Temerloh Bandar Ikan Patin.
Betul la tu sebab anda mudah untuk membeli ikan patin sekitar bandar ini dan jika anda melalui sepanjang Jalan ke Bera yang sejajar dengan Sungai Pahang, maka anda mudah menemui gerai yang menjual ikan patin.
Ada gerai yang hanya menjual ikan patin dan tilapia dan ada yang membela ikan ini di dalam sangkar berhampiran dengan gerai mereka.
Jadi anda boleh melihat sendiri bagaimana mereka membela ikan ini dari anak ikan sehinggalah ke peringkat boleh dituai sekitar 3 bulan bak kata si penjual ikan ini yang saya singgah untuk beli.
Lebih menarik adalah melihat sendiri bagaimana sangkar ini dibina dan dijaga dan di gerai ini terdapat 80 buah sangkar yang mempunyai beberapa peringkat usia ikan.
Selain ikan patin, mereka juga membela ikan tilapia merah yang dijual dengan harga yang sama iaitu RM 17 sekilogram.
Dan semua ikan dijual hidup-hidup untuk dipilih dan juga akan disiang oleh si penjual tersebut.
Selebihnya saya kongsikan dengan gambar-gambar ini yang saya saya pergi sehari sebelum hari raya yang lalu.
No comments:
Post a Comment