Gambar dalam catatan ini adalah berkisarkan kebun kecil Zukini Kuning yang saya kunjungi dahulu di Tanah Rata.
Ia ditanam oleh Pak Hashim di sebelah Surau Taman Sedia atau sebelah Ros Chalet. Pak Hashim rajin menanam sayur-sayuran di kawasan tanah terbiar di sekitar Tanah Rata.
Antara yang pernah saya lihat beliau adalah jagung dan juga kubis bunga. Kali ini di kawasan ini Pak Hashim menanam zukini bewarna kuning.
Zukini mempunyai satu lagi jenis iaitu zukini bewarna hijau.
Tapi apa itu Zukini? Saya tahu kalau anda orang melayu, kurang sikit pengetahuan mengenai sayur zukini ini sebab ia bukan sayur kegemaran orang melayu.
Ianya seakan jenis timun dengan kulit yang tebal dan isinya agak kenyal. Kalau nak masak, pilihan utama dalah goreng berlada dengan udang kering sama seperti terung panjang tetapi isinya akan lebih kenyal terung yang akan lembik isinya jika digoreng.
Kalau orang putih, mereka suka melayur atau membakar zukini sebagai salah satu sayur yang dibakar ketika BBQ dengan cukup taburan garam dan lada hitam serta sedikit minyak zaitun.
Saya sendiri pernah menanam Zukini tetapi di dalam plastik polybag menggunakan sabut kelapa dan sistem fertigasi. Namun yang saya kongsikan ini adalah hasil dari kebun Pak Hashim yang menggunakan tanah sebagai medium penanaman dan secara terbuka.
Zukini boleh ditanam secara terbuka tanpa perlu struktur lindungan kerana permukaan daunnya agak keras dan berduri. Malah kulit zukini juga agak tebal tahan kepada hujan dan angin.
Jangkamasa untuk penanaman zukini sekitar 45 hari hingga 75 hari sebelum boleh dituai dan ianya dituai dengan anggaran 2-4 biji buah zukini sahaja setiap pokok.
Tak perlu nak tanamn pokok zukini ini kerana ada boleh membelinya di Kea Farm sahaja jika nak rasa dan makan.
******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:
No comments:
Post a Comment