TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, August 1, 2011

Dunia Islam tegang sambut Ramadan

Antara kenyataan atau propaganda bilamana membaca artikel ini. Adakah ianya dikeluarkan semata-mata untuk menunjukan ketidakstabilan negara-negara umat Islam dalam melaksnakan ibadah ke tiga dalam rukun Islam ini.

Dan jikalah kita mengenepikan rasa seperti di hina dan melihat realiti, banyak yang boleh diusahakan untuk berubah ke arah kebaikan demi imej Islam itu sendiri. Kalaulah menjadi realiti untuk kita melihat semua umat Islam di dunia dapat melaksanakan ibadah yang dituntut ini dengan aman dan damai.


2011/08/01

pix_gal0
Pertumpahan darah akibat keganasan, konflik dalaman 

MAKKAH: Umat Islam di seluruh dunia memulakan hari pertama menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini di dalam pelbagai suasana, dengan tunjuk perasaan, bantahan dan peperangan masih berterusan di beberapa buah negara.


Pada masa sama, kumpulan aktivis dan laman web berita Islamonline meramalkan tunjuk perasaan untuk mendesak pemulihan sistem demokrasi di sesetengah negara Islam semakin meningkat menjelang 10 hari terakhir bulan yang dianggap paling mulia di dalam kalendar Islam itu.


Di GHAZNI (Afghanistan) sekurang-kurangnya 10 pengawal dari sebuah syarikat keselamatan persendirian terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah konvoi yang membawa bekalan untuk tentera asing semalam. 

Jurucakap di pejabat gabenor wilayah, Maroof Ayubi, berkata pertempuran berlaku selepas konvoi terbabit diserang hendap kumpulan pemisah bersenjata di sini. 

Sementara itu, dalam satu serangan bunuh diri di luar ibu pejabat polis di bandar Lashkar Gah menyebabkan 12 anggota keselamatan dan seorang kanak-kanak terbunuh. 

Di HAMA (Syria) seramai 95 orang terbunuh apabila pasukan tentera menyerang penunjuk perasaan di bandaraya Hama di tengah, Syria, semalam. 
“Tentera dan anggota keselamatan memasuki Hama pagi ini dan melepaskan tembakan ke atas orang awam, menyebabkan ramai terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera,” kata aktivis kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman. 

Beliau berkata, lebih 1,500 orang awam dan 360 anggota keselamatan terbunuh, manakala 12,000 orang ditahan dan beribu-ribu lagi melarikan diri ke Turki sejak tunjuk perasaan tercetus di Syria pertengahan Mac lalu. 

Di XINJIANG (China) 10 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam serangan dilakukan dua lelaki etnik Uighur, menggunakan pisau di wilayah ini yang dilanda masalah ketegangan kaum. 

Laman web kerajaan tianshannet.com melaporkan, dua suspek merampas trak yang sedang berhenti di lampu isyarat di sebuah pasar di Kashgar dan membunuh pemandunya. Dalam serangan kedua, 10 lagi maut dan empat ditembak mati polis. 

Jurucakap kerajaan, Hou Hanmin, berkata dalam kejadian itu, seorang daripada penyerang berjaya dibunuh, manakala seorang lagi ditahan tidak lama kemudian. Punca serangan masih disiasat. 

Di ADEN (Yaman) sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam keganasan di Zinjibar yang kini dikuasai kumpulan al-Qaeda, kata tentera dan pihak berkuasa tempatan. 

Seorang pegawai tentera berkata, seramai 11 orang termasuk pegawai kanan tentera, terbunuh dalam pertempuran dengan militan di Dofas, 15 kilometer ke selatan Zinjibar. 

“Anggota kumpulan al-Qaeda yang berkubu di Dofas, menyerang tentera menggunakan mesingan semalam, menyebabkan dua pegawai dan empat askar terbunuh. Seramai sembilan orang lagi cedera dalam serangan itu,” katanya. 

Di RABAT (Maghribi) Raja Mohammed VI mengarahkan sempadan negara itu dengan Algeria dibuka semula dan meminta pilihan raya diadakan apabila 98 peratus rakyat bersetuju dengan pembaharuan politik yang disokong beliau.

Keadaan di Maghribi secara keseluruhannya dilaporkan tegang, manakala penunjuk perasaan meningkatkan desakan supaya proses pembaharuan di negara itu dilaksanakan dengan segera. 

Di ABUJA, kerajaan Nigeria akan mengadakan perbincangan terbuka dengan kumpulan Islam berikutan beberapa kejadian letupan bom dan tembakan di timur laut negara itu, kata satu kenyataan kerajaan semalam. 

Kenyataan itu menyebut, Presiden Goodluck Jonathan sudah menamakan tujuh anggota jawatankuasa yang akan menghadiri perbincangan termasuk menteri pertahanan, menteri buruh dan menteri Ibu Negara Persekutuan. 

Jawatankuasa itu akan mengadakan rundingan dengan puak Islam Boko Haram dan memastikan pasukan keselamatan yang pernah melancarkan kekerasan ke atas kumpulan itu bersikap lebih profesional pada masa depan. – AFP 

1 comment:

LakuPoker said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock