TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, February 15, 2018

Nasihat Jalan Raya dari Ketua Polis Daerah Cameron Highlands

Ketua Polis Cameron Highlands mengeluarkan nasihat dan meminta kerjasama semua pengunjung dan penduduk tempatan Cameron Highlands beberapa perkara berikut demi kelancaran trafik sepanjang musim perayaan tahun baru cina yang akan berlangsung esok sehingga Isnin depan. 


1. Tidak meletak kenderaan di bahu jalan- saya rasa di Kea Farm yang menjadi punca kepada kesesakan jalan raya di sekitar ini. Saman aje la Tuan.. bukan dengar pun .... nak macam 'drive thru' kat kea farm tu ..
2. Mematuhi had laju dan tidak memotong barisan serta berhemah dalam pemanduan. 
3. Tiada mana-mana kumpulan konvoi yang boleh melantik marshall sendiri yang mengarahkan kenderaan lain berhenti .. 'ko ingat ko besar sangat dengan group konvoi ko tu'... ayat saya ni ... geram sungguh bila ada marshall konvoi yang berani suruh kita ke tepi dan berhenti di simpang jalan!!!
4. Peka kepada laluan sehala di Brinchang.... baca kat petikan berita dari KOSMO yang saya kongsikan dibawah sinun.

Tambahan dari saya kalau parking waktu malam di Brinchang atau mana-mana parkir di sini jangan halang lalulintas nak masuk dan keluar serta jangan sesuka hati rembat parkir yang telah dikhaskan.. tayar bocor 4 biji ..menangis tu ... yang nak tikam tayar pun satu... jangan malukan dana palitkan kisah hitam dengan kami ni... kami geram jugak tapi tak la sekejam korang....


IPOH – Polis meminta kerjasama semua pengguna jalan raya supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan terutama di bahu jalan di Cameron Highlands bagi mengelak kesesakan teruk sempena Tahun Baharu Cina, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A Hamid berkata, ia berikutan pusat peranginan itu dijangka mengalami peningkatan berganda kenderaan yang mengakibatkan jalan padat dan sesak di kawasan berkenaan.

Beliau berkata lokasi dijangka mengalami kesesakan adalah di sekitar kawasan Kea Farm, pekan Brinchang dan pekan Tanah Rata yang merupakan kawasan tumpuan pelancong serta berhampiran jalan utama.

"Penunggang atau pemandu dinasihatkan sentiasa berhemah dan berwaspada, memerhatikan dengan cermat pengguna jalan raya lain serta tidak menjadi punca berlakunya kesesakan dan mengelak kemungkinan terlibat kemalangan.

"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan mematuhi had laju yang dibenarkan dan tidak memotong barisan. Polis akan menjalankan penguatkuasaan sepenuhnya dan toleransi sifar atas  kesalahan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasadid berkata bagi penunggang motosikal yang berkonvoi perlu mengikut undang-undang dan tiada perkhidmatan 'marshall' dibenarkan bagi tujuan iringan atau menahan kereta.

Beliau juga meminta pengunjung yang pertama kali ke Cameron Highlands supaya peka dengan papan isyarat lalu lintas di sekitar Pekan Brinchang.

"Laluan berkenaan dijadikan laluan sehala bagi melancarkan lagi pergerakan kenderaan.

"Pelancong mahupun orang tempatan diminta mematuhi laluan sehala berkenaan dan tidak memandu atau menunggang melawan arus untuk mengelak risiko berlaku kemalangan," katanya. - Bernama


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock