TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, May 27, 2017

Panduan Arah Perjalanan ke Kebun Anggur Lembah Bertam

Hendak ke KEBUN ANGGUR BERTAM VALLEY? Ingin tahu bagaimana dan ke mana arahnya?

Saya kongsikan peta panduan perjalanan ke Kebun Anggur Lembah Bertam ini dibawah;

Panduan Arah Dari Pekan Tanah Rata
Panduan Arah dari Pekan Ringlet
Hendak tahu LADANG ANGGUR DI BLUE VALLEY pula?

Klikhttps://mrkumai.blogspot.my/2017/11/panduan-perjalanan-ke-ladang-anggur-kc.html

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

PDRM Cameron Highlands Juara Kejohanan 9 Sebelah Cameron Highlands 2017


Tahniah kepada pasukan PDRM CAMERON HIGHLANDS yang muncul Juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YB Dato Seri G Palanivel 2017.

Mereka muncul juara selepas menewaskan Pasukan MDCH A dengan keputusan 3-2 melalu sepakan Penalti selepas terikat tanpa jaringan.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Tanah Rata FC yang juga menewaskan pasukan MDCH B juga melalui sepakan penalti.

Maka dengan tamatnya perlawanan ini, tamatlah juga Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala Yang Berhormat Dato Seri G. Palanivel yang juga merupakan Ahli Parlimen Cameron Highlands. 

Koleksi gambar penuh perlawanan sepanjang kejohanan ini boleh dilihat di Facebook mrkumai.blogspot. Tapi ikut mana waktu terluang saya masa menonton perlawanan-perlawanan yang diadakan. 

Saya bukan jurugambar rasmi kejohonan jadi jangan minta gambar dari saya ya... Jangan kecam kualiti gambar jugak... 

Tahniah diucapkan kepada semua... 

p/s : errr betul ke ada khabar angin kata lepas ni ada 11 sebelah pula tapi piala atas nama pelobi sebagai calon ahli parlimen kawasan ini untuk PRU 14? Saya tak kisah..sebab saya bukan pengundi peti undi di sini .... 

Sent from my S7edge smartphone

Bazar Ramadhan di Tanah Rata 2017



Masih terlalu awal sebenarnya nak saya kongsikan suasana Bazar Ramadhan di Tanah Rata sebab masih banyak gerai jualan yang belum dibuka dihari pertama tadi.

Maklumlah, ada peniaga yang hanya akan membuka perniagaannya pada hari bekerja dan juga kebiasaan untuk mereka berbuka di rumah bersama keluarga.

Suasana Pasar Ramadhan Tanah Rata, hari pertama puasa:
Namun secara ringkas  kunjungan saya petang  tadi saya rasa tiada perbezaan ketara berbanding tahun lepas. Peniaga hanya mendapat tapak sahaja manakala urusan khemah adalah dibawah mereka sendiri dan tahun ini saya tak pasti berapa puluh tapak disediakan oleh Majlis Daerah Cameron HIghlands.  

Cuma jumlah pengunjung petang tadi agak ramai berbanding peniaga. Malah saya melihat wajah-wajah asing yakni saya percaya pelancong juga hadir di pasar ini. 

Suasana awal di Brinchang juga dikatakan masih sesak keadaan lalulintasnya menandakan masih ada pelancong bercuti di Cameron Highlands walaupun dibulan puasa kerana cuti sekolah serentak kali ini.

Kemasikini puasa ke 3, Isnin:
Semalam singgah sekejab di Pasar Ramadah di Tanah Rata, nampaknya dah ramai peniaga yang membuka jualan.

Yang seronoknya, lebih ramai muka-muka baru berniaga yang memberikan lebih varieti menu di sana dan bukannya kisah ulang siar seperti ramadhan tahun-tahun lepas.

Ada peniaga sate yang bertambah, peniaga nasi kerabu yang bertambah, menu tambahan dan sebagainya.

Saya tak kenal peniaga tak apa sebab saya ada peluang rasa menu baru....


Lokasi:
Berbalik kepada Pasar Ramadhan di Tanah Rata ini, lokasinya adalah di Jalan Besar Tanah Rata iaitu di laluan utama. Anda tidak akan terlepas jika melalui pekan ini melainkan anda tidur di sebelah pemandu anda. 

Kawasan letak kereta terhad di Jalan Besar ini namun hanya bersebelahan Arked Makanan Tanah Rata terdapat kawasan letak kereta di Dataran Tanah Rata yang mana anda boleh memulakan langkahan ke bazar ini dari arah utara.  Manakala di kawasan bawah terdapat juga kawasan meletak kereta MDCH yang agak luas juga. 

Bank dan fulus:
Bank dan kiosk ATM terletak berseberang jalan dan sebelah sahaja tapi tepuk dada tanya iman kali ini.... 

Selamat berkunjung ke Pasar Ramadhan di Tanah Rata ini.

Bazar Ramadhan di Brinchang masih belum berkesempatan untuk saya singgah. Insyallah kalau saya sempat singgah nanti saya kongsikan pula.

Klik SINI  untuk catatan Bazar Ramadhan Brinchang

Sent from my S7edge smartphone

Jadual waktu berbuka Puasa & Imsak Daerah Cameron Highlands 2017

Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. Saya kongsikan jadual berbuka puasa dan waktu imsak bagi Daerah Cameron Highlands 2017.

Kami di Zon 6 yakni gunung ganang dan biasanya akan lewat sedikit waktu berbka puasa dengan kawasan yan lain kecuali dengan rakan-rakan di Zon 5 yakni Genting Highlands dan Janda Baik.

Sumber JAKIM

Selamat bercuti di Cameron Highlands pada cuti sekolah tahun ini. Rasai kelainannya.

* Terdapat perbezaan Jadual Berbuka Puasa dikeluarkan diantara JAKIM dan juga Jabatan Agama Islam Pahang dan menjadi tandatanya yang mana satu harus diikuti.

Perbezaan adalah jadual diatas adalah awal seminit. Jadi untuk mengelakan rasa ragu-ragu, lewatkan seminit waktu berbuka puasa di atas sebagai cadangan saya semata. 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Friday, May 26, 2017

Kaunter Bayaran Zakat Fitrah di Cameron Highlands 2017

Ini adalah untuk Amil kawasan Tanah Rata. Bagi kawasan Ringlet dan Brinchang rasanya amil tahun lepas masih kekal di kawasan tersebut.

Esok sudah mulai berpuasa bagi tahun 2017. 

Suasana berpuasa di Cameron Highlands mungkin sedikit berbeza  kerana bertembung atau serentak dengan cuti sekolah selama dua minggu.

Tak apa, itu kita bincangkan di lain catatan sebab saya nak kongsikan mengenai kaunter bayaran zakat fitrah di Cameron Highlands. 

Tadi telah dikongsikan dalam whatsapp group, facebook setempat mengenai hebahan kaunter bayaran zakat fitrah bagi Amil Tanah Rata dan saya ingin kongsikan juga di blog mrkumai.blogspot.com. 

Kadarnya masih sama seperti tahun lepas iaitu RM 7 seorang yang layak berzakat.

Jangan tunggu lama-lama ya... jom kita tunaikan kewajipan....

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Pasar Malam Cameron Highlands ketika cuti sekolah Ramadhan 2017

Lengang kan Pasar Malam Cameron Highlands.. adakah ini suasana di cuti sekolah esok dan serentak dengan bulan puasa kali ini?
Ada yang tanya:
Pasar Malam Cameron Highlands nanti akan dibuka atau tidak masa cuti sekolah dua minggu pada bulan Mei dan Jun ini semasa Bulan Puasa?

Jawapan Saya:
Tadi dah bercakap dengan Tuan Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam tersebut;

Pasar Malam Cameron Highlands ini akan dibuka setiap malam sepanjang dua minggu cuti sekolah walaupun bertembung dengan bulan puasa. 

Cuma tidak pasti akan jumlah peniaga yang akan membuka perniagaan mereka terutamanya yang beragama Islam di mana majoritinya adalah peniaga makanan di pasar malam ini. 

Kenapa? Sebab mereka selalunya adalah peniaga yang sama di Bazar Ramahdan di Tanah Rata dan Brinchang. Sudah pasti berlaku pertembungan dua lokasi perniagaan.

Klik untuk info Bazar Ramadhan di Cameron Highlands. Klik SINI juga ya.

Juga jumlah pelancong yang akan hadir agak sukar untuk diduga sebab majoriti pelancong adalah beragama Islam dan biasanya sepanjang bulan puasa jumlah pelancong merosot dengan amat teruk kerana fokus kepada perbelanjaan menyambut bulan Syawal kelak berbanding bercuti. 

Jadi kata Tuan Presiden, mereka kena tengok perkembangan pada beberapa hari pertama cuti sekolah dan juga hari puasa ini. 

Cuma setakat ini, persetujuan peniaga adalah untuk meneruskan perniagaan setiap malam di hari cuti sekolah ini. 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Kerosakan jalan km 32 Jalan Sungai Koyan ke Ringlet


Saya baru melalui Jalan Lembah Bertam ke Pos Betau ke Kuala Lipis semalam. 

Semasa saya pergi ke Felda Sungai Koyan saya nyaris ter'eksiden' kerana memandu laju ketika melalui kilometer 32 iaitu selepas sempadan Daerah Kuala Lipis dan Cameron Highlands iaitu selepas Jambatan Panjang. 

Jalan di situ mendap dan sudah ada papan tanda amaran yang jelas jalan rosak dan perlu memandu berhati-hati. Cuma pemandu sahaja yang tidak mematuhi arahan keselamatan tersebut dan kesanya dah ada banyak kesan tersagat yang saya rasa terkena bumper kereta  di situ. 

Jadi berhati-hati jika anda memandu di Kilometer 32 ini... 

Lihat papan tanda kalau anda dari Sungai Koyan ada tanda kilometer 35 dan menuju ke 32 manakala dari arah Cameron Highlands, sebaik selepas jambatan panjang sempadan sila perlahankan kenderaan anda dan patuhi amaran keselamatan yang dipasang.  

Saya pesankan aje ya... 


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No more grape...habis dah ...


Dah habis dah anggur di Kebun Anggur di Lembah Bertam untuk musim bulan 3. 

Saya kemaskinikan cerita anggur ni sebab ada yang tanya saya semalam. Kebetulan saya dah lalu semalam saya ambik la gambar papan tandanya. Tapi saya tak masuk ke dalam kebun sebab saya percaya kepada pemilik kebun ini dari papan tanda yang dipasang ini.

Jadi kepada yang nak ke sana... dah tutup dah sebab dah kehabisan anggur...

Jangan tanya saya bila pula musim anggur seterusnya di Kebun Anggur ini ya... saya ambik gambar di luar sahaja bukan pergi beramah mesra dengan pemiliknya...

Jangan pula tanya saya nombor pemilik kebun anggur ini yaa...

Letihnya nak jawab ....

Catatan awal saya mengenai Kebun Anggur  ini ...

Catatan 1
Catatan 2
Catatan 3
Catatan 4 - panduan arah 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Jawapan Isu Kerusi di Arked Makanan Brinchang

Saya pernah memanjangkan aduan daripada komen pelancong yang kena marah sebab duduk di Arked Makanan Brinchang oleh salah seorang peniaga  di sana. 

Catatan aduan tersebut di SINI.

Dalam aduan tersebut saya sekadar nak tahu apakah status penggunaan kerusi di arked makanan tersebut dan pihak MDCH menjawab secara umum di facebook tersebut.  



Saya menghargainya maklumbalas mereka dan cadangan saya diberikan notis sewajarnya mengenainya di sana dan jika memerlukan aduan mereka boleh mengajukan kepada pihak berkuasa melalui email: majlis@mdcameron.gov.my .

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, May 25, 2017

Aduan Kerosakan permukaan Jalan Kampung Raja


Salam Dato Yang di Pertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands.

Kerosakan permukaan Jalan di beberapa Lokasi Kampung Raja bukan perkara baru malah telah sekian lama berlanjutan dengan tindakan sangat perlahan dilihat dalam trmpoh 2 tahun krbelakangan ini.

Saya kurang pasti adakah laluan sekitar Kampung Raja ini sebahagian daripada Jalan Persekutuan 59 dibawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya atau terletak dalam status Jalan Bandaran dibawah kendalian MDCH. 

Jika bukan dibawah Status Jalan Bandaran, saya mohon kerjasama pihak Yang Hormat Dato YDP untuk memanjangkan keresahan penduduk, pengguna baik pelancong atau penduduk tempatan  yang menggunakan laluan ini untuk apa jua tindakan pemulihan dan pembaikan. 

Ini kerana umum mengetahui laluan ini menghubungkan pengguna dari Utara Malaysia termasuklah Selatan Kelantan dan jika dilihat jumlah kehadiran pelancong pada tahun 2015 yang berjumlah 904 ribu, pasti akan sedikit menghampakan sebahagian mereka yang menggunakan laluan ini. 

Dan pastinya suasana terumbang-ambing atau mungkin terhoyong hayang akibat permukaan jalan yang rosak bukan sebahagian acara sambutan kehadiran pelancong yang dirancang oleh Lembaga Perlancongan Pahang (Tourism Pahang) di Tahun Melawat Pahang 2017 yang sedang berlangsung  ketika ini. 

Atau jika mengambil kira nilai sumbangan ekonomi yang disumbangkan oleh sektor pertanian yang dianggarkan sejumlah 3 bilion ringgit setahun sepertimana yang dipersembahkan semasa taklimat mantan TImbalan Perdana Menteri lalu ketika Operasi Gading hendak dilaksanakan. 

Saya pasti ini bukan penghargaan sewajarnya kepada semua penyumbang aktiviti pertanian dari kawasan pertanian terbesar di Daerah Cameron Highlands atau mahu dilihat sebagai sokongan kemudahan kepada pemangkin ekonomi sektor pertanian di siini.  

Mohon ada satu tindakan segera jika dibawah tanggjngjawab Status Jalan Bandaran atau jasa baik Yang Hormat Dato YDP untuk dibangkitkan kepada pihak bertanggungjawab melalui saluran yang lebih akrab dibawah hubungan antara agensi sedia ada. 

Saya atau mungkin Kami sebagai masyarakat tanpa kepentingan dan hubungan secara terus dengan mana-mana agensi tempatan ini hanya mengharapkan yang terbaik untuk kesejahteraan penduduk dan perbandaran yang terbaik bagi Daerah Cameron Highlands tanpa sebarang prejudis dan kepentingan peribadi. 

Mohon pertimbangan diatas aduan ini dan didahuli dengan ucapan jutaan terima kasih. 

(aduan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands melalui email majlis@mdcameron.gov.my)

Sent from my S7edge smartphone

Monday, May 22, 2017

Senarai Pasar Malam di Cameron Highlands

Saya ada menerima satu pertanyaan pembaca mengenai jadual pasar malam dibuka di Cameron Highlands.

Katanya, mak ayahnya hendak ke Cameron Highlands untuk berbulan madu dalam minggu depan.

Namun hari yang dipilih bukan hujung minggu. Dan soalannya adakah ada pasar malam di lokasi lain selain Pasar Malam Cameron Highlands untuk dikunjungi oleh ibu bapanya kelak?

Perubahan : Pasar Malam Brinchang dipindahkan ke Golden Hill manakala Pasar Pagi Tanah Rata berlanjutan ke waktu petang dan malam. Pasar Malam Tanah Rata pada malam Sabtu juga dah tiada sejak 4 tahun lepas. 

Saya jelaskan begini:
1. Pasar Malam Cameron Highlands pada Jumaat dan Sabtu adalah pasar malam utama untuk pelancong di mana produk perlancongan adalah menjadi keutamaan jualan,
2. Manakala pasar malam di hari dan lokasi yang lain memang ada namun lebih kepada penduduk tempatan mendapatkan bekalan bahan basah seperti ikan dan sayuran yang lain.

Jadi..
3. Kalau anda ke Pasar Malam Cameron Highlands tiada jualan bahan basah ikan daging atau ayam kecuali sayuran sahaja sebab pelancong yang diutamakan.
4. Kalau anda ke pasar malam di pekan kecil yang lain  pula tiada produk perlancongan yang boleh dibeli.

Harap membantu mak ayah pembaca yang bertanya untuk perancangan berbulan madu mereka nanti.

Untuk ke PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS yang popular bagi pelancong, ianya hanya dibuka hari Jumaat dan Sabtu di minggu biasa dan setiap malam bagi setiap hari cuti persekolahan Malaysia.

Untuk ke sana sila klik Catatan  PANDUAN KE PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS.

Jika anda masih mencari apartment percutian di Cameron Highlands, tinjau-tinjaulah ZAHRA HOMESTAY . Klik untuk perincian dan gambar-gambar apartment percutian ini.

Sent from my S7edge smartphone

Wednesday, May 17, 2017

Ringlet dilanda banjir kilat lagi

Ringlet dilanda banjir kilat lagi? Ada kawan whatsapps banjir lagi ke Cameron Highlands semalam?

Jawapan saya, ya. Malah ada kejadian tanah runtuh kecil dan sederhana dibeberapa lokasi.

Kawasan yang teruk adalah di Ringlet iaitu sekitar kawasan tebing sungai di penempatan Kampung Baru Ringlet termasuklah Balai Polis Ringlet. 

Cuma mujurnya kawasan tebing sungai di situ telah dikosongkan dan kerja meruntuhkan struktur binaan bangunan yang secara haram didirikan diatas kawasan simpanan sungai telah dan sedang berlangsung sejak 3 minggu lepas oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Perairan dan Saliran Daerah. 

Kalau tidak mungkin ramai lagi mangsa terlibat. 

Yang selebihnya saya kongsikan petikan berita ini dari Berita Harian Online.


*************

CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 11 unit kediaman termasuk tiga berek di Balai Polis Ringlet di sini, terjejas akibat banjir kilat dan lumpur di kawasan Ringlet di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, lapan lagi rumah yang terjejas dalam banjir kilat yang berlaku jam 5.30 petang hingga 6 petang itu, adalah kediaman di Kampung Baru Ringlet.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan 32 penduduk daripada 10 keluarga termasuk tiga keluarga anggota polis terjejas, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, hujan lebat di kawasan hulu Ringlet menyebabkan air Sungai Ringlet melimpahi kawasan tebingnya dan kebanyakan rumah yang terjejas berada di tepi sungai berkenaan.

"Banjir kilat berlaku dalam tempoh 30 minit mulai jam 5.30 petang hingga 6 petang.

"Rumah yang terbabit mengalami kerosakan pakaian dan peralatan perabot manakala lima kenderaan terjejas. Bagaimanapun, kerugian sebenar belum dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Hasadid berkata, tiada kerosakan berlaku ke atas Balai Polis Ringlet kerana limpahan air tidak memasuki bahagian dalamnya, kecuali tiga berek di kediaman polis berkenaan.

"Kesemua mangsa yang terbabit sedang membersihkan lumpur yang memasuki kawasan rumah masing-masing dengan dibantu oleh jiran. Sesetengah mangsa menumpang di rumah jiran dan keluarga terdekat," katanya.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Monday, May 8, 2017

Isu Food court Brinchang


Dato Yang Dipertua 
Majlis Daerah Cameron Highlands,

Saya membaca post yang dikirimkan oleh salah seorang pelancong yanh bercuti di Cameron Highlands baru baru ini dalam facebook Cameron Highlands Group.

Untuk makluman MDCH group facebook Cameron Highlands Group ini mempunyai 140 ribu ahli yang rata-ratanya pelancong ke Cameron Highlands.

Kisah terbaru yg mendapat perbualan hangat ialah kes kena marah oleh peniaga di Food Court Brinchang kerana mengunakan meja dihadapan gerai tapi tidak membuat tempahan di gerainya.

Persoalannya adalah :
1. Apakah jenis hak penggunaan meja di sana. Adakah free sitting atau didedikasikan kepada gerai. 
2. Adakah cukup  makluman berkaitan dengan penggunaan meja di sana kerana pelancong memang tidak tahu malah orang tempatan juga tidak tahu rasanya.

Harapan saya dan mungkin pelancong juga ingin tahu status penggunaan meja di Food Court Brinchang ini. 

(salinan aduan kepada MDCH melalui email)



Sent from my S7edge smartphone

Saturday, May 6, 2017

Apartment Percutian di Cameron Highlands 5

Saya kongsikan lagi senarai atau iklan apartment percutian  di Cameron Highlands yang saya kumpulkan dari post mereka sendiri di Facebook Cameron Highlands Group.

Semua apartmemt ini bukan milik saya malah saya sendiri tak mengenali mereka ini. Adakah mereka ini pemilik ataupun sekadar runner? Itu anda kena tanya sendiri kepada mereka yang anda hubungi. 

Saya sekadar mewujudkan koleksi iklan untuk saya kongsikan jika ada kawan bertanya kelak. Senang kan kerja saya nanti.

Selalunya jikalau ada kawan telepon suruh carikan mereka apartment percutian, saya akan katakan cari kat sini.. 

mai pilih .. mai pilih.... mai pilih ....

Link sebelum ini di SINI

Sumber : Facebook Cameron Highlands Group


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Apartment Percutian di Cameron Highlands 4

Saya suka tengok banyak maklumbalas mengenai apartment percutian di Cameron Highlands di dalam facebook Cameron Highlands Group.

Saya kumpulkan dan kongsikan di sini. Bukan apa, saje kalau kawan tanya selalunya saya akan kongsikan link ke catatan saya mengenai apartment percutian di Cameron Highlands.

Saya tidak membuat tempahan bagi pihak sesiapa pun walau dirayu sekalipun. 

Kenapa? Ambil iktibar kejadian yang berlaku kepada kawan-kawan di sini..

Mulut manusia ... ada yang manis berjanji tapi selepas penat membantu, manis juga tak tepati. Mudah pula nak batalkan tempahan dan akhirnya yang menanggungnya kita juaaaaaaa.... KLIK

Hati manusia menang susah nak puaskan. Dah tempahkan cakap pula dibelakang tak suka apartment yang ditempahkan... kata pula kita ambil komisen segalanya.  

