TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, July 28, 2015

Re- visit Ladang Teh BOH Habu... keringat yang mengalir...

Untuk catatan ketiga ini selepas dimulakan dengan catatan pertama , klik, dan catatan kedua , klik, saya dah tak pasti nak berkongsikan kisahnya.

Mungkin sedikit kisah bagaimana pekerja ini akan dibayar oleh pihak majikan mereka.


Dari sembang-sembang secara tidak rasmi, mereka mendapat bayaran gaji harian iaitu mengikut Kadar Gaji Minima yang ditetapkan oleh pihak kerajaan kita iaitu RM 900 sebulan atau dibahagikan secara purata bagi 26 hari kerja sebanyak RM 34.64 sehari. 


(Saya bersembang ringkas dengan mereka dan data yang diperolehi mungkin tidak tepat dan saya juga ada membuat perkiraan sendiri berdasarkan pengalaman saya sendiri. Harap tidak dijadikan sumber rujukan anda kelak).


Jika setiap pekerja diberikan jumlah berat minima iaitu 120 kg seorang daun teh yang tuai dan selebihnya akan dibayar RM 0.20 bagi setiap kilogram sebagai insentif produktiviti (Saya tidak pasti samada harga dibayar secara individu atau purata hasil kerja berkumpulan). 


Dengan purata pencapaian sebanyak 200-300 kg seorang, mereka mampu mendapatkan sebanyak sekitar RM 16-36 seorang tidak termasuk asas gaji harian diatas.


Untuk mendapatkan hasil diatas bukan pula kerja mudah kerana kawasan tuaian mereka kadangkala agak bercerun dan tidak rata yang sangat menyukarkan tugas mereka untuk menuai daun teh yang ada. 


Manakala jika cuaca hujan, kerja mereka mungkin terbantut dan terhenti terutama jika terlalu lebat dan terdapat petir dan kilat yang boleh merbahayakan nyawa mereka demi secawan teh anda.


Jadi setiap kali anda menghirup air teh di rumah, kenangkanlah kesusahan dan kesungguhan pekerja di ladang teh untuk menuai daun teh sebelum diproses dan dijual untuk anda nikmati di rumah sebagai peneman waktu rehat anda....

Saya sudah tidak tahu nak tulis apa, saya tinggalkan beberapa keping gambar di bawah untuk anda...


Catatan keempat masih dalam pertimbangan kerana saya kehabisan cerita namun mungkin sekadar berkongsikan gambar sahaja ... 

These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock