TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, October 25, 2011

Pasar Borong Selangor :124 lot atau 54.1 peratus peniaga Asing!!!!



Memetik laporan Audit Negara, cuba lihat siapa yang menjadi peniaga utama di sana ? 
Di mana peniaga kita ? 
Bagaimana mereka sebagai pendatang asing boleh berkuasa dan berniaga di sana ? 
Apa tindakan selepas ini? 


KUALA LUMPUR 25 Okt. — Kompleks Pasar Borong Selangor belum mencapai matlamat untuk mengurangkan penglibatan orang tengah dan mewujudkan pusat pemasaran setempat khusus bagi peladang, penternak dan nelayan kerana kebanyakan lot perniagaan di kompleks itu disewa oleh penjual, pengedar dan pemborong.


Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, daripada 229 lot perniagaan yang disewakan, 124 lot atau 54.1 peratus dikendalikan pekerja warga asing seperti Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, 61 lot (26.7 peratus) oleh warga tempatan manakala 44 lot (19.2 peratus) ditutup atau tidak berniaga.

Kompleks Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan siap dibina pada Mac 2001 dengan kos RM25.28 juta dan mula beroperasi pada Mei 2001.

Pengurusan pasar borong ini menjadi aktiviti utama PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB), subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Pada peringkat awal operasi pasar borong tidak mendapat sambutan petani dan nelayan kerana kurang pengunjung serta kawasan persekitarannya belum membangun menyebabkan PAISB menyewakan lot perniagaan pasar borong kepada sesiapa yang berminat untuk menanggung kos operasi.

Laporan itu menyatakan perubahan matlamat pasar borong itu sebagai pusat pertemuan nelayan dan peladang kepada pasar borong umum tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah PKPS mengakibatkan aktiviti pasar borong tidak selaras dengan matlamat pembangunan yang ditetapkan.

Semakan audit terhadap PAISB antara Oktober 2010 hingga Februari 2011 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan PAISB tidak memuaskan, dan PAISB mengalami kerugian sebelum cukai RM0.09 juta pada tahun lepas.

Laporan Audit itu mengesyorkan PAISB dan PKPS supaya mengambil tindakan bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti, pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat syarikat. — Bernama

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock