TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, July 1, 2015

Pendaki Berbogel di Gunung Irau !!!!!


Disangkakan hanya kes bogel di Gunung Kinabalu tetapi turut dilakukan di Gunung Irau yang merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands.
 

Siapa dan bila kejadian ini berlaku masih tak dapat dipastikan tetapi sila viralkan untuk mengutuk tindakan keji pendaki atau individu ini.
 
Gambar ini saya perolehi dari group whatsapp rakan-rakan Cameron Highlands yang turut sama tidak bersetuju dengan tindakan individu ini.
 
Untuk makluman, Gunung Irau adalah puncak gunung tertinggi di Cameron Highlands dan berada di atas garisan sempadan Negeri Pahang dan Perak.
 
Trek pendakian yang popular bermula dari Pintu Masuk Mosey Forest di Gunung Brinchang yang mana kalau memandu akan melalui Ladang Teh BOH Sungei Palas dan melalui jalan bertar tertinggi di Semenanjung Malaysia.
 
Jika tidak memandu anda boleh mendaki dari Pekan Brinchang ke puncak Gunung Brinchang sebelum menyambung pula pendakian ke Gunung Irau. 
 
Tempoh pendakian yang biasa diperlukan adalah sekitar 4 jam untuk sampai ke Puncak Anak Irau sebelum menyambung pendakian ke Puncak Gunung Irau.
 
Adakah anda bersetuju dengan tindakan pendaki ini?
 
Saya TIDAK!!!!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock