Bukan beraya pun sebab mana ada rumah kat Taman Menara Jam di Tanah Rata ini.
Sebaliknya hanya sesi photoshoot raya bersama anak-anak saya sahaja selepas balik dari majlis rumah terbuka di Sk Tanah Rata sabtu lalu.
Taman Menara Jam di Tanah Rata ini sering kali menjadi tumpuan pelancong yang baru tiba di Tanah Rata kerana terdapat perkataan Selamat Datang ke Cameron Highlands.
Perlu diakui, jika anda mencari monumen yang berkait dengan Cameron Highlands memang agak sukar kerana agak terhad.
Selalunya pelancong akan berkongsikan gambar berlatar belakang tarikan setempat tetapi selalunya dimiliki oleh pihak persendirian berbanding yang dibina oleh Majlis Daerah ataupun agensi berkaitan.
Ada ramai pelancong yang mencari-cari monumen yang berkaitan dengan Cameron Highlands tetapi agak hampa.
Saya pernah melihat ada keluarga pelancong tempatan bergambar di hadapan Papan Tanda Pengurusan Paip Pahang atau JBA di Brinchang semata-mata kerana inginkan perkataan Cameron Highlands sebagai latar belakang.
Saya ada mengajukan cadangan dan komen berkaitan kepada pihak MDCH.
Lanskap yang diwujudkan juga sekadar ala kadar sahaja tanpa menampilkan ciri-ciri unik bunga di Cameron Highlands di mana hanya bunga yang biasa ditemui di bawah ditanam di sini.
Malah ada beberapa taman mini di selekoh jalan utama dibina tetapi tidak strategik untuk pelancong singgah dan mengambil gambar.
Yang masih dalam pembinaan adalah penambahbaikan Taman Pertabalan dan juga kawasan meletak kereta di Tanah Rata yang kalau dilihat di papan tanda projek telah menjangkau tarikh sepatutnya siap.
Jadi tidak hairanlah jika pelancong tempatan bergaya di hadapan taman bunga tetapi milik pengusaha persendirian seperti Big Strawberry Farm, Lavendar Garden, Taman Sedia, Cactus Valley, Cactus Point dan beberapa lagi lokasi termasuklah ladang teh.
Sesuatu perlu difikirkan oleh pihak Kerajaan Tempatan untuk penambahbaikan kepada daya tarikan sedia ada dengan sudut-sudut yang lebih menarik hasil dari kerajaan sendiri bukanya hanya mengharapkan pelaburan tempatan yang terhad sumbernya.
Untuk bajet rasanya tidak perlu khuatir kerana GST yang telah dikenakan dalam hampir semua barangan telah menjana ratusan juta ringgit dan seperti yang sering diwar-warkan, bahawa rakyat akan menerima lebih banyak kemudahan hasil dari kutipan GST wajar diterjemahkan dan dibuktikan keberkesanan sistem cukai yang tidak gemari oleh hampir 99% rakyat marhaen.
Oh ya, abaikan koleksi gambar anak-anak saya ini sebab panjang pula keluhan dan rintihan saya kali ini.
These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/
No comments:
Post a Comment