TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, October 24, 2011

GADIS 14 TAHUN MENGEJAR GELARAN RATU SEKS !!


Susulan : Pelajar Buru Gelaran Belaian Ratu X

KUALA LUMPUR: Pendedahan media secara meluas dilihat antara langkah paling efektif dalam memerangi gejala keruntuhan akhlak yang semakin bercambah di kalangan gadis remaja termasuk pelajar sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, fungsi media ketika ini memberi impak besar kepada masyarakat dan dalam soal isu sosial Ratu X ini, ia mungkin dapat disekat daripada terus berleluasa.

“Sebaik saja isu ini dipapar di muka depan akhbar, banyak mata memandang dan berasa ia satu isu besar yang perlu ditangani bersama.

“Kerosakan akhlak remaja dibayangkan oleh media sebagai masalah serius, sekelip mata mendapat perhatian semua pihak terutama ibu bapa dan pihak sekolah.

“Apabila semua pihak mula membuka mata terhadap isu ini, kegiatan pelajar 'gila' mengejar populariti ini dapat ditangani dulu sebelum sempat ia merebak kepada rakan lain,” katanya.

Hashim berkata, pembabitan remaja berkenaan dipercayai berpunca berikutan kurangnya pemantauan ibu bapa dan sekolah terhadap aktiviti remaja selepas waktu persekolahan.

“Ibu bapa begitu sibuk dengan karier masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab mengawasi aktiviti anak-anak dan mereka sekadar bertanya dan mendapat jawapan baik daripada anak-anak, tetapi tidak menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kedudukan sebenar menyebabkan anak mengambil kesempatan,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa harus peka dengan rutin dan aktiviti luar anak masing-masing selain sentiasa ada perasaan curiga bagi memastikan mereka lebih sensitif dengan perubahan anak mereka.

Pendapat sama turut dinyatakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang melihat peranan ibu bapa adalah penting dalam menentukan didikan betul.

Beliau berkata, ibu bapa sebagai tonggak keluarga seharusnya menjadi sumber kekuatan akhlak anak remaja dan bapa sebagai ketua keluarga perlu bertindak secara proaktif sementara ibu perlu sentiasa rapat dengan anak gadis mereka.

“Saya percaya anak yang terbabit, sebahagian besar berpunca daripada kegagalan bapanya berperanan sebagai ketua keluarga selain asas agama kurang menyebabkan keruntuhan moral,” katanya.

Menurutnya, pengaruh negatif daripada rakan sebaya lebih mudah mempengaruhi diri remaja berkenaan dan akhirnya gadis ini terus hanyut lebih jauh.

“Kecelaruan antara nilai baik dan buruk mewujudkan konflik dalam diri remaja perempuan dan kesannya mereka gagal mengenal pasti perkara baik dan mata pula asyik melihat rakannya bergembira,” katanya.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock