Kebun kacang buncis atau Fench Bean secara tradisional ini saya kunjungi pada hari Isnin yang lalu berdekatan dengan Lembah Bertam.
Kebun kacaang buncis ini masih dalam peringkat pertengahan dan baru di tanam. Ianya ditanam di atas batas tanaman secara terbuka dengan struktur buluh dan tali dipasang di sepanjang baris atau batas tanaman kerana sifat pokok ini yang akan menjalar.
Baja organik yakni tahi ayam digunakan sebagai penyubur tanaman dan disiram menggunakan siraman air secara sprinkler.
Pokok Kacang buncis akan menempuhi tempoh matang sekitar 30 hari sebelum dituai hasilnya selama 2 atau 3 minggu.
Musuh utama selain serangga perosak adalah tiupan angin ke pokok kacang buncis yang akan menyebabkan permukaan buah kacang buncis akan bergeser dan menghasilkan tanda calar pada buahnya menyebabkan harga boleh jatuh.
******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:
1 comment:
Tanaman komersial jangka pendek yang menguntungkan.
Post a Comment