Saya baru melalui Jalan Lembah Bertam ke Pos Betau ke Kuala Lipis semalam.
Semasa saya pergi ke Felda Sungai Koyan saya nyaris ter'eksiden' kerana memandu laju ketika melalui kilometer 32 iaitu selepas sempadan Daerah Kuala Lipis dan Cameron Highlands iaitu selepas Jambatan Panjang.
Jalan di situ mendap dan sudah ada papan tanda amaran yang jelas jalan rosak dan perlu memandu berhati-hati. Cuma pemandu sahaja yang tidak mematuhi arahan keselamatan tersebut dan kesanya dah ada banyak kesan tersagat yang saya rasa terkena bumper kereta di situ.
Jadi berhati-hati jika anda memandu di Kilometer 32 ini...
Lihat papan tanda kalau anda dari Sungai Koyan ada tanda kilometer 35 dan menuju ke 32 manakala dari arah Cameron Highlands, sebaik selepas jambatan panjang sempadan sila perlahankan kenderaan anda dan patuhi amaran keselamatan yang dipasang.
Saya pesankan aje ya...
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment