TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, May 3, 2017

Langkah bijak.. tiada penginapan.. tanguhkan dulu..


Dalam banyak-banyak isu percutian di musim cuti hari pekerja minggu lalu seperti pekedai mogok, cermin kereta dipecahkan tanpa kecurian, jalan yang sangat sesak dan sebagainya,  saya suka akan keputusan salah seorang pelancong tempatan ini.

Beliau kongsikan dalam Facebook Cameron Highlands Group.

Memang tiba-tiba muncul idea nak bercuti di Cameron Highlands semasa puncak cuti umum ini. 

Namun kena pastikan tidak terlalu 'gamble' sangat sebab yang menanggung risiko baik dari keselesaan dan kewangan.

Jadi bila anda buat keputusan untuk tidak datang ke Cameron Highlands selepas mendapati tiada pilihan penginapan atau terlalu tinggi kos yang akan ditanggung, anda sebenarnya membuat keputusan yang bijak. Malah saya kategorikan sebagai amat bijak.

Kenapa ianya amat bijak pula ini?

Saya seringkali melihat pelancong tidur di kereta di kawasan Padang MDCH.

Saya seringkali melihat pelancong mencari surau atau masjid untuk menumpang tidur dan kemudahannya. 

Saya seringkali melihat sudah pukul 10 malam masih dihadapan tangga hotel bajet menelepon dan mencari bilik penginapan dan mendapat keputusan yang menghampakan. Yang ada harganya melebihi paras normal kerana melalui runner yang tentu mengambil kesempatan. 

Adakah mereka salah? Konsep ekonomi mudah, apabila permintaan melebihi penawaran.... ada pihak yang akan menanggungnya.

Saya pernah membaca ada seorang pelancong yang memohon kerjasama penduduk tempatan mencari penginapan dari pukul 4 petang sehingga pukul 10 malam sehingga beliau mengatakan " Tak kan tak ada yang boleh tolong ke? !!!! Saya ada anak kecil ini? 

Tak pasti samada itu soalan mintak tolong atau marah. Dan tak pasti pula kami samada untuk simpati atau nak keji sebab beliau jelas tidak merancang perjalanan beliau sekeluarga bercuti di sini. 

Jadi berlapang dada dan ambil keputusan macam puan di atas. 

Insyallah dinlain kali puan boleh merancang dengan lebih baik. 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

2 comments:

Normala Saad said...

sebab tu saya suka melancong pada waktu luar musim cuti...selesa segala...

Mrkumai @ Jack said...

Betul tu tapi ada orang nak suasana yang ramai sebab lebih terasa suasana bercuti. terpulang kepada individu ,,, sanggup mengadapanya tak apa bukan komplen pulak nanti ...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock