukan sedikit terhitung dari anda langsung tiada bernilai. Maaflah emosi sedikit sebab tak mahu jadi ANJING yang mengigit tangan Tuan yang memberi makan...
Jasanya bukan sedikit terhitung dari anda langsung tiada bernilai. Maaflah emosi sedikit sebab tak mahu jadi ANJING yang mengigit tangan Tuan yang memberi makan...
Hayati Sajak ini...
Ini Siapa ?
Aku bukan seorang Majikan
Aku bukan seorang Kerani
Habis Siapa ?
AKU ADALAH SEORANG
P.E.N.E.R.O.K.A
Aku adalah seorang Peneroka
Dalam menyngkap lembaran ingatan lalu
Tika hendak berhijrah ke tanah bertuah ini
Seluruh Keluarga hanya dapat menghantar
Dengan linangan air mata dan doa restu
Tanah sekangkang kera yang ditinggalkan
Peninggalan Arwah ayah
Seolah olah turut berdoa
Ya Allah !!! Selamatkan hijrahnya
Dan Murahkan rezekinnya
TIDAK SEPERTI AKU HANYA SEKANGKANG KERA
Di saat mula tanah FELDA ini di pijak
Kepala di terpa seribu pemikiran
Seribu Kejanggalan
Seribu Kepayahan
Seribu Kekurangan
AKU PERNAH MENANGIS
Dalam mendayong basikal tua
Menghantar kuih
Ke merata warong penjaja
Mengutip sayur di ladang
Apa saja yang ada
sekarag aku kesat air mata ini
Biar kering
AKU TIDAK MAUH MENANGIS LAGI
Lantaran Hidup di tanah bertuah ini
Membawa seribu perubahan
Yang tidak dapat di nilai
Aku hanya dapat mengangkat dua tangan
Bersyukur kepada mu Ya Allah
Dan Berterima kasih yang berjuta
KEPADA MU WAHAI CUCU DATOK BAHAMAN
Wahai anak anak ku
Cucu cucu ku
Kau lah jagalah sebidang tanah FELDA ini
Tanah Bertuah , Tanah milik kita
Jadi kan lah Tanah Pusaka
AWAS !!! JAGA ia !!!
JANGAN SAMPAI JATUH KE TANGAN ORAMG LAIN
Wahai anak anak ku , cucu cucu ku
Tahu kah kau
DiTanah permata ini lah
Yang Mengisi dada dada mu
Dengan Permata Hidup
INGAT !!!!
Kau Jangan sampai menangis
Seperti Ayah
Yang bermandi TANGIS
HIDUP DI TANAH SEKANGKANG KERA
Sekalong Al Fatihah untuk arwah ibu
yang mendorong aku
BERHIJRAH KETANAH BERTUAH INI
Sekarang tahulah
INI SIAPA ..
SAJAK oleh Hj Asari Othman - seorang peneroka felda
No comments:
Post a Comment