Masih terlalu awal sebenarnya nak saya kongsikan suasana Bazar Ramadhan di Tanah Rata sebab masih banyak gerai jualan yang belum dibuka dihari pertama tadi.
Maklumlah, ada peniaga yang hanya akan membuka perniagaannya pada hari bekerja dan juga kebiasaan untuk mereka berbuka di rumah bersama keluarga.
Suasana Pasar Ramadhan Tanah Rata, hari pertama puasa:
Namun secara ringkas kunjungan saya petang tadi saya rasa tiada perbezaan ketara berbanding tahun lepas. Peniaga hanya mendapat tapak sahaja manakala urusan khemah adalah dibawah mereka sendiri dan tahun ini saya tak pasti berapa puluh tapak disediakan oleh Majlis Daerah Cameron HIghlands.
Cuma jumlah pengunjung petang tadi agak ramai berbanding peniaga. Malah saya melihat wajah-wajah asing yakni saya percaya pelancong juga hadir di pasar ini.
Suasana awal di Brinchang juga dikatakan masih sesak keadaan lalulintasnya menandakan masih ada pelancong bercuti di Cameron Highlands walaupun dibulan puasa kerana cuti sekolah serentak kali ini.
Kemasikini puasa ke 3, Isnin:
Semalam singgah sekejab di Pasar Ramadah di Tanah Rata, nampaknya dah ramai peniaga yang membuka jualan.
Yang seronoknya, lebih ramai muka-muka baru berniaga yang memberikan lebih varieti menu di sana dan bukannya kisah ulang siar seperti ramadhan tahun-tahun lepas.
Ada peniaga sate yang bertambah, peniaga nasi kerabu yang bertambah, menu tambahan dan sebagainya.
Saya tak kenal peniaga tak apa sebab saya ada peluang rasa menu baru....
Lokasi:

Berbalik kepada Pasar Ramadhan di Tanah Rata ini, lokasinya adalah di Jalan Besar Tanah Rata iaitu di laluan utama. Anda tidak akan terlepas jika melalui pekan ini melainkan anda tidur di sebelah pemandu anda.
Kawasan letak kereta terhad di Jalan Besar ini namun hanya bersebelahan Arked Makanan Tanah Rata terdapat kawasan letak kereta di Dataran Tanah Rata yang mana anda boleh memulakan langkahan ke bazar ini dari arah utara. Manakala di kawasan bawah terdapat juga kawasan meletak kereta MDCH yang agak luas juga.
Bank dan fulus:
Bank dan kiosk ATM terletak berseberang jalan dan sebelah sahaja tapi tepuk dada tanya iman kali ini....
Selamat berkunjung ke Pasar Ramadhan di Tanah Rata ini.
Klik SINI untuk catatan Bazar Ramadhan Brinchang
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment