TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, July 1, 2015

Mamud kembali berniaga..

Saya pernah menulis dua catatan mengenai rakan dan bekas jiran saya, Mamud yang berketurunan Orang Asli dari Batu 17, Jalan Pahang. 


Seperti biasa, Mamud kembali berniaga di Cameron Highlands setiap kali musim petai dan tambahan bahan jualan adalah durian yang musimnya tiba serentak.

Sperti biasa di gerai jualannya di Jalan Ringlet Tanah Rata berdekatan selekoh di di antara dua hentian teh Bharat Tea Plantation. 

Beliau mendapatkan bekalan dari bapa saudaranya di Kampung Batu 17 dan menjualnya setiap hari sejak dua bulan yang lalu. 


Harga jualan petainya sekitar RM 10-12 bagi seikat manakala durian mengikut saiz buah yang ingin dibeli dan kadang-kala mengikut longok jika bekalan diperolehi dengan harga murah. 

Baru saya tahu semalam semasa singgah di kedainya, pemungut buah durian menjual buah durian kepada peraih dan pemborong mengikut harga per kilo iaitu mengikut gred sekitar RM 1.50-3 sekilogram.


Memang menarik kerana jika anda melalui Jalan Pahang setiap pagi sebelum pukul 8 pagi akan kelihatan longgokan buah durian yang dibawa oleh pemungut buah durian dari kebun masing-masing di tepi jalan untuk menunggu peraih buah durian. 

Setiap buah durian kemudian akan dipilih dan digredkan atas persetujuan bersama sebelum ditimbang dan semua transaksi adalah tunai.

Jika sampai ke puncak musim pengeluaran tetapi bekalan kurang, kata Mamud pemungut buah durian mampu meraih sekitar RM 200-600 sehari. 

Itu jika puncak musim di mana buah durian sepokok bukannya boleh mengeluarkan sehingga bertan-tan buah dan kemudian akan dikongsikan pula dengan pemilik pokok durian tersebut kerana tugas pemugut buah adalah memungut dan menjual buah durian tetapi mereka tidak memiliki pokok durian sendiri. 


Berbalik kepada Mamud, beliau mengangkut semua hasil jualanya dengan kereta iswara yang dibeli sekitar 3 tahun yang lalu semasa masih bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat perladangan teh di sini.

Beliau berkata musim kali ini agak berkurangan permintaan kerana jumlah pelancong yang sangat sedikit di musim bulan puasa seperti kebiasaan malah katanya terpaksa berpindah ke beberapa lokasi termasuklah ke Brinchang di waktu petang jika jualan agak perlahan. 


Bagi petai tidak menjadi masalah kerana permintaan amat tinggi kerana pembeli selalunya akan membuat sambal petai untuk juadah berbuka puasa.


Selebihnya saya sekadar berkongsikan gambar beliau ketika berniaga.

Opps.. sebelum itu, saya nak ucapkan TAHNIAH kepada MAMUD kerana anak gadisnya telah berjaya memasuki Pusat Pengajian Akademi Orang Asli di Rompin Pahang setelah mendapat keputusan UPSR yang sangat cemerlang... 6A 1B!!!!!


Tahniah Mamud dan isterinya Tina !!!

Patutlah semasa berpindah tahun lepas, guru-guru di SJKC Tanah Rata meminta anaknya tidak berpindah sama kerana potensi yang ada untuk mencapai kejayaan telah dilihat oleh mereka. 

Dan pengorbanan MAMUD setiap hari berulang alik dari Batu 17 ke Tanah Rata setiap pagi hanya untuk menghantar dan mengambil anaknya ternyata berbaloi !!!!


Sekali lagi .. TAHNIAH...




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock