TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, May 17, 2017

Ringlet dilanda banjir kilat lagi

Ringlet dilanda banjir kilat lagi? Ada kawan whatsapps banjir lagi ke Cameron Highlands semalam?

Jawapan saya, ya. Malah ada kejadian tanah runtuh kecil dan sederhana dibeberapa lokasi.

Kawasan yang teruk adalah di Ringlet iaitu sekitar kawasan tebing sungai di penempatan Kampung Baru Ringlet termasuklah Balai Polis Ringlet. 

Cuma mujurnya kawasan tebing sungai di situ telah dikosongkan dan kerja meruntuhkan struktur binaan bangunan yang secara haram didirikan diatas kawasan simpanan sungai telah dan sedang berlangsung sejak 3 minggu lepas oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Perairan dan Saliran Daerah. 

Kalau tidak mungkin ramai lagi mangsa terlibat. 

Yang selebihnya saya kongsikan petikan berita ini dari Berita Harian Online.


*************

CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 11 unit kediaman termasuk tiga berek di Balai Polis Ringlet di sini, terjejas akibat banjir kilat dan lumpur di kawasan Ringlet di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, lapan lagi rumah yang terjejas dalam banjir kilat yang berlaku jam 5.30 petang hingga 6 petang itu, adalah kediaman di Kampung Baru Ringlet.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan 32 penduduk daripada 10 keluarga termasuk tiga keluarga anggota polis terjejas, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, hujan lebat di kawasan hulu Ringlet menyebabkan air Sungai Ringlet melimpahi kawasan tebingnya dan kebanyakan rumah yang terjejas berada di tepi sungai berkenaan.

"Banjir kilat berlaku dalam tempoh 30 minit mulai jam 5.30 petang hingga 6 petang.

"Rumah yang terbabit mengalami kerosakan pakaian dan peralatan perabot manakala lima kenderaan terjejas. Bagaimanapun, kerugian sebenar belum dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Hasadid berkata, tiada kerosakan berlaku ke atas Balai Polis Ringlet kerana limpahan air tidak memasuki bahagian dalamnya, kecuali tiga berek di kediaman polis berkenaan.

"Kesemua mangsa yang terbabit sedang membersihkan lumpur yang memasuki kawasan rumah masing-masing dengan dibantu oleh jiran. Sesetengah mangsa menumpang di rumah jiran dan keluarga terdekat," katanya.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock