Jangan pandang rendah barang yang mungkin anda rasakan tiada nilai. Ada orang pandang sinis jika anda mengatakan membeli dari kedai bundle ataupun second hand. Cuma di negara kita nilai sebegini tidaklah menjadi amalan dan punca pencarian.
LONDON - Seorang wanita terkejut apabila mendapati tiga gelas yang dibelinya pada satu jualan but kereta dengan harga 40 pence (RM1.92) satu gelas di Portsmouth berjaya dilelong pada harga £18,880 (RM90,779), lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dia membeli gelas itu, wanita tersebut membawanya ke sebuah firma lelongan di Chichester, Sussex Barat untuk mendapatkan pandangan pakar mengenai nilainya.
Wanita itu meminta maaf kepada beberapa kakitangan firma itu jika tindakannya membawa gelas murah tersebut akan merugikan masa mereka.
Namun, kakitangan itu mendapati, gelas itu bernilai tinggi kerana ia dihasilkan oleh pembuat gelas terkenal pada abad ke-18, William Beilby.
Ia dilelong oleh firma Stride and Son pada harga pada harga £18,880 termasuk yuran yang dibeli oleh seorang pembeli. - Agensi
No comments:
Post a Comment