Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com
TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:
Saturday, October 22, 2011
Gaddafi rayu jangan dibunuh
SIRTE 21 Okt. - ''Anak, tolong jangan bunuh saya'' itulah kata-kata terakhir Muammar Gaddafi kepada tentera kerajaan sementara yang menangkapnya selepas satu serangan ke atas konvoinya di bandar Sirte awal subuh semalam.
Sejam kemudian bekas pemimpin Libya itu dilaporkan terbunuh.
Gaddafi mengangkat tangan sambil merayu supaya beliau tidak dibunuh selepas beliau diheret keluar dari tempat persembunyiannya di saluran kumbahan di bandar kelahirannya di sini dalam serangan itu.
Namun, rayuannya itu tidak diendahkan oleh tentera kerajaan, sebaliknya mereka menghinanya.
Bukan sekadar itu, mayat Gaddafi yang berlumuran darah dibiarkan dalam keadaan separuh bogel dan rambut palsunya ditanggalkan dan dihantar sebagai 'hadiah perang' kepada tentera kerajaan di Misrata, bandar yang terletak di selatan Sirte yang telah ditawan tentera kerajaan sementara.
Rakaman video menunjukkan beliau diheret keluar dengan kasar dari bonet trak sebelum hilang daripada rakaman selepas kedengaran bunyi tembakan.
"Ketika dibawa keluar dari Sirte (untuk dihantar ke hospital), Gaddafi dipukul dan kemudiannya dibunuh," kata seorang pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) kepadaReuters sebelum Pemangku Perdana Menteri kerajaan sementara Libya, Mahmoud Jibril mendakwa berlaku insiden berbalas-balas tembakan.
Ketua pengawal peribadi Gaddafi mengesahkan bekas pemimpin Libya itu terselamat dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke atas konvoinya.
Dalam serangan itu, Mutassim, anak kelima Gaddafi yang kelihatan berlumuran darah tetapi masih hidup dalam rakaman video itu turut dilaporkan dibunuh.
Berita kematian Gaddafi disambut sorakan kegembiraan dengan penduduk berhimpun di jalan-jalan raya, manakala anggota tentera melepaskan tembakan ke udara.
Di Benghazi, beribu-ribu penduduk berarak di jalan-jalan raya sambil meletakkan senjata mereka dan menari.
"Saya tidak akan memberi senjata saya kepada anak lelaki saya. Kini perang sudah tamat dan kami perlu menyerahkan senjata dan kanak-kanak perlu ke sekolah," kata seorang penduduk, Mansour el Ferjani, 49 tahun .
Sementara itu, gambar mayat Gaddafi yang berlumuran darah dan disiarkan di skrin-skrin televisyen seluruh dunia mungkin akan memberi kesan kepada negara-negara yang berdepan kebangkitan rakyat seperti Yemen dan Syria. - REUTERS/AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KOLEKSI CATATAN:
-
▼
2011
(310)
-
▼
October
(47)
- Letupan Besar Akibat Kereta Api Berlanggar Dengan ...
- Nama yang dilarang didalam islam...
- Catatan Dari Tanah Suci
- Bakun bakal popular....
- IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!
- Surat Untuk Abang Dan Adik
- 5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK
- Pesta cahaya keluarga estet
- Pasar Borong Selangor :124 lot atau 54.1 peratus p...
- Cerita porter Kinabalu
- Pemandu didakwalanggar budak dua tahun
- Mayat Gaddafi berbau busuk
- 23 panel peguam GWGF bantu selesai aduan peneroka
- Simoncelli temui ajal
- Deklarasi 10 perkara Perhimpunan Sejuta Umat
- PELAJAR 14 TAHUN TIDUR LEBIH DARI 100 JANTAN DEMI ...
- GADIS 14 TAHUN MENGEJAR GELARAN RATU SEKS !!
- Gaddafi dijulang dan dibuang
- Lelaki Hebat 39 Isteri
- Mayat Muammar Gadaffi
- CPR kepada anjing
- Wang Yue meninggal dunia
- Gaddafi rayu jangan dibunuh
- Gaddafi akhirnya mati ditembak
- Gaddafi terbunuh dalam serangan
- Secawan kopi luwak RM300 ... kopi apa sebenarnya...
- Penipuan Kad Kredit 2...
- Penipuan Kad Kredit...
- Kisah kejayaan peneroka Umas
- MAT INDERA dari pandangan Dato Zulkifli Nordin
- Legenda emas tinggal kenangan
- Ceritera hayat Datuk Ahmad Jais
- Suasana di padang mahsyar...
- Gambaran Hari Kiamat ...
- Kerap hamil jejas tulang ..
- Al Fatihah... Perginya Sebutir Bintang...
- KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH
- GEMPAR : RAKSASA ANEH TERDAMPAR DI PANTAI CENANG, ...
- Skill kerja di China..
- Intipati Belanjawan 2012
- 10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar ...
- Kecantikan Lelaki dan wanita...
- Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
- 97 pelarian Myanmar kebuluran di laut
- BACA DAN CEK BETUL KE TAK PIRING ASTRO MENGADAP KI...
- Ismail dihujani peluru komunis
- DOA DAN AZAN PADA 31 OGOS 1957
-
▼
October
(47)
No comments:
Post a Comment