Kebun yang saya singgah dalam seminggu dua ini adalah di Lembah Bertam iaitu kebun tomato tradisional.
Saya tak kenal siapa pemiliknya cuma saya singgah sahaja dalam waktu rehat saya. Kalau catatan lama saya mengenai Tomato adalah dari ladang atau kebun sedikit moden yakni dalam rumah plastik dan ditanam dengan menggunakan sabut kelapa sebagai medium penanaman, namun yang ini adalah yang masih tradisonal.
Malah teknik tanaman di atas tanah dan tanpa menggunakan sistem fertigasi adalah amalan utama penanaman tomato sejak 70 an lagi.
Tidak banyak sebenarnya kebun tradisional sebegini yang masih menanam tomato dengan cara begini kerana faktor ekonomikal yang sedikit rendah dalam hasil pengeluaran kerana terdedah kepada hujan dan juga pembajaan yang tidak teratur dapat dilakukan.
Tanaman tomato di tanah ini memerlukan masa sekitar 2 bulan hingga 3 bulan peringkat awal penanaman sebelum buah pertama boleh dituai selama 3 bulan hingga 4 bulan sahaja berbanding dengan tanaman dalam struktur rumah plastik dengan fertigasi boleh dituai sehingga 6-10 bulan tempoh tuaian
Rasanya ada beza ka? Entah. Saya tak bandingkan pula sebab kalau dah tomato itulah rasanya...
Selebihnya saya kongsikan sahaja gambar yang saya tangkap di sana dibawah ini.
Ingat ..ini bukan kebun saya dan saya tak kenal siapa pemiliknya.. jangan minta nombor telepon pemiliknya atau suruh saya bawa anda ke sana...
******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:
Koleksi Catatan Kebun-kebun Sayur di Cameron Highlands
4 comments:
Subur buahnya ya. Organik tak?
Bukan organik ... masih menggunakan racun untuk kawalan penyakit dan serangga... dari kesan pada daunnya.
salam . saya pembekal cocopeat . sy mencari pembeli untuk pasarkan produck saya ke cemaron highland. jika berminat boleh Pm 0145260431. dengan kuantiti yang banyak.. saya membekal juga coco fiber.
Saya ingin mendapatkan sample gambar daun pokok tomato. Boleh sekiranya membantu saya untuk memperolehi datanya
Post a Comment