TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Wednesday, April 15, 2020

COVID-19: Mereka yang sembuh


TERKINI #COVID19Malaysia, 15 April 2020.

Bilangan kes pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah sebanyak 169 kes.

Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 2,647 kes bersamaan dengan 52.18%  kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua!

#StayatHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

Tuesday, January 3, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Ros Chalet

Rasanya aku dah jumpa topik yang seronok aku nak taip dan kongsikan iaitu mengenai sesuatu yang dekat dengan aku yakni CAMERAN HIGHLANDS. Asalnya sekadar nak berkongsi maklumat bagi mereka yang ingin melawat dan melancong ke sini dan nampaknya seronok pula. 


Bagi yang bermaustatin di sini seperti saya, mungkin istilah 'lali' adalah terbaik untuk mengambarkan perasaan bila ditanya keseronokan di sini. Tapi bagi mereka yang jarang-jarang atau kadang-kadang mungkin tertanya tanya bagaimana dan di mana mereka boleh menikmati perjalanan dan percutian mereka ke sini. 

Tanpa untuk mengambil untung, aku ingin berkongsi maklumat yang aku perolehi dari pengalaman sendiri sebab kalau mengambil orang sekadar 'copy and paste' sana dan sini mungkin lebih Indah khabar dari rupa, jadi biarlah pelahan-lahan catatan mengenai siri Tips Melawat Cameron Highlands  ini asalkan dari pengalaman sendiri. 

Ok untuk yang seterusnya ini aku ingin berkongsi mengenai ROS CHALET yang sebenarnya berkonsepkan homestay tetapi lebih kepada chalet tanpa berkongsi rumah dengan tuan rumah. 


Maklumlah kalau dikatakan idea asal homestay, anda perlu menetap didalam rumah beserta dengan pemilik rumah itu sendiri tetapi ini lebih 'privacy' di mana biliknya adalah berpisah dari rumah utama. Jadi saya lebih gemar mengatakan konsep 'Kampungstay'.

Terletak di Kampung Taman Sedia, anda boleh memilih untuk menetap di antara 11 bilik chaletnya yang terdiri daripada 5 bilik  kelamin dan keluarga sekitar RM 150  dan 6 bilik kelamin sekitar RM 80-90 semalam. 


Jumlah bilik yang terhad ini masih mampu untuk anda membawa keluarga yang besar dan mengadakan 'perjumpaan keluarga di sini  dengan menempah lebih awal untuk jumlah yang banyak. 


Ruang legarnya selesa dan terdapat kemudahan tempat makan (bukan gerai makan) dan BBQ jika anda inginkan aktiviti ini di waktu malam. 

Istimewanya anda hanya perlu keluar dari chalet anda dan boleh terus menngunjungi kebun sayur tradisional dan juga tanaman strawberry di mana pemilik chalet ini juga terlibat mengusahakannya  di bahagian depan dan belakang chalet ini. 


Malah berdekatan dengannya adalah kebun-kebun strawberry berkonsepkan agrotrourism dan dimiliki dan diusahakan oleh orang Melayu. Manakala sebelah kanannya adalah taman permainan kanak-kanak dan bersempadanan juga dengan Surau Kampung Taman Sedia. 


Manakala dibahagian belakang chalet ini adalah Komplek Pejabat Kecil Jabatan Perhutanan Daerah di mana terletaknya Kem Sungai Pauh dan Parit Fall yang boleh dilalui dengan menggunakan trek ringkas yang selamat.

Kenapa saya mengatakan bukan sekadar dimilik tetapi juga diusahai oleh orang Melayu kerana terdapat juga kebun-kebun strawberry yang sekadar dimiliki oleh orang Melayu tetapi diusahakan oleh kaum lain malahan pekerja Bangladesh pun ada. 


Anda boleh terus menghubungi pemilik Ros Chalet iaitu pasangan suami isteri Kak Ros di talian 0125838060 ataupun En. Zul di talian 0195782044. 


Jika anda sampai di sini, kaunter chalet mereka adalah di kiosk yang berseberangan dengan Chalet ini. 


Sampaikan salam saya, Jack untuk mereka... cuma gambar dalam catatan ini nampaknya ada masalah dan saya terpaksa mengantikan sekitar dua keping sahaja. Nanti saya carikan di masan koleksi gambar Ros Chalet ini. 


Bagi mereka yang pernah mempunyai pengalaman di Ros Chalet ini mungkin anda boleh memetik sepatah dua kata di bahagian ulasan. 


Maklumlah saya tidak pernah bermalam di chalet ini memandangkan jarak rumah sekadar 4 minit perjalanan berkereta.  Gila pulak nanti kalau tiba-tiba menyewa bilik di Cameron Highlands.
Selamat melancong...

Wednesday, October 19, 2011

Penipuan Kad Kredit 2...

credit cardsKisah kedua mengenai cubaan penipuan kad kredit yang kedua berlaku pada pukul 12.34 tengahari tadi. Aku mendapat panggilan telepon daripada seorang wanita memperkenalkan dirinya sebagai ZURA dan mewakili Maybank and Visa Centre. 

Dengan nombor 0147283747 , ZURA ingin membuat soal selidik mengenai perkhidmatan kad kredit Maybank.

Kali ini aku lebih bersedia. Lebih berhati-hati dan mula sengaja ingin menduga aturan modus operandi mereka.

Aku menjawab dan mengesahkan masih memiliki kad tersebut dan masih sebagai pengguna aktif. 

Drama aku teruskan dengan menjawab pertanyaan mudah seperti tempoh penggunaan dan bila mana ZURA mula ingin mendapatkan kepastian dan mengesahkan tarikh luput kad, aku mula mempersoalkan kewajaran aku untuk memaklumkan dan berkongsi nombor kad kredit kerana terang-terang sudah dinasihatkan oleh pihak Bank. 

Zura pada mulanya berusaha untuk menyakinkan aku mengenai kewajaran aku berkongsi maklumat ini sebagai salah satu kajian perkhidmatan dan aku menafikan permintaannya dan bilamana suaranya mula meninggikan , aku mula kan bertanyakan " Adakah mak anda tahu anda menipu? Adakah anak anda tahu dia hidup dengan hasil haram ? dan seperti yang aku dapat agak, Zura mula memaki hamun aku dan aku mana boleh dengar sahaja, terus melawan cacian dan makian Zura. Pelik pula bilamana pekerja bangla aku melihat kenapa bosnya terjerit-jerit di tengah panas di telepon. 

Perbualan selama 1.29 minit ini akhirnya aku putuskan kerana jelas dia sememangnya telah bersedia untuk dimaki dan membalas makian. 

Dari aku menambah dosa kering dengan mencarut aku menghubungi Maybank Centre dan melaporkan kejadian ini. 

Satu laporan polis dibuat selepas itu .

Persoalannya, kenapa dan bagaimana maklumat peribadi aku sampai ke tangan si penipu ini?

Penipuan Kad Kredit...


Hari ini aku tidak berniat untuk memanjangkan kisah dari Kosmo tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman sendiri mengenai penipuan kad kredit. 

Bezanya bukan mendapat kad kredit yang palsu tetapi taktik satu  group   yang aku percaya melibatkan orang Malaysia dalam mendapatkan maklumat kad kredit anda.

Pengalaman Pertama Aku :
Berlaku ketika bulan puasa yang lalu dimana aku dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai LINDA dan mengatakan dari Mastercard dan Visa Centre. Mulanya Linda bertanyakan kad yang sememangnya baru aku terima dan inginkan pengesahan penerimaan kad tersebut. 

Kerana aku baharu menerima kad tersebut tetapi masih belum diaktifkan , maka aku mengikut sahaja arahan dan menjawab pertanyaan LINDA. 

Pertama: LINDA meminta pengesahan tarikh luput kad supaya dapat disahkan dengan rekodnya. 

Kedua : LINDA akan membacakan separuh nombor kad aku dan meminta aku menyambung separuh lagi dan aku membantu permintaan itu.

Ketiga : Selepas itu beliau membaca separuh lagi nombor peribadi dibelakang kad dan meminta aku membacakan separuh lagi. 

Selepas itu LINDA mengesahkan kad aku dan mula menawarkan perlindungan Insuran dan bilamana aku menolak dia berkata ini adalah wajib bagi pemegang kad Visa dan jika tidak tidak perlulah memiliki kad Visa. 

Aku merasa pelik dan mula mempersoalkan hak mereka untuk sewenang-wenangnya mengecaj perkhidmatan ke atas akaun kad dan bilamana aku meminta untuk bercakap dengan bosnya , dia mula marah-marah dan mengatakan suka atau tidak , kad aku sudah di caj sejumlah RM 380 !!!

Dia terus meletakan telepon dan aku cuba untuk menghubungi kembali tetapi GAGAL atau tidak diangkat.

Aku menghubungi MAYBANK Centre dan memaklumkan kejadian dan sungguh bertuah kerana rekod kad aku masih belum diaktifkan. Aku ke cawangan Maybank dan membuat kad baru dan bilamana aku berkongsi di Facebook aku, rupa-rupanya ada reaksi rakan-rakan yang sudah terkena dengan penipuan ini.

Persoalannya... semua rakan-rakan ini adalah pemegang kad MAYBANK ? Dimana sindekit ini memperolehi maklumat terkini aku  termasuk nombor telepon?

Kisah kedua berlaku hari ini tetapi akan aku ceritakan di catatan kedua...lebih menarik...



Friday, September 2, 2011

Sejarah mengikut fahaman Mat Sabu

Dalam perjalanan ke sambutan kemerdekaan baru-baru ini, aku  melihat dalam keadaan pelik dan terkejut satu klip ceramah oleh Mat  Sabu di  Tasik Gelugor yang menyifatkan semua yang terkorban di Bukit Kepong bukannya hero sebenar kemerdekaan tetap lebih kepada alat Enggeris!!! Pendek kata mereka ini mati sia-sia!!!

Yang mulia dan sewajarnya dianggap Hero adalah pasukan komunis khasnya seorang melayu yang bernama Mat Indera.. 

Aku terfikir , apakah punca dan versi sumber sejarah yang digunakan oleh Mat Sabu ini untuk meletakan kenyataan beliau di terima. Dan seperti biasa banyak bidasan dan cemuhan diberikan kepada beliar diatas rekasi pembaca dan masyarakat yang lain...

Saudara Mat Sabu, berpolitiklah dengan adil dan bijaksana.. bukanya semunya dilacurkan demi kelangsungan politik anda.. Rakyat Malaysia yang menyokong anda hanya segelintir dari satu parti yangtidak lah begitu Islam dewasa ini dan dari segelintir pengikut parti PAS yang tidaklah sebegitu Islam ini pun  pun hanya segelintir yang menyokong anda.

Saya menganggap anda seumpama seekor BABI sahaja.. mungkin dari spesis BABI MELAYU yang amat bodoh, banggang dan sial bilamana anda mempertikaikan perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan seperti mereka di Bukit Kepong.

(Kata sesama Melayu tak rasis kan? kalau rasis pun, aku tak peduli!!!).

Saya ikhlas menggelarkan anda sebegini dan jika anda mengatakan saya pengikut tegar UMNO anda silap kerana ianya juga bukan parti saya apatah lagi menunggu bayaran jutaan ringgit sebagai habuan saya mengatakan. 

SELAMAT BERAYA BABI KOMUNIS!!!!

Zainudin Maidin Sumber : Utusan



TIMBALAN Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu bukan tidak memahami sejarah tetapi beliau ialah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang mahu sejarah ditulis semula untuk memberikan pengiktirafan kepada sumbangan golongan kiri; nasionalis, sosialis dan komunis dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Anggota Polis Bukt Kepong

Saya tidak terkejut apabila membaca kenyataan Mat Sabu yang didedahkan oleh Utusan Malaysia mengatakan beliau menganggap Muhammad Indera, lelaki Melayu yang menyerang bukit Kepong bersama pengganas komunis Cina adalah sebenarnya hero.

Beliau juga mengatakan bahawa Dato’ Onn Jaafar pengasas UMNO dan Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan Malaya sebagai alat British.

Saya pernah mendengar kenyataan seumpamanya daripada beliau sebelum ini tetapi saya tidak mempunyai catatan tarikh di mana dan bila. Sebagai seorang wartawan, saya kesal kerana tidak dapat mengemukakannya tetapi saya penuh yakin pernah mendengarnya.

Saya percaya Mat Sabu adalah jujur, menghayati dan percaya kepada apa yang dikatakannya itu.
Saya tidak setuju jika orang mengatakan beliau tidak memahami sejarah tetapi beliau memahami sejarah mengikut fahamannya berasaskan kepada perjuangan asal nasionalis-nasionalis kiri Melayu seperti Dr. Burhanuddin Al Hilmi, Ibrahim Yaacob, A. Samad Ismail dan lain-lain.

Perjuangan ini juga turut didokong oleh Utusan Melayu yang diketuai oleh Pengarangnya, Said Zahari sehinggalah dipatahkan oleh UMNO dengan pengambilan alih Utusan Melayu pada 1961.

Suatu perdebatan kecil antara bekas Penasihat New Straits Times, A. Samad Ismail dengan Said pernah berlaku apabila Said membangkitkan perihal A. Samad menganggap Dato’ Onn sebagai alat British.

arwah ini mati sia-sia , mengikut Mat Sabu Babi
Komunis...
Bagaimanapun A. Samad akhirnya menerima jalan kemerdekaan yang diambil oleh UMNO sebagai lebih realistik ( Lihat Memoir Samad Ismail di Singapura terbitan UKM). Beliau mengakui terbentuk fahaman dan perjuangan oleh perjuangan revolusi Indonesia yang menyingkirkan feudalisme.
Said, Ketua Pemogok Utusan Melayu 1961 juga mengakui kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan Malaya lebih awal dengan menggunakan faktor ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikuasai orang Cina sebagai alat tekanan ke atas British semasa beliau merundingkan kemerdekaan Malaya.

Kerana bimbang, Tunku mungkin meletakkan jawatan Ketua Menteri sekiranya tidak dibenarkan menemui Ching Peng, British akhirnya bersetuju dengan memberikan syarat kepada Tunku tidak boleh merundingkan soal lain daripada penyerahan diri Chin Peng dan PKM.

Dalam keadaan yang terikat inilah, Tunku telah memanfaatkan sepenuhnya agenda politik beliau sendiri.( Kemerdekaan Malaya). (Lihat Said Zahari Meniti Lautan Gelora halaman 300 terbitan UKM).

Sesiapapun yang membaca Memoir A. Samad Ismail di Singapura akan dapat memahami bahawa beliau pada akhirnya mengakui kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Tunku, Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO tetapi malangnya beliau telah ditahan sekali lagi di Malaysia di bawah ISA kerana hasutan dari Perdana Menteri, Singapura Lee Kuan(amat jelas dalam buku Memoir Lee Kuan Yew).

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman juga memahami bahawa PKM memperjuangkan kemerdekaan tetapi hakikatnya Tunku dapat melihat masa depan sekiranya PKM berjaya, maka pastinya Malaya jatuh ke tangan orang Cina atau kepada Parti Komunis Cina tanpa kedaulatan orang Melayu dan kehormatan kepada agama Islam.

Mengikut sejarah British juga tidak mahu orang Cina menguasai negara ini, maka itu mereka tidak menunaikan janji untuk memberikan Malaya kepada PKM selepas mengalahkan Jepun dengan bantuan gerila MPAJ atau PKM.

Akhir-akhir ini memang terdapat usaha untuk mempengaruhi rakyat supaya memberikan pengiktirafan kepada perjuangan PKM. Buku-buku yang ditulis oleh bekas- bekas pemimpin tertinggi PKM Regimen Ke-10 (sayap Melayu) seperti Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abu Samah dan lain-lain dijual bebas di negara ini.

Generasi muda yang membaca buku-buku ini mungkin akan terpengaruh tetapi sesiapa yang dapat membaca yang tersirat di sebalik yang tersurat dalam buku My Side Of Story oleh Chin Peng dan juga Memoir Shamsiah Fakeh akan dapat mengetahui bahwa Shamsiah diseksa di Beijing dalam masa revolusi Pengawal Merah tanpa dipedulikan oleh Chin Peng, Setiausaha Agung PKM yang diketahui oleh Shamsiah berada di Beijing.

Memanglah ramai nasionalis-nasionalis Melayu kiri yang masuk ke dalam hutan menyertai perjuangan berdarah PKM dan ada yang berjuang di barisan depan sebagai orang sosialis seperti Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammad, Dr. Burhanuddin, Syed Hussein Ali, Kassim Ahmad dan lain-lain.

Tetapi hakikatnya jika perjuangan yang didalangi oleh komunis antarabangsa itu menang maka Malaya atau Malaysia tidak akan berada dalam situasi bebas, makmur, moden dan maju sebaliknya akan berada dalam kekuasaan tangan yang kejam yang cuba membahagikan kek kecil tetapi mengambil sebahagian besar kepada diri mereka sendiri.
Saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri keadaan ini ketika melawat negara komunis dan sosialis seperti Romania, China, Russia ( sekarang telah berubah) dan Myanmar.

Yang terakhir beberapa tahun lalu saya berkesempatan melawat Cuba dan melihat keadaan menyedihkan, ramai penganggur, mereka duduk di tepi jalan atau di depan rumah atau merayau-rayau tanpa kerja.

Oleh kerana Singapura dan Malaya keluar dari aliran kekirian dari sejak awal dan percaya untuk merdeka dalam demokrasi Barat dan dibantu pertahanannya oleh Barat di samping pertahanan kita sendiri maka itulah kita terselamat dan mendahului kemajuan dari lain-lain negara di Asia.
Oleh kerana China dan India baru memeluk kapitalisme maka tidaklah hairan mereka begitu ghairah menjalankan dasar ini dengan bergantung kepada pasaran bebas yang dikutuk oleh mereka dahulu.

Amerika Syarikat dan Eropah juga membantu mereka untuk menjamin keselamatan masa depan ekonomi mereka dan penjajahan baru menerusi dasar globalisasi (1 Amerika 1 Dunia).

Maka itu kenyataan Mat Sabu tidak seharusnya dilihat sebagai suatu usaha untuk menghidupkan semula Parti Komunis Malaya.

Fahaman Komunis telah bangkrap, orang- orang komunis dan sosialis telah murtad tetapi apa yang dilakukan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada perjuangan yang sedang dilakukan oleh segolongan kecil intelektual Melayu dan Cina.

Mereka tidak melalui dan memahami sejarah dengan didepani oleh DAP supaya pengiktirafan diberikan kepada perjuangan PKM yang diketuai oleh seorang Cina bernama Chin Peng yang diperalatkan oleh British untuk menentang Jepun sehingga dikurniakan pingat tertinggi kerajaan British “Sir”. Tetapi British tidak menunaikan janjinya.

Jika British boleh menggunakan Chin Peng maka tidak mustahil Mat Sabu dan juga konco-konconya tanpa sedar menjadi alat kepada cita-cita globalisasi itu. Gerakan untuk memulihkan imej komunis juga sedang berlaku di Indonesia sekarang.

Kita dapat melihat betapa DAP memperjuangkan tuntutan keluarga Cina menuntut ganti rugi dari kerajaan British kerana keluarga mereka dibunuh oleh tentera British dalam masa darurat di Batang Kali pada 11 dan 12 Disember 1948. Mereka langsung menutup hakikat bahawa mereka ini telah disyaki memberikan berbagai bantuan kepada pengganas-pengganas komunis.
Tugu Peringatan beberapa pengganas komunis yang terkorban di Malaya telah dibangunkan dengan berselindung dalam bentuk memorial di Nilai dengan belanja berjuta ringgit dan percubaan juga dilakukan untuk membina tugu yang sama di Sarawak. Sebuah akhbar Inggeris telah memperjuangkan supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Saya percaya bahawa Mat Sabu tidak membuat pertimbangan yang waras atau rasional dalam kepercayaannya dan juga dalam kempennya untuk mengiktiraf perjuangan PKM bagi kemerdekaan negara.

Saya percaya orang-orang Pas yang ibu bapa mereka pernah menjadi tentera atau polis atau pun yang terkorban kerana menentang pengganas komunis turut marah kepada Mat Sabu.

Tetapi supaya taraf kemarahan tidak keterlaluan, kita harus bertanya apakah yang dapat kita harapkan daripada pemimpin sebuah parti yang telah meningkat naik dengan cara yang tidak bertamadun sebaliknya populariti dengan memaki hamun dan menjual kemurnian agama.

RTM pernah mendedahkan Mat Sabu mengatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad gila dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Dr. Mahathir barua dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkafirkan orang Islam yang tidak menganggotai Pas.
Setelah pendedahan ini dibuat maka barulah mereka dapat melihat diri sendiri, rupa- rupanya memaki-hamun orang dengan berkopiah puteh dan berserban tidak manis di pandang malah terlihat seperti ulama-ulama ajaran sesat. Maka sejak itu mereka tidak melakukannya sekarang. RTM telah membetulkan akhlak mereka.

Maka itu, orang ramai tidak seharusnya terkejut jika Mat Sabu mengulangi kesilapan lalu kerana itu adalah jati diri mereka. Inilah taraf pemikiran dan kualiti kepimpinan Pas dan mereka inilah yang akan memimpin masa depan Malaysia bersama dengan parti ekstremis dan cauvanis Cina DAP.

ZAINUDDIN MAIDIN ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir,


Universiti Utara Malaysia. 

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock