TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label filem yang aku suka. Show all posts
Showing posts with label filem yang aku suka. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Opah..drama bersiri mengamit kalbu...

Tengah malam semalam, aku terbuka TV1 yang biasanya jarang menjadi pilihan di kala lewat malam berbanding chanel lain di ASTRO.. Yang istimewanya ada Drama Opah... Sambil-sambil anda membaca catatan ini apa kata anda klik dahulu video lagu temanya.


Dia seorang tua,
Pengasih dan penyayang, 
Tak pernah hidup duka
bersama keluarganya.

Bagi generasi muda masa kini mungkin tidak mengenali dan mengetahui siapa dan apakah cerita istimewanya drama Opah ini. 

Tetapi bagi generasi yang berusia diantara umur 30 an ke atas pasti akan merasa begitu dekat dengan cerita dan drama ini.. Membesar bersama kisah mereka saban minggu dan setiap epsiod ditunggu. 

Ini kisah anaknya, 
empat orang semuanya
Seorang tiada punya
yang tiga telah berkeluarga
Malah bagi kami yang duduk di kawasan felda seawal pertengahan 1980 an, sanggup bertandang ke rumah jiran yang mempunyai peti TV semata-mata untuk menonton Opah..

Opah adalah kisah biasa yang mungkin dapat kita lihat suatu ketika dahulu yang menjadi ibu dan ayah kepada anak-anaknya dan pastinya Opah kepada cucu-cucunya. 
Kisahnya yang tabah mendidik anak-anak keseorangan dengan pelbagai masalah dan cabaran biarpun ada di antara anak-anaknya berjaya dan ada yang kurang berjaya.
 
Dalam suasana keluarganya
dia serba tak kena,
Namun hatinya tetap riang
Walaupun hidupnya seorang

Watak Opah yang begitu penyayang ini dilakonkan oleh Alahyarhamah Zaiton Hussien terkenal dengan aksi latahnya dan pastinya kelibat watak Joyah yang dilakonkan oleh Norlia Ghani melekat ke bibir dan budaya masyarakat melayu sehinggakan kalau ada yang becok dan riuh mulutnya pasti dikaitkan dengan nama Joyah sehingga kini. 
Watak-watak yang lain dilakonkan oleh Khatijah Abu Hassan, Abu Bakar Kassim, Zami Ismail, Mohamad Abdullah(Pak Busu), Normala Omar, Razali Buyung, Norazian Salehah, Yasmin Yusof  dan beberapa nama yang lain.

Di antara cucunya, 
Tiga yang amat dikenali
begitu ragam dunia muda mudi
Cucunya yang pasti akan teringat kepada Aziz M Osman yang berlakon dari kecil sehingga remaja membuktikan transisi kisah keluarga ini begitu dekat dengan kami yang mengikuti kisahnya tanpa jemu. Bob juga menarik hati kita dengan kenakalannya manakala Kathy melengkapi kerenah remaja perempuan di zaman itu.

Saban minggu kisahnya berlatarkan kisah keluarga, konflik, kasih sayang, penyelesaian masalah dan pelbagai lagi yang akhirnya mendambakan kasih sayang dan kebijaksanaan Opah sebagai penyelesai, pendamai dan rujukan.

Inilah kisah keluarga,
Opah dengan anak cucunya
Tak pernah sunyi dari suasana
Suka duka 

Sedutan berikut adalah antara scene Drama Opah yang terdapat dalam youtube: Selamat mengimbau kenangan...

Sunday, August 7, 2011

City Of God

Filem yang seterusnya yang ingin aku kongsi berdasarkan kegemaran aku adalah Filem City Of God yang diterbitkan pada tahun 2003. Filem ini tiada tayanangan di Malaysia dan hanyalah boleh ditonton melalui pembelian DVD. 

City of God
City of God adalah kisah berkenaan projek perumahan yang  dibina pada tahun 1960 an dan menjadi penempatan paling merbahaya pada sekitar tahun 1980an di Rio de Janeiro, Brazil. 

Pada awalnya ianya merupakan penempatan baru yang dibina secara tersusun tetapi kemudian bertukar sedikit demi sedikit menjadi tempat lahirnya penjenayah dan kumpulan-kumpulan yang cuba  menguasai kawasan ini. 

Dan dari awal dibina jalan ceritanya mengenai perkembangan sosial dikalangan kanak-kanak sehinggalah menjadi dewasa yang terdedah dengan peras ugut, samseng jalanan, senjata api, dadah dan segalanya.

Kanak-kanak ini didedah dengan segala kepincangan sosial sehinggakan mereka seolah-olah menjadi lapisan kepada generasi sedia ada dan inilah yang sebenarnya terjadi.

City of GodKonflik sosial wujud bilamana masyarakat melihatnya sebagai sekadar rutin kehidupan dan manakala fakto ekonomi yang tidak sihat menjuruskan meraka lebih ke arah yang berlawanan. 

Di akhir cerita anda akan melihat seolah-olah kitaran masalah sosial ini seperti berulang dan akan terus berulang dengan lapisan baru. Aku melihat filem ini tidak dinaratifkan secara khusus kepada sesuatu objek atau watak tetapi seolah-olah diceritakan secara mendatar dan babak-babak yang dimasukan adalasedikit babak kehidupan yang tidak dapat kita bayangan perjalanan cerita ini. 

Jika anda tidak menumpukan perhatian anda akan mudah tertanya siapa pula dan di mana atau kenapa jalan cerita ini. 

Dikalangan semua watak, lahir satu watak yang secara tidak sengaja berjaya merungkai dan membawa kisah ini kedunia media yang sebelum ini sukar ditembusi oleh wartwan hatta pihak berkuasa sekalipun. 

Walaupun sederhana, aku suka melihat perkembangan jalan cerita yang menceritakan secara ringkas kisah penempatan ini. Genre yang sedikit ganas, seksualiti dan kemanusian sekitar filem ini.

Aku suka Filem ini. Anda bagaimana?

Monday, August 1, 2011

John Q

Pada awalnya aku ingatkan filem ini adalah berdasarkan dari kisah benar. Namun bila aku mencari kisah tersebut di internet aku dapati ianya merupakan salah satu lagi fiksyen ataupun gambaran Holywood bilamana isu mengenai insuran kesihatan hangat diperdebatkan sekitar tahun 2003 oleh pemerintah Presiden Clinton ketika itu . Mereka mengandaikan ini mungkin boleh berlaku akibat kepincangan sistem insuran kesihatan.

Di Amerika seramai 84 juta dilindungi insuran kesihatan samada Medicaid ataupun Medicare namun mash terdapat 40 juta orang belum dilindungi oleh apa-apa perlindungan kesihatan.  Malah sebahagian yang  dilindungi pula tidak pula mengandungi perlindungan sepenuhnya tanpa mereka sedar. 

Hakikatnya cuba diterjemahkan dengan senarion Filem ini. Bayangkan sepasang suami isteri dimaklumkan bahawa anak mereka menghidap penyakit jantung yang bersaiz besar dan memerlukan pemindahan. Namun mereka sekali lagi didedahkan bahawa insuran mereka tidak melindungi pemindahan jantung iaitu sebanyak USD 250,000 dan perlu untuk membayar pendahuluan sebanyak USD 75,000 untuk semata-mata meletakan nama anak mereka dalam senarai penerima jantung. 

peristiwa anaknya jatuh di padang besbol
Di awal filem ini telah jelas sekali mengambarkan bagaimana John Q lakonan hebat Denzel Washington menghadapi masalah kewangan dan adegan kereta ditarik oleh pihak bank dan usahanya untuk mendapatkan pekerjaan kedua gagal.

Dalam keperitan hidup itu, malang menimpa anaknya yang rebah ketika pertandingan besbol di sekolah yang mula membuka perjalanan filem ini semakin menarik.

Tekanan untuk mendapatkan bantuan samada dari diri sendiri dan juga masyarakat sekitar menyebabkan John mula tekad untuk melakukan sesuatu yang di luar norma kehidupannya. Mereka mula menjual barangan rumah, mengutip derma malah cuba mendapatkan bantuan di televisyen namun masih gagal mengumpulkan jumlah yang dikehendaki.

Akhirnya dengan keadaan terpaksa bilamana keadaan anaknya semakin meruncing dan kritikal dan tekanan yang diberikan, dia menjadikan bilik kecemasan hospital sebagai tebusan dengan satu tuntutan, nama anaknya dimasukan ke dalam senarai penunggu penerima jantung baru. 

Tebusan yang menjadi kawan 
Disebalik tindakan yang mungkin ganas dengan menjadikan bilik kecemasan dan pesakit sebagai tebusan untuk mewujudkan tekanan kepada pihak berkuasa, aku tersentuh dengan nilai-nilai yang terbentuk secara semulajadi dikalangan tebusan terhadap penjenayah. Mereka berbincang dan menyokong tindakan John Q yang ditaksirkan sebagai mangsa kepada percaturan perniagaan insuran kesihatan.

Dari menjadi tebusan, mereka mula menjadi kawan, ketawa bersama malah menangis juga bersama. Malah masyarakat luar sendiri menyokong tindakan beliau dan ianya ditambah lagi dengan pengorbanan yang cukup menyentuh hati oleh John Q , seorang bapa kepada anaknya.

Malah beberapa adegan melibatkan suasana di dalam bilik kecemasan cukup menyentuh perasaan dan pastinya mendatangkan kesan kepada mereka yang kaki berair mata.

Saksikan filem ini dan anda tidak akan menyesal ....

Saya suka filem ini , anda?

Tuesday, July 26, 2011

Lorenzo's Oil

Filem yang ketiga ingin aku kongsi ini adalah sebuah Filem kekeluargaan sekitar 1992 yang berlatarkan kisah benar  yang menampilkan bagaimana ketabahan dan kekuatan azam sepasang ibu bapa dalam mencari penawar penyakit yang jarang di temui iaitu Lorenzo. 

Augusto dan Micaela Odone cuba merawati anak mereka sendiri. Cuma filem ini bergerak sangat pelahan dan tiada langsung aksi pantas ataupun menghairahkan. Ini pasti membosankan anda yang mengemari genre pantas dan aksi.  

Bukan sedikit bilangan doktor, saintis dan kumpulan sokongan yang ditemui oleh mereka namun kesemuanya mempunyai sikap pesimis dalam merawati penyakit ALD. 

Tiada istilah putus asa bagi kedua mereka. Mereka menubuhkan kem perubatan , perpustakaan dan mengkaji eksperimen terhadap haiwan. Tidak cukup dengan itu mereka menjejaki kalangan doktor diserata dunia dan menganjurkan simposium antarabangsa bagi penyakit ini.

Filem ini turut menyelitkan nilai persahabatan antara benua iaitu mereka menjemput rakan pena anak mereka dari Afrika untuk sama-sama memberikan sokongan kepadanya. Pada awalnya mereka bimbang penerimaan rakan pena anak mereka namun sebaliknya. Dalam kesakitan, rakan pena menjadi sahabat terbaik.

Akhirnya pada usia 14 tahun Lorenzo berjaya diubati berkat kegigihan ibu bapanya memncari penawar dan ubat dan walaupun hanya sedikit perubahan dialami ianya cukup membawa perubahan dalam perubatan moden. 

Perubatan moden mula meneroka rantaian minyak ini dan sebuah syarikat farmasi sanggup membiayai kajian ini. 

Akhirnya , penemuan ini berjaya memulihkan kesan penyakit ALP dan minyak penawarnya di namakan dengan nama Lorenzo sebagai tanda ketabahan. kegigihan dan  kasih sayang ibu bapa Lorenzo dalam memulihkan dan merawat anak kesayangan mereka. 

Hotel Rwanda

Pada tahun 2006, aku mula mencari Filem ini selepas dicadangkan oleh seorang sahabat Indonesia semasa di Lombok. Beliau sungguh-sungguh mensyorkan aku menonton filem ini. Aku melihat poster filem ini di kedai DVD di Kuala Selangor setiap kali membeli DVD di sana. Bezanya tidak menarik perhatian aku langsung kerana mengisahkan latar belakang negara Afrika dan diterbitkan pada tahun 2004.


Bila aku balik ke Malaysia, aku mengunjungi kedai DVD yang sama dan membeli DVD ini dan terus menonton  di rumah dan ternyata THUMB UP! Aku mula mengakui dan memahami kenapa dan apa yang sebenarnya dikatakan oleh sahabat Indonesiaku itu .. Thanks Indra Wibowo kerana mensyorkan filem penuh emosi ini. 

Kisahnya adalah berlatarkan kisah benar yang berlaku di Rwanda suatu ketika dahulu. Kisah yang menceritakan bagaimana seorang pengurus Hotel, Paul Rusesabagina  yang membantu memberi perlindungan dan keselamatan di kalangan pelarian Tutsi  yang menjadi buruan kaum dan militia Hutu yang memberontak dan melakukan pebunuhan etnik.

Bukan kerana isteri Paul dari golongan Tutsi tetapi lebih kepada perikemanusian. Kisah benar ini melatari Rwanda dimana ketika genocide berlaku , bukan ribuan atau puluhan ribu puak Tutsi dibunuh dan dihapuskan tetapi menjangkau 800 ribu sehingga sejuta orang telah menjadi mangsa. 

Filem ini tiada pelakon seksi atau scene yang mengiurkan kecualo kisah  kemanusian, kekejaman dan perjuangan sebilangan pihak dalam menyelamatkan bukan hanya dirinya tetapi ratusan yang lain biarpun tidak mengenali mereka. Mengenepikan kepentingan diri dan keluarganya sehingga sanggup ditinggalkan oleh keluarga kerana beliau tahu jika beliau meninggalkan mereka, tiada lagi benteng pelindungan buat mereka yang tinggal.

Bayangkan bagaimana penghapusan etnik berlaku akibat dendam lama dan dibiarkan sehinggakan nyawa manusia begitu murah . 

Aku terkesan dengan scene di mana di suatu pagi Paul terpaksa mengambil sesuatu di bangunan kedutaan dan memilih laluan tepi sungai dan ketika melalui jalan berkabus van tersebut terlanggar bonggol demi bonggol dan apabila berhenti beliau melihat sepanjang jalan itu dipenuhi mayat-mayat yang bergelimpangan dan bonggolan yang dilalui tadi adalah mayat-mayat kaum Tutsi yang dibunuh kejam.

HotelRwanda-BH-08.jpgHotel Rwanda menjadi tempat perlindungan dalam usaha mereka untuk mendapatkan bantuan Pengaman PBB dan  berusaha untuk ke Kem Pelarian sebelum ke negara ketiga. Lebih memeritkan lagi dalam usaha Paul memberikan prlindungan dan keselamatan, mereka terpisah tanpa khabar berita akan adiknya dan anak saudaranya. 

Aku amat menyukai karektor Paul. Beliau tidak perlu mempunyai susuk tubuh atau karisma yang tinggi sebagai pemimpin untuk membantu yang lain. Beliau tidak melihat kesenangan dan keselamatan dirinya terlebih dahulu berbanding yang lain. 

Saksikan...

Aku suka filem ini . Anda ?

Man On Fire

Hari ini aku nak mulakan satu kategori yang baru iaitu Filem yang menarik untuk dikongsi berdasarkan selera aku. Maksudnya apa yang aku suka tonton dan ingin aku kongsikan dengan anda. Cuma barangkali tidaklah sama selera atau sama pandangan dengan anda tetapi sekadar berkongsi apa yang aku suka... boleh? ... kalau ada yang melawan atau membangkang tu maaflah ya, sebab kategori ialah , Filem Yang aku suka....

Boleh ? Memulakan filem pertama, adalah filem MAN ON FIRE... lakonan mantap Denzel Washington, antara pelakon kegemaran aku..

Mengisahkan bagaimana fenomena menculik kanak-kanak golongan keluarga kaya di Mexico yang dalangnya di antara penjenayah, anggota polis yang membelot dan golongan polis yang mengambil kesempatan. Ceritanya berlatarkan negara Mexico dan anda akan disajikan dengan suasana golongan kaya dan setinggan di sana.

Jalan ceritanya begitu menarik dan padat dengan aksi dan kasih sayang. 


Bermula dengan kedatangan Creasy lakonan Denzel Washinton ke Mexico bertemu dengan kawan lamanya. Bagaimana Creasy menerima tawaran sebagai pemandu dan pengawal peribadi kepada keluarga kaya yang mempunyai anak gadis dan tugasnya bukan sekadar menjadi pengawal peribadi dan pemandu kepada Pita Ramos lakonan Dakato Fanning. Mereka mula rapat dan dari seorang pengawal dan pemandu, Creasy membantu persiapan Pita menjelang acara sukan renangnya. Malah hubungan mereka seperti anak dan bapa. 

Creasy yang sudah menghampiri penghujung hidupnya dengan rasa putus asa dan dihantui dengan pelbagai peristiwa pahit seolah-olah mendapat semula cahaya untuk terus hidup.

Malangnya, beliau tidak tahu ada konpirasi tentang tugasnya dikalangan keluarga, penjenayah dan pihak berkuasa yang cuba mengambil kesempatan. 


Akibat dari 'kematian' Pita yang dikhabarkan kerana kegagalan urusan tebusan, Creassy bangkit dan mula mengatur perancangan membalas dendam.


"Creasy ibarat seorang pelukis yang menghampiri penghujung kariernya dan kini dia melukis karya agungnya'

Cerita filem ini sungguh menarik bagi aku. Sarat dengan nilai kasih sayang dan aksi dan pastinya senario kehidupan di Mexico menambah rencah ceritanya. Alunan lagu latar yang menarik dan babak-babak yang sedih terutamanya setiap kali melibatkan mereka berdua. Pastinya scene di babak penutup filem ini akan meninggalkan kesan kepada anda dan aku sudah mengalaminya. 



Aku suka filem ini. Anda ?

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock