TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, July 9, 2011

Jepun dan Tsunami ...

Antara yang menarik perhatian untuk dikongsi sebagai iktibar dan diharapkan menerbitkan keinsafan di kalangan kita adalah peristiwa Gempa Bumi yang mendatangkan kesan Tsunami di Jepun. 

Dalam sedih aku sedikit terangguk bersyukur kerana Jepun yang menerima tamparan alam kali ini kerana dalam keadaan mereka sebenarnya cukup bersedia samada dari segi persiapan menghadapi bencana, kemampuan awal menerima amaran bencana, fasiliti yang dibina mampu menerima bencana dan lebih utama sikap mereka biarpun dilanda bencana. 

Jika peristiwa 2006 kembali berulang dan negara yang sama menerima bencana ini, aku tidak pasti apakah tahap penerimaan samada kerosakan dan mental oleh mangsa-mangsa ini.

Namun bukan bermaksud biarlah Jepun yang menerimanya tetapi mungkin ada hikmah kenapa Jepun pula yang menerimanya pada kali ini ... Kalau menceritakan mengenai sejarah kejadian tsunami, rasanya sejarahnya lebih mudah dipelajari dari artikel Utusan Online ini :

Ribuan jadi korban tsunami

TSUNAMI yang bermakna ombak besar dalam bahasa Jepun telah mengorbankan beribu-ribu nyawa di seluruh kawasan Pasifik pada abad ini, jumlah yang menakutkan di Jepun, Chile, Hawaii dan baru-baru ini di pantai sebuah perkampungan di Papua New Guinea.

Jepun, dengan sebahagian besar penduduknya tinggal di kawasan pesisiran pantai, mempunyai rasa hormat yang besar untuk ombak itu yang dihasilkan oleh gempa bumi di dasar laut.

Pada 3 Mac 1933, satu gempa bumi berukuran 8.3 pada skala Richter mengakibatkan tsunami yang menyebabkan 3,008 orang terbunuh di utara Jepun.

Pada 7 Disember 1944, tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter melanda Pulau Shikoku di tenggara Jepun menyebabkan 1,300 nyawa terkorban.

Ombak terbesar dalam sejarah moden ialah Tsunami Sanriku yang melanda utara Jepun pada 15 Jun 1886 yang dianggar mengorbankan 27,000 orang berikutan gegaran berukuran 7.6 pada skala Richter.

Agensi kaji cuaca Jepun yang mengawasi gempa bumi dan mengeluarkan amaran tsunami apabila keadaan mewajarkan mereka berbuat demikian. Agensi itu mewujudkan sistem berteknologi tinggi khusus untuk mengawasi tsunami sejak tahun 1994 dengan menggunakan satelit pemerhatian.

Pada 12 Julai 1993, kejadian tsunami terbaru melanda berhampiran Hokkaido di utara Jepun selepas gegaran berukuran 7.8 pada skala Richter. Kira-kira 250 orang terbunuh di Pulau Okushiru.

Secara keseluruhannya, pada 1 April 1946, gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter melanda di Pulau Aleutia di perairan Alaska, mengakibatkan tsunami di kawasan Pasifik secara meluas. Ia menyebabkan 165 orang mati. Pada ketinggian 35 meter, ombak itu menenggelamkan rumah api Scotch Cap di Pulau Unimak, Alaska yang setinggi 12 meter, menyebabkan 5 orang lelaki yang sedang bertugas terbunuh. Satu lagi ombak besar setinggi 12 meter melanda Pulau Hawaii mengakibatkan 96 orang terbunuh. Tsunami tahun 1946 menyebabkan penubuhan Sistem Amaran Tsunami Pasifik.

Pada 4 November 1952, gempa bumi berukuran 8.2 skala Richter di pesisiran pantai Semenanjung Kamshatka, Rusia, menghantar tsunami di seluruh Pasifik. Tiada kehilangan nyawa berlaku, hanya enam ekor lembu terbunuh apabila ombak itu melanda Pulau Hawaii dan Pulau Midway yang ditenggelami air setinggi satu meter.

Pada 9 Mac 1957, gempa bumi berukuran 8.3 pada skala Richter di Aleutia menghantar tsunami ke Hawaii dan ombak besar setinggi 16 meter menghanyutkan rumah-rumah di Kauai.

Pada 22 Mei 1960, gegaran berukuran 8.6 skala Richter di perairan Chile menghantar tsunami besar di seluruh Pasifik dengan anggaran kematian antara 490 hingga 2,290 orang. Di kawasan pesisiran Isla Chiloe, Chile, 200 kematian direkodkan selepas penghuni menaiki bot kecil untuk melarikan diri daripada gempa bumi. Tsunami tiba kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian, dan semua bot hilang.

Apabila ia melanda Hawaii, hampir 15 jam kemudian, 61 orang terbunuh, keadaan sekali lagi menjadi buruk apabila dilanda pula oleh ombak setinggi 10.7 meter.

Di utara Jepun, 142 orang terbunuh dan 1,600 buah bangunan musnah. Satu lagi tsunami besar berikutan gempa bumi berukuran 8.4 skala Richter di Prince William Sound, Alaska mencetuskan tsunami Pasifik yang luas. Lebih 122 orang mati.

Pada 29 November 1975, gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter di perairan Hawaii menjana tsunami tempatan. Di Halape, 19 orang yang berkhemah mengalami kecederaan dan dua meninggal dunia.

Ombak terbesar dalam siri ini direkodkan setinggi 14.3 meter di Keaubou Landing di Pulau Hawaii. Rumah-rumah di teluk kecil Punaluu juga di Pulau Hawaii dihanyutkan air dan banyak harta benda musnah. Ketika pihak berkuasa tempatan membunyikan siren pesisiran, ombak pertama telahpun tiba.

Satu gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter melanda Lohong Jawa di Laut Hindi pada 3 Jun 1994, menghantar tsunami yang membawa kerosakan besar di mana lebih 200 nyawa penduduk di pesisiran pantai Jawa Timur terkorban.

Pada 15 November 1994, apabila gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter berhampiran Pulau Verde di Filipina menghasilkan tsunami, 41 orang terbunuh.

Jumaat lalu, satu gelombang besar menjangkau 30 meter menghempas ke pantai di perairan utara kawasan terpencil Papua New Guinea dan menyeret tujuh kampung menyebabkan 2,000 orang mati. Tsunami setinggi 10 meter melanda kampung yang mempunyai penduduk yang padat berhampiran Aitape, 800 kilometer di utara Port Moresby malam Jumaat lalu 30 minit selepas satu gempa bumi dasar laut berukuran 7.0 skala Richter berlaku di kawasan itu.

Ramai daripada penduduk kampung dipercayai mati serta-merta ketika ombak besar melanda tanpa amaran menyebabkan rumah mereka dihanyutkan air. - AFP.


Antara ribuan gambar yang aku temui , inilah koleksi yang ingin aku kongsi bersama anda: 

No. 1:
No 2:
No 3:
No 4: 
No 5:
No 6:
No 7:

No 8:
No 9:
No 10: 


Anda boleh memilih disini tetapi jika anda panjangkan pencarian gambar berkaitan di google, anda akan lebih menemui yang lainnya...

Takziah dan simpati kita zahirkan kepada semua mangsa Tsunami di Jepun dan sehingga catatan ini dibuat, terdapat pelbagai kesan sampingan yang masih berterusan di sana terutamanya acaman radiasi dari Rektor Loji Nuklear yang terjejas teruk sehinggakan kawasan sekitar sejauh 35 km dikosongkan dan diistiharkan tidak selamat. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock