Hari ini aku tidak berniat untuk memanjangkan kisah dari Kosmo tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman sendiri mengenai penipuan kad kredit.
Bezanya bukan mendapat kad kredit yang palsu tetapi taktik satu group yang aku percaya melibatkan orang Malaysia dalam mendapatkan maklumat kad kredit anda.
Pengalaman Pertama Aku :
Berlaku ketika bulan puasa yang lalu dimana aku dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai LINDA dan mengatakan dari Mastercard dan Visa Centre. Mulanya Linda bertanyakan kad yang sememangnya baru aku terima dan inginkan pengesahan penerimaan kad tersebut.
Kerana aku baharu menerima kad tersebut tetapi masih belum diaktifkan , maka aku mengikut sahaja arahan dan menjawab pertanyaan LINDA.
Pertama: LINDA meminta pengesahan tarikh luput kad supaya dapat disahkan dengan rekodnya.
Kedua : LINDA akan membacakan separuh nombor kad aku dan meminta aku menyambung separuh lagi dan aku membantu permintaan itu.
Ketiga : Selepas itu beliau membaca separuh lagi nombor peribadi dibelakang kad dan meminta aku membacakan separuh lagi.
Selepas itu LINDA mengesahkan kad aku dan mula menawarkan perlindungan Insuran dan bilamana aku menolak dia berkata ini adalah wajib bagi pemegang kad Visa dan jika tidak tidak perlulah memiliki kad Visa.
Aku merasa pelik dan mula mempersoalkan hak mereka untuk sewenang-wenangnya mengecaj perkhidmatan ke atas akaun kad dan bilamana aku meminta untuk bercakap dengan bosnya , dia mula marah-marah dan mengatakan suka atau tidak , kad aku sudah di caj sejumlah RM 380 !!!
Dia terus meletakan telepon dan aku cuba untuk menghubungi kembali tetapi GAGAL atau tidak diangkat.
Aku menghubungi MAYBANK Centre dan memaklumkan kejadian dan sungguh bertuah kerana rekod kad aku masih belum diaktifkan. Aku ke cawangan Maybank dan membuat kad baru dan bilamana aku berkongsi di Facebook aku, rupa-rupanya ada reaksi rakan-rakan yang sudah terkena dengan penipuan ini.
Persoalannya... semua rakan-rakan ini adalah pemegang kad MAYBANK ? Dimana sindekit ini memperolehi maklumat terkini aku termasuk nombor telepon?
Kisah kedua berlaku hari ini tetapi akan aku ceritakan di catatan kedua...lebih menarik...
No comments:
Post a Comment