TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, October 22, 2011

Wang Yue meninggal dunia


Wang Yue meninggal dunia


Wang Yue menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam. - AGENSI


BEIJING 21 Okt. - Kanak-kanak perempuan di China yang koma selepas dilanggar dua kenderaan dan dibiarkan terbaring kesakitan oleh 18 orang pejalan kaki pada 13 Oktober lalu, dilaporkan meninggal dunia awal hari ini oleh pihak hospital.


Rakaman kamera pengawasan yang menunjukkan gelagat orang ramai tidak menghiraukan kanak-kanak berusia dua tahun itu yang dikenali sebagai Wang Yue ketika dia terbaring dalam keadaan kritikal mencetuskan gelombang kecaman di laman web sosial popular di negara ini.

Seorang pemungut sampah akhirnya bertindak memindahkan budak perempuan itu ke tepi jalan dan kemudiannya digelar sebagai hero negara, tetapi insiden yang berlaku di selatan bandar Foshan itu turut menimbulkan persoalan mengenai nilai-nilai moral rakyat China.

"Wang Yue meninggal dunia akibat kegagalan organ sistemik," kata seorang jurucakap hospital.

Doktor sebelum ini memberitahu Wang Yue yang merupakan anak pasangan pekerja asing dan koma sejak insiden pada 13 Oktober lalu tidak mungkin dapat diselamatkan.

Kematiannya ini menjadi topik paling hangat di laman blog mikro, Weibo hari ini dengan orang ramai menyuarakan kesedihan dan kemarahan berhubung insiden menyayat hati itu.

"Selamat tinggal kepada Wang Yue. Tidak ada lagi kereta di syurga," tulis seorang pengguna Weibo.
Seorang lagi pengguna pula menyifatkan Wang Yue telah menerima simpati dan kebaikan palsu daripada orang ramai sejak seminggu lalu.

"Semua ucapan yang diberikan adalah palsu dan hanya kelakuan 18 pejalan kaki itu yang benar. Selamat tinggal dan jangan dilahirkan semula di China," tulisnya.

Polis telah menahan kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat dalam insiden itu. - AFP

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock