Pada awalnya aku ingatkan filem ini adalah berdasarkan dari kisah benar. Namun bila aku mencari kisah tersebut di internet aku dapati ianya merupakan salah satu lagi fiksyen ataupun gambaran Holywood bilamana isu mengenai insuran kesihatan hangat diperdebatkan sekitar tahun 2003 oleh pemerintah Presiden Clinton ketika itu . Mereka mengandaikan ini mungkin boleh berlaku akibat kepincangan sistem insuran kesihatan.
Di Amerika seramai 84 juta dilindungi insuran kesihatan samada Medicaid ataupun Medicare namun mash terdapat 40 juta orang belum dilindungi oleh apa-apa perlindungan kesihatan. Malah sebahagian yang dilindungi pula tidak pula mengandungi perlindungan sepenuhnya tanpa mereka sedar.
Hakikatnya cuba diterjemahkan dengan senarion Filem ini. Bayangkan sepasang suami isteri dimaklumkan bahawa anak mereka menghidap penyakit jantung yang bersaiz besar dan memerlukan pemindahan. Namun mereka sekali lagi didedahkan bahawa insuran mereka tidak melindungi pemindahan jantung iaitu sebanyak USD 250,000 dan perlu untuk membayar pendahuluan sebanyak USD 75,000 untuk semata-mata meletakan nama anak mereka dalam senarai penerima jantung.
peristiwa anaknya jatuh di padang besbol |
Dalam keperitan hidup itu, malang menimpa anaknya yang rebah ketika pertandingan besbol di sekolah yang mula membuka perjalanan filem ini semakin menarik.
Tekanan untuk mendapatkan bantuan samada dari diri sendiri dan juga masyarakat sekitar menyebabkan John mula tekad untuk melakukan sesuatu yang di luar norma kehidupannya. Mereka mula menjual barangan rumah, mengutip derma malah cuba mendapatkan bantuan di televisyen namun masih gagal mengumpulkan jumlah yang dikehendaki.
Akhirnya dengan keadaan terpaksa bilamana keadaan anaknya semakin meruncing dan kritikal dan tekanan yang diberikan, dia menjadikan bilik kecemasan hospital sebagai tebusan dengan satu tuntutan, nama anaknya dimasukan ke dalam senarai penunggu penerima jantung baru.
Akhirnya dengan keadaan terpaksa bilamana keadaan anaknya semakin meruncing dan kritikal dan tekanan yang diberikan, dia menjadikan bilik kecemasan hospital sebagai tebusan dengan satu tuntutan, nama anaknya dimasukan ke dalam senarai penunggu penerima jantung baru.
Tebusan yang menjadi kawan |
Dari menjadi tebusan, mereka mula menjadi kawan, ketawa bersama malah menangis juga bersama. Malah masyarakat luar sendiri menyokong tindakan beliau dan ianya ditambah lagi dengan pengorbanan yang cukup menyentuh hati oleh John Q , seorang bapa kepada anaknya.
Malah beberapa adegan melibatkan suasana di dalam bilik kecemasan cukup menyentuh perasaan dan pastinya mendatangkan kesan kepada mereka yang kaki berair mata.
Malah beberapa adegan melibatkan suasana di dalam bilik kecemasan cukup menyentuh perasaan dan pastinya mendatangkan kesan kepada mereka yang kaki berair mata.
Saksikan filem ini dan anda tidak akan menyesal ....
Saya suka filem ini , anda?
No comments:
Post a Comment