Cameron Highlands sekarang dah masuk minggu kedua cuaca panas tetapi berangin dengan tiada hujan sepanjang hari.
Inilah cuaca yang selalu kami alami di kala musim tahun baru cina sejak 10 tahun saya berada di sini. Kalau tak silap saya ada 2 tahun saje TBC disambut dengan cuaca hujan.
Bukan TBC yang saya nak kongsikan tetapi saya nak kongsikan sekadar suka-suki koleksi gambar terbaru burung-burung yang saya temui di Cameron Highlands.
Musim yang panas dan tiada hujan ini disambut riang oleh keluarga burung. Mereka mulai aktif terbang ke sana sini dengan berkicauan sepanjang hari berbanding di musim hujan.
Saya tertarik dengan kelibat burung-burung yang semakin banyak sejak dua menjak ini. Jadi saya rakamkan apa yang saya temui. Ada yang sama spesis bila saya buat dan cari rujukan di google dan saya tiada ilmu dan pengetahuan langsung mengenai mereka.
Jadi saya sekadar nak kongsikan gambar-gambar burung ini. Kualiti gambar seadanya sahaja ya. Jangan nak komen bab gambar tapi sekadar anda ketahui spesis burung ini terdapat di Cameron Highlands.
Untuk catatan pertama ini saya kongsikan BURUNG MERBAH JAMBUL ... ada dua atau tiga catatan atau koleksi gambar BURUNG MERBAH JAMBUL ini akan saya kongsikan. sebab mereka ada di mana-mana tempat yang saya pergi di sini.
No comments:
Post a Comment