Lengang kan Pasar Malam Cameron Highlands.. adakah ini suasana di cuti sekolah esok dan serentak dengan bulan puasa kali ini? |
Ada yang tanya:
Pasar Malam Cameron Highlands nanti akan dibuka atau tidak masa cuti sekolah dua minggu pada bulan Mei dan Jun ini semasa Bulan Puasa?
Jawapan Saya:
Tadi dah bercakap dengan Tuan Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam tersebut;
Pasar Malam Cameron Highlands ini akan dibuka setiap malam sepanjang dua minggu cuti sekolah walaupun bertembung dengan bulan puasa.
Cuma tidak pasti akan jumlah peniaga yang akan membuka perniagaan mereka terutamanya yang beragama Islam di mana majoritinya adalah peniaga makanan di pasar malam ini.
Kenapa? Sebab mereka selalunya adalah peniaga yang sama di Bazar Ramahdan di Tanah Rata dan Brinchang. Sudah pasti berlaku pertembungan dua lokasi perniagaan.
Klik untuk info Bazar Ramadhan di Cameron Highlands. Klik SINI juga ya.
Klik untuk info Bazar Ramadhan di Cameron Highlands. Klik SINI juga ya.
Juga jumlah pelancong yang akan hadir agak sukar untuk diduga sebab majoriti pelancong adalah beragama Islam dan biasanya sepanjang bulan puasa jumlah pelancong merosot dengan amat teruk kerana fokus kepada perbelanjaan menyambut bulan Syawal kelak berbanding bercuti.
Jadi kata Tuan Presiden, mereka kena tengok perkembangan pada beberapa hari pertama cuti sekolah dan juga hari puasa ini.
Cuma setakat ini, persetujuan peniaga adalah untuk meneruskan perniagaan setiap malam di hari cuti sekolah ini.
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment