Pada tahun 2006, aku mula mencari Filem ini selepas dicadangkan oleh seorang sahabat Indonesia semasa di Lombok. Beliau sungguh-sungguh mensyorkan aku menonton filem ini. Aku melihat poster filem ini di kedai DVD di Kuala Selangor setiap kali membeli DVD di sana. Bezanya tidak menarik perhatian aku langsung kerana mengisahkan latar belakang negara Afrika dan diterbitkan pada tahun 2004.
Bila aku balik ke Malaysia, aku mengunjungi kedai DVD yang sama dan membeli DVD ini dan terus menonton di rumah dan ternyata THUMB UP! Aku mula mengakui dan memahami kenapa dan apa yang sebenarnya dikatakan oleh sahabat Indonesiaku itu .. Thanks Indra Wibowo kerana mensyorkan filem penuh emosi ini.
Kisahnya adalah berlatarkan kisah benar yang berlaku di Rwanda suatu ketika dahulu. Kisah yang menceritakan bagaimana seorang pengurus Hotel, Paul Rusesabagina yang membantu memberi perlindungan dan keselamatan di kalangan pelarian Tutsi yang menjadi buruan kaum dan militia Hutu yang memberontak dan melakukan pebunuhan etnik.
Bukan kerana isteri Paul dari golongan Tutsi tetapi lebih kepada perikemanusian. Kisah benar ini melatari Rwanda dimana ketika genocide berlaku , bukan ribuan atau puluhan ribu puak Tutsi dibunuh dan dihapuskan tetapi menjangkau 800 ribu sehingga sejuta orang telah menjadi mangsa.
Filem ini tiada pelakon seksi atau scene yang mengiurkan kecualo kisah kemanusian, kekejaman dan perjuangan sebilangan pihak dalam menyelamatkan bukan hanya dirinya tetapi ratusan yang lain biarpun tidak mengenali mereka. Mengenepikan kepentingan diri dan keluarganya sehingga sanggup ditinggalkan oleh keluarga kerana beliau tahu jika beliau meninggalkan mereka, tiada lagi benteng pelindungan buat mereka yang tinggal.
Bayangkan bagaimana penghapusan etnik berlaku akibat dendam lama dan dibiarkan sehinggakan nyawa manusia begitu murah .
Aku terkesan dengan scene di mana di suatu pagi Paul terpaksa mengambil sesuatu di bangunan kedutaan dan memilih laluan tepi sungai dan ketika melalui jalan berkabus van tersebut terlanggar bonggol demi bonggol dan apabila berhenti beliau melihat sepanjang jalan itu dipenuhi mayat-mayat yang bergelimpangan dan bonggolan yang dilalui tadi adalah mayat-mayat kaum Tutsi yang dibunuh kejam.
Hotel Rwanda menjadi tempat perlindungan dalam usaha mereka untuk mendapatkan bantuan Pengaman PBB dan berusaha untuk ke Kem Pelarian sebelum ke negara ketiga. Lebih memeritkan lagi dalam usaha Paul memberikan prlindungan dan keselamatan, mereka terpisah tanpa khabar berita akan adiknya dan anak saudaranya.
Aku amat menyukai karektor Paul. Beliau tidak perlu mempunyai susuk tubuh atau karisma yang tinggi sebagai pemimpin untuk membantu yang lain. Beliau tidak melihat kesenangan dan keselamatan dirinya terlebih dahulu berbanding yang lain.
Saksikan...
Aku suka filem ini . Anda ?
No comments:
Post a Comment