Rusuhan di Landon , bermula secara kecil-kecilan dan kini merebak ke beberapa kota di sekitar London. Kenapa dan bagaimana ianya boleh bermula. Apa yang dituntut dan kenapa mereka menuntut?
Tak apa , negara yang dikatakan maju pun boleh mundur pemikiran , sikap dan pendirian. Tapi walaupun jauh dari negara kita, nampaknya tempias terkena juga bila Ashraf , salah seorang pelajar Malaysia turut menjadi mangsa kekerasan.
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan siri rusuhan di Bandaraya London yang amat popular di Britain dan menjadi ikon dan lambang sebuah negara maju di Eropah. Keganasan bermula secara kecil-kecilan akhirnya meletus dan merebak di beberapa Bandar yang lain oleh sebilangan remaja dan golongan muda di Britain.
Kenapa dan bagaimana ianya boleh tercetus dan mula merebak?
Rusuhan bermula di bandar Tottehham , London di mana berpunca dari peristiwa tembak menembak di antara polis dan satu kumpulan yang dipercayai gangster. Kejadian ini telah mengorbankan seorangng lelaki berumur 29 tahun yang dipercayai salah seorang ahli kumpulan gangster iaitu Mark Duggan.
Sebagai bantahan kepada peristiwa ini, sekumpulan ahli keluarga mangsa dan rakan taulan sekitar 50 orang telah mengadakan perhimpunan sebagai tanda menzahirkan bantahan di hadapan Balai Polis Tontehham.
Pada awalnya ianya berlangsung secara aman tetapi mula menjadi ganas bila sekumpulan remaja mengambil kesempatan dengan berpakaian hoodies iaitu bertutup kepala mula melakukan kekacauan.
Mereka mencaci dan memarahi polis dan akhirnya telah membakar dua kereta peronda di samping memecahkan tingkap balai polis tersebut. Ianya berlarutan dengan mereka mula memecah masuk ke kedai-kedai dan mula mencuri barangan di kedai sekitar Totenhham.
Bagaikan sebuah wabak atau virus, ianya mula menular ke beberapa bandar dan mula menjadi ikutan untuk merusuh. Pastinya bukan untuk membela Mark Duggan tetapi sekadar menggunakan kematian beliau sebagai api permulaan untuk memercikan suasana kalut dan melakukan rusuhan.
Sebenarnya ianya lebih kepada luahan rasa remaja dan golongan muda di London dan Tontheham merupakan salah satu bandar yang paling miskin di London. Bagaikan protes kepada ketidakseimbangan ini , mereka menzahirkan dengan rusuhan dan keganasan. Ianya mengulang semula kejadian rusuhan terdahulu pada tahun 1985 yang juga bermula di Tontheham.
Terbukti dengan kemelesetan dan tekanan ekonomi , tiada peluang perkerjaan dan sosial yang tidak seimbang manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri dari tekanan.
Aku berharap , keharmonian di negara kita ini akan sentiasa kekal dan terus subur tanpa perlu kita melalui permulaan yang kelam. Apakah elok dan wajar bagi kita untuk memulakan sesuatu yang sudah baik dan apa yang perlu ianya memantapkan lagi keadaan sedia ada dengan perancangan dan tindakan yang ke depan demi kepentingan bersama bukanya individu ataupun semata untuk segelintir yang tertentu.
Laporan khas di Utusan online.
Laporan khas di Utusan online.
No comments:
Post a Comment