TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, February 16, 2018

Apartment Percutian di Cameron Jaya @ PRIMA Tanah Rata


Ada beberapa pembaca yang bertanyakan kepada saya mengenai apartment di Perumahan Makmur Cameron Jaya atau lebih dikenali sebagai Perumahan PRIMA

Kata mereka agak kurang maklumat atau maklumbalas dari penyewa sebelum ini sebagai testimoni kepada perkhidmatan apartment di sana.

Saya terangkan sebegini:
  • Perumahan Makmur Cameron Jaya adalah projek perumahan Prima yang baru dibuka pada bulan November yang lalu.
  • Lokasinya di Jalan Tengkolok, Tanah Rata
  • Ada lebih kurang 1,000 unit apartment pelbagai bentuk iaitu ada 4 blok unit Apartment  kos murah, 4 blok unit sederhana dan 4  unit kos mewah selain dari unit banglo. Lebih kurang begitulah.
  • Unit Kos rendah adalah bermula dengan Blok C. 
  • Manakala Kos sederhana bermula dengan Blok B
  • Blok Apartment mewah belum dibuka.
  • Blok Banglo tak tahu sapa pemiliknya... 
  • Semua blok apartment ada 8 tingkat
  • Semua Blok apartment ada lift.. ini yang ramai orang suka. 
  • Kawasan parkir setakat ini sangat banyak sebab tak ramai yang masuk lagi secara tetap malah ramai yang buat apartment sahaja.
  • Dekat dengan Tanah Rata iaitu sekitar 0.5 km sahaja. 
  • Dekat dengan Pasar Malam sekitar 0.85 km jika ikut Jalan Tengkolok.
  • Apartment baru... serba serbi baru. Ada beberapa restoran makan dan kedai runcit dibawahnya serta 2 buah Dobi Layan Diri di sana. Klik Catatan pilihan tempat makan di SINI



Cukup tak maklumat di atas.... 

Ada nombor pemilik apartment di Prima Cameron Jaya ini? Maaf saya belum kumpulkan senarai pemilik apartment di sini. Lain kali ya...

3 comments:

Unknown said...

www.wasap.com//01110723106
Utk homestay cameron jaya

Unknown said...

www.wasap.my/01110723106
Utk homestay cameron jaya

Faezah Rauf said...

www.wasap.my/0172245171
saya juga ada homestay untuk di sewa Blok B7.

Tumpang promote ye Tuan Blogger.. hihi tq.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock