TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, July 9, 2011

Tsunami melanda Acheh... suatu ketika...

Menyoroti kesedihan kepada mangsa-mangsa Tsunami di Jepun , aku cuba menggali semula sedikit ingatan ketika peristiwa 26 Disember 2004 bilamana Acheh dilanda Tsunami terburuk ketika itu dan turut melampias hingga ke beberapa negara sekitar termasuklah Malaysia.


Hari ini aku ingin mengingati semula kisah ini. Dekatnya aku dengan kisah ini kerana ketika itu aku mempunyai lebih 200 pekerja Indonesia. Dan kesedihan mereka bersahut dengan pelbagai bantuan dari seluruh warga estate. Mereka bersetuju membuat potongan gaji untuk didermakan sendiri kemudian kepada Duta Besar Indonesia yang datang ke Ladang. 


Malah penduduk ladang aku turut berkongsi membuat pusat bantuan untuk mereka menyalurkan sumbangan wang dan juga barangan keperluan dan juga pakaian.


Banglo aku menjadi pusat seketika sebelum berpindah ke Pejabat Ladang yang lebih luas. Pekerja Melayu, India dan Cina terus datang dan menyampaikan sumbangan dan terus dihantar ke MERCY Malaysia.


26 Desember 2004…..
Gempa bumi tektonik berkekuatan 8.5 SR berpusat di Samudra India (2,9 LU dan 95,6 BT di kedalaman 20 km (di laut berjarak sekitar 149 km selatan kota Meulaboh, Nanggroe Aceh Darussalam). Gempa itu disertai gelombang pasang (Tsunami) yang menyapu beberapa wilayah lepas pantai di Indonesia (Aceh dan Sumatera Utara), Sri Langka, India, Bangladesh, Malaysia, Maldives dan Thailand.
Antara gambar pilihan :
No 1:
No 2:
No 3:
No 4
No 5
No 6
No 7
No 8
No 9
No 10
No 11
No 12
No 13
No 14
No 15
Lebih 180 ribu mangsa dikenalpasti telah terkorban walaupun ada anggaran mencecah 400 ribu orang mangsa dikeluarkan. Sehingga kini , kesan kepada Acheh masih terasa dengan pelbagai bantuan dunia sampai ke sini namun sewajarnya ianya lebih cepat dibangunkan semula. 
Acheh bukan sekadar menyabit  rasa simpati tetapi menyahut suara dunia kepada penyatuan dalam membantu mereka dalam kesusahan.... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock