TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, July 30, 2015

Program Merakyatkan SPRM bersama NGO

Saya ternampak banner ini sejak minggu lepas mengenai program "Merakyatkan SPRM bersama NGO" dengan kerjasama REACH.

Akan berlangsung petang ini di Dewan Puncak Arabela dari 6 petang ke 10 malam.

Saya tertarik untuk melihat apakah ramai di kalangan penduduk Cameron Highlands akan turut serta untuk mendapatkan maklumat bagaimana Pencegahan Rasuah boleh dibuat dan juga bagaimana laporan serta aduan boleh disalurkan kepada pihak SPRM.

Sebabnya, kalau kita bersembang pasal isu kebun haram, pekerja haram‎, penerokaan tanah haram, tiada penguatkuasaan, penguatkuasa terima rasuah dan pelbagai lagi tuduhan yang lain dari persepsi semata-mata atau memang jelas di mata namun kita tak pernah pula bertanya apakah caranya dan apakah sumbangan kita.

Agak-agak ada ke masyarakat Cameron Highlands datang ke program ini hari ini atau esok, lusa akan datang atau tulat berganti-ganti pun akan terus berani sekadar sembang-sembang sahaja di kedai kopi mengatakan tiada tindakan diambil kepada penerima rasuah di Pejabat itu dan ini.

Namun tidak akan pula menyentuh apakah sumbangan diri sendiri kepada maklumat aktiviti rasuah tersebut.

Senang cakap... sembang kencang... tangan pula keyboard warrior semata-mata. 

Ada ke yang pergi? 

Oppss... Saya bukan penganjur... Saya jumpa banner ni sahaja... perginya pun belum terniat...

Jangan marah....


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Re-visited Lavendar Garden

Lavendar Garden di Tringkap kami kunjungi kembali sabtu lepas selepas hampir 2 tahun tak ke sana.

Kalau kunjungan kami yang pertama adalah ketika ianya baharu dibuka (saya ada kongsikan catatan tersebut) dan ketika itu semuanya serba belum lengkap.

Kali ini memang hampir sempurna dengan banyak penambahbaikan yang dilakukan dan saya suka dengan kemudahan surau yang dibina di dalam Taman Agrotourism yang berbayar ini. 


Untuk masuk, RM 6 bagi dewasa dan RM 4 bagi kanak-kanak 5-12 tahun.

Saya tidak mahu bercerita panjang cuma kalau anda sebagai pelancong, untuk singgah ke sini saya syorkan kerana sedikit kelainan berbanding dengan taman agrotourism yang lain dan harus diingat ini adalah dimiliki dan diusahakan oleh pemilik persendirian.

Jadi kalau ada kekurangan, terima sahajalah... 


Lokasinya amat mudah ditemui iaitu selepas Pekan Tringkap jika dari Brinchang atau selepas Pekan Kuala Terla jika dari Kampung Raja atau Simpang Pulai dan binaan air terjun buatan seperti di atas dan dichadapan pintu masuknya  amat menarik hati anda untuk singgah. 


Bagi kami, dah seperti biasa.. layan anak-anak sahaja untuk bercuti atau ketika kunjungan ini mood beraya masih tebal dan Cameron Lavendar menyiarkan lagu raya sepanjang masa...

These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

Wednesday, July 29, 2015

Beraya di Taman Menara Jam

Bukan beraya pun sebab mana ada rumah kat Taman Menara Jam di Tanah Rata ini. 

Sebaliknya hanya sesi photoshoot raya bersama anak-anak saya sahaja selepas balik dari majlis rumah terbuka di Sk Tanah Rata sabtu lalu. 


Taman Menara Jam di Tanah Rata ini sering kali menjadi tumpuan pelancong yang baru tiba di Tanah Rata kerana terdapat perkataan Selamat Datang ke Cameron Highlands.

Perlu diakui, jika anda mencari monumen yang berkait dengan Cameron Highlands memang agak sukar kerana agak terhad. 


Selalunya pelancong akan berkongsikan gambar berlatar belakang tarikan setempat tetapi selalunya dimiliki oleh pihak persendirian berbanding yang dibina oleh Majlis Daerah ataupun agensi berkaitan.

Ada ramai pelancong yang mencari-cari monumen yang berkaitan dengan Cameron Highlands tetapi agak hampa. 


Saya pernah melihat ada keluarga pelancong tempatan bergambar di hadapan Papan Tanda Pengurusan Paip Pahang atau JBA di Brinchang semata-mata kerana inginkan perkataan Cameron Highlands sebagai latar belakang.  

Saya ada mengajukan cadangan dan komen berkaitan kepada pihak MDCH. 


Lanskap yang diwujudkan juga sekadar ala kadar sahaja tanpa menampilkan ciri-ciri unik bunga di Cameron Highlands di mana hanya bunga yang biasa ditemui di bawah ditanam di sini. 

Malah ada beberapa taman mini di selekoh jalan utama dibina tetapi tidak strategik untuk pelancong singgah dan mengambil gambar.


Yang masih dalam pembinaan adalah penambahbaikan Taman Pertabalan dan juga kawasan meletak kereta di Tanah Rata yang kalau dilihat di papan tanda projek telah menjangkau tarikh sepatutnya siap. 

Jadi tidak hairanlah jika pelancong tempatan bergaya di hadapan taman bunga tetapi milik pengusaha persendirian seperti Big Strawberry Farm, Lavendar Garden,  Taman Sedia, Cactus Valley, Cactus Point dan beberapa lagi lokasi termasuklah ladang teh.


Sesuatu perlu difikirkan oleh pihak Kerajaan Tempatan untuk penambahbaikan kepada daya tarikan sedia ada dengan sudut-sudut yang lebih menarik hasil dari kerajaan sendiri bukanya hanya mengharapkan pelaburan tempatan yang terhad sumbernya. 


Untuk bajet rasanya tidak perlu khuatir kerana GST yang telah dikenakan dalam hampir semua barangan telah menjana ratusan juta ringgit dan seperti yang sering diwar-warkan, bahawa rakyat akan menerima lebih banyak kemudahan hasil dari kutipan GST wajar diterjemahkan dan dibuktikan keberkesanan sistem cukai yang tidak gemari oleh hampir 99% rakyat marhaen. 


Oh ya, abaikan koleksi gambar anak-anak saya ini sebab panjang pula keluhan dan rintihan saya kali ini. 

These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

Tuesday, July 28, 2015

Re-visit Ladang Teh BOH Habu... Terbaik dari Tanah Tinggi

Rasanya ini adalah catatan terakhir saya ke Ladang Teh BOH di Habu setelah tiga catatan terdahulu turut berkisarkan mengenai kunjungan singkat saya ini.


Saya tidak mahu bercerita panjang kerana sudah kehabisan idea dan cerita, jadi saya kongsikan baki 21 keping gambar ini sebagai panduan anda jika ke sini.

Cuma sebelum anda 'scroll' ke bawah untuk melihat gambar-gambar ini, saya ingin bertanya kepada anda.


Siapakah yang tahu maksud sebenar B O H yang telah dipilih sebagai nama syarikat ladang teh oleh pemilik asal ladang ini iaitu A.J Russel ketika membuka ladang teh ini seawal 1924 sebelum ianya diturunkan secara turun temurun sehinggalah kepada generasi ketiganya kini?


Ada yang tahu maksud B O H ?

Saya sendiri tak pasti sebenarnya tetapi saya pernah terbaca ianya 'BOH' sebenarnya adalah singkatan atau Akronim kepada "BEST OF HIGHLANDS' atau dalam bahasa Melayu adalah "Terbaik dari Tanah Tinggi".


Betul ke ? Ada yang boleh sahkan?

Saya tak ingat di mana saya baca mengenai kisah asal nama BOH ini.. nanti saya cari semula dan sahkan.. 

Buat permulaan terima sahajalah .. 'BEST OF HIGHLANDS' ... 


Ok dalam pening memikirkan betul atau salah, tengok sahajalah gambar amatur saya di bawah ini.


These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock