Pokok Tomato yang sama ke untuk tomato cherry? Bukan. Tomato Cherry ada pokoknya sendiri. Malah bukan hanya pokok tomato cherry sahaja, tomato cocktail pun ada pokoknya sendiri.
Jadi saya kongsikan di bawah ini koleksi pokok tomato cherry yang ditanam di salah satu kebun di Brinchang. Kebun ini dah lama saya pergi cuma baru nak kongsikan dalam catatan bulan Feb 2018.
Tomato cherry akan berbuah di pokok tomato yang ditanam sama seperti pokok tomato yang lain. Yang membezakannya adalah struktur daun dan juga buahnya.
Daunnya sedikit lebar dan buahnya boleh menjangkau sehingga 20-30 biji setiap tangkai namun bersaiz kecil sekitar 10-15 gram sahaja sebiji bergantung kepada varieti yang ditanam. Tomato biasa setangkai sekitar 4 -6 biji sahaja tetapi bersaiz sekitar 90-150 gram sebiji.
Selalunya buah tomato cherry dituai oleh pekera dengan memilih buah yang masak sahaja dalam index 3 ke atas.
Jadi baki buah yang lain akan dituai pada pusingan seterusnya dalam tempoh sehari dua setelah ia bertukar masak.
Renyah sebenarnya menanam tomato cherry ini sebab pusingan tuaian akan lebih kerap dan tertib penggunaan racun harus amat teliti bagi memastikan amalan pertanian baik dalam memastikan kadar maksima racun yang dibenarkan dan selamat dipatuhi.
Tiga keping gambar dibawah ini saya kongsikan supaya anda boleh melihat perbezaan pokok tomato cherry dan tomato biasa.
******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:
No comments:
Post a Comment