Walaupun itu bukan terjadi kepada saya, saya ambil iktibar... tak pe.. ramai lagi yang boleh membantu anda. 

Jadi yang biasa saya lakukan.. saya kongsikan catatan ini untuk membantu anda membuat carian dan pilihan akhirnya keputusan...

Boleh ya... ada beberapa catatan lama berkenaan khidmat apartment percutian di dalam blog saya ini. 

Semoga membantu...

Untuk makluman, saya tak kenal pun mana-mana pemilik dibawah ini. Jadi hubungi mereka terus untuk malumat lanjut .. Jangan juga tanya saya mana yang saya nak syorkan jugak ya.

Link sebelum ini di SINI

Sumber iklan apartment percutian: facebook Cameron Highlands Group.






Sent from my S7edge smartphone

Pasar Ramadhan di Cameron Highlands 2017


Soalan:
Ada ke Pasar Ramadhan di Cameron Highlands sebab bulan puasa jatuh cuti sekolah?

Ini bukan pertanyaan di blog saya tapi di Facebook Cameron Highlands Group, cuma saya nak kongsikan jawapan saya dan jika boleh membantu anda yang nak membuat perancangan bercuti semasa musim cuti sekolah yang jatuh semasa bulan puasa. 

Jawapan saya: 
Pasar Ramandhan ada macam tahun-tahun terdahulu dan ini diperkukuhkan dengan melihatkan Notis Tapak Bazar Ramadhan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands ini.

Lokasi masih sama iaitu di Jalan Besar Tanah Rata dan yang  kedua di kawasan letak kereta Brinchang.

Soalan saya pulak:
Adakah PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS akan dibuka sepanjang cuti sekolah tersebut memandangkan setiap kali cuti sekolah akan dibuka sepanjang malam cuti sekolah?

Itu kena tanya MDCH... juga tanya mereka bagaimana nak dapatkan lesen berniaga di pasar malam ini jugak. Mana tahu nak dapatkan lesen berniaga atau sekadar berniaga lesen kemudian. ..

Update: Ini jawapan Tuan Pengerusi Peniaga Pasar Malam Golden Hills. Klik 


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, May 4, 2017

Liga Bolasepak 9 Sebelah Cameron Highlands 2017


Sekitar aksi pasukan Liga Bolasepak 9 Sebelah Piala Datuk Seri G. Palanivel, Ahli Parlimen Cameron Highlands

Tempoh perlawanan : 26 April - 26 Mei 2017

Sebanyak 28 pasukan tempatan yang akan berentap merebut Piala YB. Ahli Parlimen

Selamat bersukan 😊

Jangan tanya saya untuk maklumat lanjut tapi tanyalah urusetia di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands.

Sekadar singgah 5 minit petang tadi... bukan apa dari jauh dah macam pesta ayor rupenya... 

Gambar yang lain kat dalam facebook saya... kena like dulu ya .. err saya bukan official photographer untuk acara ini ya, jadi jangan minta gambar anda nanti ... 

Sent from my S7edge smartphone

Wednesday, May 3, 2017

Parking orang bukan parking anda ...


Minggu lepas di Puncak Arabela, ada rungutan dari penduduk tempatan kes pelancong yang menyewa homestay di sana mengambil tempat letak kereta penduduk tempatan? 

Bukan sekali... bukan dua kali .. Salah ke? Salah siapa pula ini?

Ya. Memang salah. Sebab ada parkir kereta yang dimiliki secara sah yakni dibeli dari pemaju. 

Rasanya bukan pelik sebab di bandar lain pun dah begitu konsepnya.

Jadi bila mereka dah beli. Dah letak nombor rumah mereka, dah letak kon, dah letak papan tanda tanda hak milik mereka tiba-tiba anda yang seronok bercuti datang ambil dan letak kereta di tempat mereka. 

Bayangkan kalau anda diperlakukan sebegitu? Nak marah kan ... pasti masuk facebook anda dan mohon viralkan kan... tapi bila anda nak buat... lantak aje... tak peduli.. 

Bila anda tak peduli perasaan pemilik tempat letak kereta yang anda curi guna itu, maka janganlah marah jika berlaku apa-apa sahaja kepada kenderaan anda.. tak pasti pula sapa yang buat... 

Kepada rakan pengusaha apartment percutian:
Mohon kerjasama dalam mencari pendapatan anda mengusahakan apartment percutian untuk memaklumkan kepada pelanggan anda. 

Penduduk tempatan bukan semua buat homestay, apartment percutian dan sebagaianya dan mereka jelas telah bekerjasama dengan memberikan ruang dan peluang untuk anda mencari pendapatan dengan berkongsikan kemudahan dan keselesaaan mereka dihujung minggu dan cuti. 

Lakukan lebih usaha untuk pelanggan anda memahami situasi apartment percutian ...

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Langkah bijak.. tiada penginapan.. tanguhkan dulu..


Dalam banyak-banyak isu percutian di musim cuti hari pekerja minggu lalu seperti pekedai mogok, cermin kereta dipecahkan tanpa kecurian, jalan yang sangat sesak dan sebagainya,  saya suka akan keputusan salah seorang pelancong tempatan ini.

Beliau kongsikan dalam Facebook Cameron Highlands Group.

Memang tiba-tiba muncul idea nak bercuti di Cameron Highlands semasa puncak cuti umum ini. 

Namun kena pastikan tidak terlalu 'gamble' sangat sebab yang menanggung risiko baik dari keselesaan dan kewangan.

Jadi bila anda buat keputusan untuk tidak datang ke Cameron Highlands selepas mendapati tiada pilihan penginapan atau terlalu tinggi kos yang akan ditanggung, anda sebenarnya membuat keputusan yang bijak. Malah saya kategorikan sebagai amat bijak.

Kenapa ianya amat bijak pula ini?

Saya seringkali melihat pelancong tidur di kereta di kawasan Padang MDCH.

Saya seringkali melihat pelancong mencari surau atau masjid untuk menumpang tidur dan kemudahannya. 

Saya seringkali melihat sudah pukul 10 malam masih dihadapan tangga hotel bajet menelepon dan mencari bilik penginapan dan mendapat keputusan yang menghampakan. Yang ada harganya melebihi paras normal kerana melalui runner yang tentu mengambil kesempatan. 

Adakah mereka salah? Konsep ekonomi mudah, apabila permintaan melebihi penawaran.... ada pihak yang akan menanggungnya.

Saya pernah membaca ada seorang pelancong yang memohon kerjasama penduduk tempatan mencari penginapan dari pukul 4 petang sehingga pukul 10 malam sehingga beliau mengatakan " Tak kan tak ada yang boleh tolong ke? !!!! Saya ada anak kecil ini? 

Tak pasti samada itu soalan mintak tolong atau marah. Dan tak pasti pula kami samada untuk simpati atau nak keji sebab beliau jelas tidak merancang perjalanan beliau sekeluarga bercuti di sini. 

Jadi berlapang dada dan ambil keputusan macam puan di atas. 

Insyallah dinlain kali puan boleh merancang dengan lebih baik. 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Tuesday, May 2, 2017

Tragedi Pasar Malam Cameron Highlands; Seorang lagi maut

Peristiwa rempuhan van peniaga di Pasar Malam Cameron Highlands kelmarin telah menambah korbannya bilamana salah seorang mangsa yang parah telah meninggal dunia hari ini.
Catatan petikan berita mengenai kejadian ini telah saya kongsikan di sini .
Saya memetik berita dari Berita Harian yang juga telah merujuk kepada kenyataan terkini Ketua Polis Daerah Cameron Highlands yang mengesahkan berita terkini ini.

Salam Takziah kepada keluarga mangsa, Tan Siew Lee.

**********************

CAMERON HIGHLANDS: Seorang mangsa yang parah dalam kejadian sebuah van merempuh kawasan pasar malam di Golden Hill di sini, malam kelmarin, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Batu Pahat pagi tadi. 

Mangsa dikenali sebagai Tan Siew Lee, 52, yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia pada jam 8.43 pagi tadi di hospital berkenaan.  

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala akibat terbabit dalam kemalangan itu. 

"Mangsa sebelum ini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh tetapi dipindahkan ke Hospital Batu Pahat, iaitu tempat asal mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Ini menjadikan dua orang maut akibat kejadian itu selepas seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Adra Mustaffa Kamal, meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, di sini, tidak lama selepas kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.45 malam itu.  

Hasadid berkata, seorang lagi mangsa parah iaitu Kho Liang Jing, 23, yang patah kaki dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari hospital yang merawatnya. 

Beliau berkata, pemandu van berusia 29 tahun itu pula direman sehingga Khamis ini manakala ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

Sumber berita: Berita Harian.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Monday, May 1, 2017

Perkhidmatan Bas Ekspres di Cameron Highlands 2017

Saya sekadar kemaskinikan perkhidmatan bas ekspres di Cameron Highlands. 

Catatan awal saya mengenainya dah 3 atau 4 tahun  dulu.

Masih berpusatkan Terminal Fressia di Tanah Rata untuk ke bandar-bandar utama seperti Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.


Tips saya: jika mahukan keselesaan, ambil bas trip kedua kerana biasanya trip pertama akan ramai penumpang khasnya pelancong back packer.

Macam saya yang ambil trip kedua selang sejam dari yang pertama ke Ipoh. 



Ada 4 orang sahaja penumpang berbandimg 20 penumpang pada trip pertama. 

Saya kongsikan poster perjalanan syarikat bas ekspress di kaunter mereka.


Hubungi syarikat bas berkenaan untuk maklumat lebih lanjut.

Saya kongsikan maklumat ini sahaja. Jangan tanya saya ya..... 

Sent from my S7edge smartphone

Rutinnya mengutip sampah.. rutin kita ???


"Dalam kita sibuk cerita pasal jem dan kesesakan sana sini di CH di cuti Hari Pekerja .... dia tetap sibuk dengan 'rutin' nya... TQ Sir San...

Errr "rutin' orang kita.... bukak cermin kereta.. campak sampah keluar!!!!!"

*************************
Saya pernah membuat catatan mengenainya yang akan mengutip sampah di sepanjang laluan hariannya secara percuma dua tiga bulan lepas. 

Dan saya sentiasa  nampak beliau mengutip sampah setiap kali berjalan di sekitar Tanah Rata setiap hari. 

Hanya sekali sahaja dalam banyak-banyak kali saya terserempak beliau tidak mengutip sampah.

Saya kagum dan berharap ada pihak yang menghargainya. 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Tragedi Pasar Malam Cameron Highlands


Dalam WhatsApp  group rakan-rakan Cameron semalam ada yang kongsikan ada kemalangan berlaku dalam kawasan pasar malam akibat pemandu pasar malam yang nak balik. 
Kata kawan saya yang juga salah seorang Peniaga Pasar Malam di situ, rempuhan tersebut telah mengena pengunjung pasar malam menyebabkan ada pelancong yang terkorban dan cedera parah serta 4 yang lain cedera ringan.
 
Saya terperanjat.. sungguh terperanjat. Cuma saya tak ada di Cameron Highlands untuk ke kawasan tersebut. 
Saya ucapkan takziah kepada pihak keluarga mangsa baik yang terkorban mahupun yang mengalami  Dan kepada pihak berkuasa.. alasan kejang atau tidak sedarkan diri nampak dibuat-buat. Siasatlah dengan telus ya... 
 
Ada nyawa terkorban. Ada jiwa yang terkesan. 
 
Saya kongsikan dari Harian Metro Online ini.
 
Takziah.. Innalillah.. Al-Fatihah....

Kemaskini 2 Mei 2017 : Mangsa yang terkorban telah bertambah seorang lagi selepas mangsa yang cedera parah turut meninggal dunia semasa dalam rawatan di Hospital Batu Pahat.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarganya.

Catatannya di SINI.

********************************

Mohd Hafizee Mohd Arop dan Balqis Jazimah Zahari
Cameron Highlands: Budak perempuan berusia empat tahun maut manakala dua wanita parah selepas van merempuh beberapa gerai di tapak pasar malam Golden Hill, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa Adra Mustaffa Kamal,4, meninggal dunia selepas parah di kepala manakala dua lagi mangsa yang parah masing-masing patah kaki dan cedera di kepala.
Difahamkan, mangsa bersama ibu bapa serta dua adik beradiknya datang ke kawasan peranginan itu untuk bercuti dan ketika kejadian mangsa sedang memilih barang permainan di sebuah gerai di pasar malam berkenaan.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, siasatan awal mendapati pemandu van berkenaan seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga peniaga sedang memandu vannya untuk pulang sebelum dipercayai menekal pedal minyak dengan kuat bagi mengeluarkan bunyi supaya pelanggan memberikan laluan kepadanya.
Katanya, van berkenaan kemudiannya secara tiba-tiba bergerak laju ke hadapan dan merempuh gerai dan juga beberapa pengunjung pasar malam itu.
"Kanak-kanak berkenaan maut manakala dua lagi wanita parah dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk menerima rawatan selepas dipercayai patah kaki serta cedera di kepala.
"Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sutanah Hajjah Kalsom (HSHK) di sini untuk bedah siasat," katanya.
Hasadid berkata, laporan polis yang diterima daripada pemandu van berkenaan mendakwa seluruh badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri buat seketika ketika kejadian.
Katanya, pemandu van berkenaan tidak mengalami kecederaan dan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, polis juga sudah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu berkenaan untuk dianalisis.

Sumber : Harian Metro

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock