Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, February 7, 2018

Cameron Highlands Diisytiharkan "Kawasan Putih"


Tarikh Peristiwa : 08-03-1959
Pada hari ini dalam tahun 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Almu'tasim Billah, mengisytiharkan Cameron Highlands, Pahang sebagai “kawasan putih”.

Pengisytiharan yang melibatkan kawasan seluas 600 batu persegi dengan penduduknya seramai 13,000 orang (ketika itu) telah dibuat oleh baginda di Dewan Undangan Negeri. Perisytiharan itu telah disambut oleh rakyat di kawasan itu dengan pertunjukan-pertunjukan hiburan di tanah lapang, ronggeng, sukan dan pertunjukan wayang gambar.

Pada masa zaman darurat mencapai kemuncaknya Cameron Highlands adalah merupakan salah satu kawasan yang paling “hitam” dan kampung-kampung baharu di sekitar kawasan itu adalah menjadi tumpuan serangan yang paling kejam dan ganas oleh komunis. 

Apabila Chin Peng menubuhkan ibu pejabatnya di Pahang, negeri itu telah menjadi amat penting dalam konteks strategi komunis.

Pengarah Gerakan bagi memerangi kegiatan komunis, Lt. General Sir Geoffrey Bourne telah meningkatkan lagi strategi memenangi hati orang-orang asli yang memihak kepada komunis untuk memusnahkan satu persatu daerah-daerah PKM yang terletak berdekatan di antara satu sama lain.

Pada tahun 1953, Pahang memulakan taktik memerangi komunis dengan caranya yang tersendiri. Jawatankuasa Kerja Perang Negeri (SWEC - State War Executive Committee) mempunyai pandangan yang agak positif, bebas dan kurang bersetuju dengan cara-cara bertindak yang disarankan oleh Templer.

Dalam usaha menumpaskan gerakan pengganas komunis, kampung-kampung di negeri Pahang dibahagikan kepada “kampung-kampung hitam” (sepenuhnya menyokong komunis) dan “kampung-kampung kelabu” (separuh menyokong dan separuh tidak). Kawasan-kawasan ini dikaji dan hasil daripada kajian itu beberapa rancangan jangka panjang untuk menyekat bekalan makanan dan gerakan-gerakan tentera dijalankan, bermula dari sebelah timur menuju ke bahagian barat dan seterusnya ke utara negeri  Pahang.

Rancangan-rancangan itu jika berjalan lancar seperti mana yang diharapkan akan mengambil masa selama lima tahun. Gerakan yang pertama, Ibex dilancarkan di Timur Pahang dan gerakan ini telah memaksa pengganas komunis lari ke barat-laut dan ramai yang menyerah diri. Gerakan Hawk bermula di barat Kuantan dan berjaya membunuh lebih ramai lagi, dan memaksa yang degil lari ke bahagian tengah negeri Pahang, sementara Agile meneruskan usaha itu dan diikuti oleh Apollo di barat-laut Pahang. Usaha selanjutnya dijayakan oleh gerakan Rooster yang berjaya memusnahkan saki-baki pengganas-pengganas di bahagian tengah negeri Pahang.

Hasil dari gerakan-gerakan itu yang menggunakan taktik menahan dan memusnahkan sumber bekalan makanan di samping gerakan-gerakan tentera telah menyebabkan ramai pengganas-pengganas komunis terbunuh dalam serangan dan menyerah diri kerana sakit dan kebuluran. Di antara pemimpin-pemimpin komunis Pahang yang tertangkap atau menyerah diri ialah Foo Thin, Ah Tan, Wong Kow, Yap Lian, Osman China dan Hor Leong.

Ternyatalah bahawa gerakan-gerakan itu amat berkesan, dan pada awal tahun 1955 lapan puluh peratus (80%) daripada kawasan negeri Pahang telah diisytiharkan “kawasan putih”. Baginda Sultan Pahang setelah pengisytiharan itu mengingatkan bahawa di dalam kita merayakan “kawasan putih” itu hendaklah kita sentiasa waspada terhadap komunisme walau apapun senjata yang mereka gunakan. 

Sumber ; Arkib Negara

Catatan berkaitan Komunis di Cameron Highlands : 
  1. Komunis di Cameron Highlands 1973
  2. Komunis di Cameron Highlands 1973 ..2
  3. Cameron Highlands diistiharkan sebagai kawasan putih 1959
  4. Sejarah wujudnya 'Fort' di Cameron Highlands
  5. Fort Brooke di 'Cameron Highlands' 


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

CATATAN TERKINI DI MRKUMAI.BLOGSPOT.COM::

get this widget here

KOLEKSI CATATAN: