TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, February 11, 2018

Kebun Timun Jepun 2 di Lembah Bertam

Kebun Timun Jepun ini saya kunjungi di Lembah Bertam milik seorang rakan.  Namun saya tak perlu untuk nyatakan kebun siapa ya sebab di atas permintaannya. Tak nak jadi mangsa selfie dan welfie katanya.

Jadi jangan tanya di mana kebun ini dan nombor telepon pemiliknya. Dan juga jangan minta saya bawakan anda ke sana biarpun apa status anda samada seorang  pelajar atau penuntut IPT, VVIP ataupun kawan lama saya ya. Saya hormati permintaan rakan pekebun saya ini. 


Kebun Timun jepun ini sebenarnya hanya selingan kepada kebun tomato dan juga chilinya. Maksudnya dia hanya akan tanam selepas habis tanaman tomato atau cilinya. Ini sebagai langkah penjimatan di mana polibagnya lama boleh digunakan semula dan juga sebagai langkah pencegahan penyakit dan populasi serangga yang kan terkawal selepas penggiliran tanaman dilakukan. 


Pokok timun jepun dipilih kali ini dengan anggaran masa penanaman sekitar 45 hari dan tuaian selama 3 minggu hingga sebulan.


Timun jepun ini sedap di makan berbanding dengan timun biasa kerana isinya ranggup dan tidak berair. Kalau anda dah mula makan timun jepun, anda pasti akan menggantikan timun biasa anda dengan timun ini. 

Selebihnya saya kongsikan gambar sahaja. Ooh yaaa.. rumah plastik ini adalah unik kerana antara jenis rumah plastik generasi pertama di Cameron Highlands yakni diperbuat daripada kayu dan berbumbung rata.


Tak perlu masak. Hanya makan sebagai ulam dan mentah sahaja.





******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:

Koleksi Catatan Kebun-kebun Sayur di Cameron Highlands

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock