TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, February 16, 2018

Landmark Statement Cameron Highlands


Dah datang Cameron Hinglands anda pasti nak mencari tempat yang ada perkataan Cameron Highlands untuk bergambar dan sebagainya. Pastinya lokasi tumpuan bergambar ini akan dicari sebagai gambar kenangan semasa bercuti di sini. 

Tapi di mana yang sesuai? Saya cadangkan lokasi yang perlu anda pergi untuk bergambar seperti lokasi yang ada perkataan CAMERON HIGHLANDS samada entrance statement atau landmark statement.

Saya ada kongsikan beberapa catatan awal mengenainya:
  1. Entrance Statement - Sempadan Ringlet Tapah,
  2. Entrance Statement - Sempadan Cameron - Kuala Lipis
  3. Landmark Statement - I Love Cameron Highlands di Habu
  4. Landmark Statement - I Love Cameron Highlands di Tanah Rata
  5. Landmark Statement - I Love CH di Taman Pertabalan Tanah Rata
  6. Landmark Statement - I Love CH di Dataran Tanah Rata
  7. Landmark Statement - I Love CH di hadapan Agro Bank Tanah Rata
  8. Landmark Statement -  Cameron Highlands di Cerun Pejabat MDCH 
  9. Landmark Statement - Selamat Datang Cameron Highlands di Taman Menara Jam Oly Apartment
Saya mengharapkan Majlis Daerah Cameron Hihglands (MDCH) akan membina lebih banyak monumen landmark statement ini di sekitar kawasan Cameron Highlands sebab kami menerima sejuta lebih pelancong setiap tahun di Cameron Highlands dan merupakan daerah atau lokasi  ketiga tertinggi di Negeri Pahang selepas Genting Highlands dan Kuantan.  

Harapan saya tidak akan terlihat macam 3 atau 4 tahun lepas di mana kelibat keluarga pelancong bergambar di hadapan dinding  tembok Pejabat Pengurusan air Cameron Highlands di Brinchang dengan jari menujukkan perkataan  'Cameron Highlands' sebagai lokasi bergambar landmark statement bukti datang bercuti di sini. 

Dari satu sudut saya bangga sebab mereka menujukkan rasa bangga dengan kunjungan ke Cameron Highlands tetapi dari satu sudut lain saya kecewa dan malu kerana inilah yang kita tawarkan kepada pelancong.

Jadi kena la bagi perhargaan kepada pelancong dengan lebih banyak tarikan kepada mereka ini yang menjana lebih 300 juta ringgit setiap tahun secaraa langsung dan tidak langsung dalam industri perlancongan ini jika tak mahu jelas sangat untuk kesejahteraan penduduk tempatan diambil kira. 

Kami tumpang sikit-sikit aje... kalau perlu MDCH tulis kat situ 'untuk pelancong sahaja' pun tak apa... kami lalu tengok dari dalam kereta pun dah seronok.... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock