Petai turut kembali memeriahkan bulan puasa di Cameron Highlands.
Sebenarnya musim petai lebih awal tiba iaitu sebelum bulan puasa lagi telah mulai dijual di sekitar Cameron Highlands.
Sumber bekalan adalah dari Jalan Pahang atau lebih dikenali sebagai Jalan Tapah dan kebanyakan penjual adalah warga Orang Asli yang mendapatkan bekalan dari kampung mereka.
Dari Ringlet ke Tanah Rata sahaja terdapat 6 hentian jualan oleh peniaga Orang Asli yang boleh anda singgah untuk membeli petai ini manakala di Jalan Pahang seperti biasa terdapat banyak hentian jualan petai ini.
Dijual dengan harga RM 10-12 bagi setiap ikat 8-12 papan mengikut saiz dan bagi ikatan besar sekitar RM 60-80 bagi setiap 100 papan juga mengikut saiz dan jenis.
Selamat membeli petai ... sedap woooo ..
Seperkara lagi, jika anda membeli petai, usahlah terlalu berkira untuk potongan harga atau diskaun kerana yang menjualnya bukan untuk membina empayar perniagaan besar tetapi sekadar mencari rezeki di kala musim petai tiba.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment